Kalah

Romance Series 32056

Setelah seminggu berlalu, cikgu Maalik akhirnya masuk semula ke sekolah dan mula mengajar seperti biasa. "Okay kelas, cikgu minta maaf sebab tinggalkan kamu semua tanpa inform apa-apa terlebih dahulu. Cikgu harap kamu semua ada inisiatif untuk mengulang kaji sendiri dan siapkan kerja rumah yang cikgu tinggalkan untuk kamu." ucapnya. "Peperiksaan akhir tahun pun dah dekat, cikgu harap kamu semua sedar tentang itu." ucapnya lagi. Para pelajar hanya mengganguk laju.

Chrisytal hanya menunduk sambil berpura-pura menulis sesuatu di atas kertas. Dia tidak berani untuk mengangkat muka memandang cikgu Maalik yang sedang berdiri di hadapan. Peringatan yang diberikan oleh cikgu Suraya tempoh hari, masih berbekas di hatinya. Walaupun pada hakikatnya, dia merindui figura itu namun dia sedar lelaki itu sudah dimiliki. Dia tidak ingin menaruh perasaan terlalu tinggi kelak patah hati.

"Baiklah, memandangkan minggu ini adalah minggu Bahasa Melayu cikgu ada aktiviti untuk kamu semua." ucap cikgu Maalik. "Cikgu nak kamu cari pasangan dan duduk dalam kumpulan. Nanti cikgu akan bagi surat khabar ni, dan kamu dikhendaki mencari perkataan di dalamnya. Boleh?" arahnya lagi sambil menunjukan beberapa naskah surat khabar di tangan. Para pelajar mulai membentuk kumpulan yang terdiri daripada dua orang.

"Macam biasa la, kau dengan aku. Kita satu geng, yeahhuu." ujar Laura teruja. "Dahlah, jum cari tempat duduk, nanti senang nak cari perkataan dalam ni." balas Chrisytal sambil mengajak mereka duduk di meja paling hadapan. Mereka memerlukan tempat yang luas dan selesa untuk menyelesaikan aktiviti tersebut. "Kau tak rasa boring ke main benda macam ni? Tulisan dia dahlah kecik sampai bila kita nak jumpa perkataan tu, aduilah." rugut Laura setelah agak lama mereka membelek surat khabar tersebut.

"Suhh, diamlah. Kita baca dulu slow-slow, mana tau jumpa. Lagipun benda ni dapat asah sikit otak awak ni biar betul sikit." jawab Chrisytal mengenakan Laura. " Ei, cakap elok sikit eh. Habistu kau nak cakap otak aku ni sakit gitu? Otak aku ni, lahir-lahir je dah pandai tau. Kau apa tau." jelasnya cuba mempertahankan diri. "Ha ha, yelah-yelah saya gurau je pun. Dahlah jangan nak merajuk sangat nanti haziq lari tau tengok mulut awak dah melebar macam itik." usik Chrisytal. Dia senang dapat mengenakan rakannya itu.

Sedang asyik mereka ketawa, kerusi yang berada di hadapan mereka ditarik. Mereka berpaling dan melihat cikgu Maalik sudah duduk di kerusi itu sambil memandang mereka. "Apa yang lucu sangat ni sampai ketawa tak ingat dunia. Perkataan yang saya suruh cari dah jumpa ke?" tanya cikgu Maalik. Chrisytal yang terkejut lantas berpura-pura sibuk meneliti surat khabar di hadapannya. "Er, belum jumpa lagi cikgu tapi cikgu jangan risau Ann memang terer kalau bab-bab mencari ni. Nanti dah jumpa kami bagitau cikgu he he..." balas Laura sambil menujuk ke arah Chrisytal.

Chrisytal hanya tunduk dan tidak mahu mengambil pusing dengan perbualan mereka. Dia juga sedar bahawa cikgu Maalik sedang merenung ke arahnya namun dia sedaya upaya berlagak santai walhal hatinya sudah ingin pecah. "Betul ke Chrisytal?" tanya lelaki itu. "Ah? Aaa betulah kot he he..." balasnya pendek. Dia mengangkat muka memandang cikgu Maalik. Takkan nak tunduk saja kalau sedang bercakap, nanti dilihat kurang sopan pula. Apabila mata mereka bertembung, satu perasaan yang cuba dihindari oleh Chrisytal kembali terbit. "No Ann, dont fall again." bisik hatinya. Dia menggelengkan kepala sambil menunduk kembali.

Cikgu Maalik tiba-tiba bangkit dari tempat duduk dan berlalu pergi. "Ah, finally dia dah pergi fuhh." bisik hatinya lagi. Namun tiba-tiba, kerusi yang tadi kembali diduduki semula. Chrisytal mengangkatkan kepalanya ingin melihat. "Nah, ambil tisu ni lapkan dekat muka awak tu. Dah macam orang minyak dah saya tengok." ujarnya sambil ketawa kecil. Laura turut berpaling untuk memerhatikan wajah Chrisytal lalu dia menahan ketawa sambil menutup mulut. Yelah ada cikgu kot dekat depan, takkan nak ketawa lepas.

"Ha? mana?" balas Chrisytal sambil menarik tisu di tangan Cikgu Maalik dan mulai mengelap wajahnya. "Dekat sini." tunjuk cikgu Maalik ke arah pipi. Chrisytal lalu mengelap bahagian pipinya sesuai arahan cikgu Maalik. "Bawah dagu awak" arah cikgu Maalik lagi. Chrisytal hanya menurut sambil membersihkan kotoran di wajahnya. "Ok good, dah bersih dah. Lain kali kalau pegang surat khabar jangan sentuh muka ye, kan dah kotor." ucapnya lembut. Chrisytal hanya tersipu malu.

"Macam mana lah aku tak perasan aduh." ucapnya dalam hati. "Terima kasih cikgu, he he..." balasnya kepada cikgu Maalik. Dia melihat senyuman kecil terbit di wajah lelaki itu, sungguh mempersona. Tanpa sengaja dia turut membalas senyuman itu dan seketika dia lupa akan janjinya sendiri. Entah buat kali yang ke berapa dia kalah dengan perasaannya sendiri.

Teruskan membaca dan terima kasih readers

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience