Serumah

Romance Series 32056

“Your room…” Maalik menunjukkan sebuah bilik yang berada di tingka atas rumahnya. Ya, mereka sudah berada di rumah milik suaminya dan dia terpaksa berpindah masuk ke situ atas nasihat Kak Ros. “Kamu tu dah jadi isteri, memanglah kena tinggal dengan suami. Mana maunya kamu tinggal asing-asing, haihlah anak muda.” Kak Ros ketawa kecil sambil menggelengkan kepala, melihat tingkah Chrisytal yang berkeras mahu tinggal di rumah sewanya.

“Ala, Kak Ros tolonglah pujuk Maalik. Biar Anne duk sini, lagipun sekolah dekat. Please.” dia sudah merayu sambil menarik hujung lengan baju Kak Ros. Tidak mahu tinggal serumah dengan lelaki itu, hih seram. Apalagi setelah melihat reaksi dingin lelaki itu kepadanya dari semalam. “Aipp. Mana boleh macam tu, derhaka tau tak. Lagipun, syurga kamu sekarang adalah keredhaan suami. Dah, kamu pergilah. Kasian kat suami tu.” sambil menunjuk ke arah Maalik yang sudah setia menantinya dari tadi, di dalam kereta. “Hmm…” panjang keluhan yang dilepaskan, sebelum perlahan-lahan kakinya ditujukan ke arah Maalik.

Kini, dia sudah pun berada di dalam rumah milik suaminya. Rumah yang tidak terlalu besar mahupun kecil, namun cukup mewah dengan sentuhan klasik yang lebih dominan dengan warna putih. “Hmm, not bad juga taste pak cik ni.” ucapnya sendiri sambil memerhati ruangan yang bakal dihuninya itu. Perlahan-lahan dia mulai mengeluarkan barangan yang sudah dibawanya dari rumah sewa dan menyusunnya ke dalam almari yang turut berada di dalam bilik itu. Dia tidak perlu risau kerana biliknya berasingan dengan lelaki itu.

“Huh, siap pun.” Chrisytal berdiri sambil mengurut bahunya yang terasa lenguh. Perut yang kosong sedari pagi nampaknya sudah meronta-ronta untuk diisi. “Sabar ye, kita turun tengok apa ada, hm…” dia mengusap perut, lalu berjalan ke arah pintu dan membukanya dengan perlahan. Kepalanya dijenguk ke luar melalui pintu sambil mengintai keadaan di sekelilingnya. “Line clear!” dia tersenyum penuh makna dan mulai menuju ke dapur yang berada di tingkat bawah.

“Lets see, apa yang boleh di makan. Hmm…” Chrisytal mulai membuka peti ais dan melihat isi di dalamnya. Kosong!. Dia membuka kabinet atas, satu persatu. Kosong!. “Aik? Pak cik ni tak makan ke, kosong je?” bebelnya sendiri, sambil mengusap perutnya yang semakin bekeroncongan. “Ehem…” suara Maalik tiba-tiba muncul di belakang. Chrisytal tersentak, namun dia masih tidak memutarkan badan dan memilih untuk membelakangi suaminya itu.

“Take this. Saya tak masak, sebab tu rumah ni kosong.” Maalik meletakkan sebungkus makanan di sebelahnya. Dia masih mendiamkan diri dan hanya memerhati bungkusan makan itu. “Oh ya. Lain kali janganlah belanja banyak sangat kalau tak nak saya unboxing. Cause you turn me on.” bisik lelaki itu di telinganya dengan penuh romantis sebelum dia ketawa kecil dan beredar dari dapur. Gembira sudah dapat mengenakan isterinya itu.

“Arghh! Pervert!” teriak Chrisytal sambil berlari menuju ke biliknya dengan pantas. Pipinya terasa panas dengan usikkan yang tidak terduga dari lelaki itu. Dia melihat pantulan diri pada cermin besar yang terletak di dalam bilik itu. “Arggh!” marah sendiri dengan dirinya yang cuai. Seluar pendek yang dikenakan hanyalah separas punggungnya dengan singlet berwarna putih ketat, mengikut potongan badan. “Ingat, kau tak tinggal sendiri sekarang.” ucapnya lagi sambil mengetuk perlahan kepalanya. Laju dia mengenakan track suit dengan tshirt besar dan turun semula ke dapur.

Kelibat lelaki itu sudah tidak kelihatan, mungkin sibuk dengan kerjanya sendiri. Fikir Chrisytal, lalu membuka bungkusan makanan tadi. “Wow, my favourite.” dia gembira melihat lauk asam pedas yang masih panas itu. “Itadakimasu.” ucapnya sendiri dan mulai makan dengan berseleranya. Dia mulai terasa rindu dengan masakan asam pedas Kak Ros yang pekat dan sedap. Fuhh, kalau dapat lauk itu, ibu mertua lewat pun dia buat tak tau je, kehkehkeh. Tawanya sendiri.

selamat membaca dan jangan lupa komen

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience