Risau

Romance Series 32056

Memandangkan masih bercuti, Chrisytal memutuskan untuk bangun lebih awal pagi itu untuk menyiapkan sarapan. Dia yang baru sahaja selesai mandi, pantas menuruni anak tangga untuk ke dapur. “Hm, let’s see benda apa yang boleh kita masak.” dia membebel sendiri sambil mencari bahan masakan di dalam peti sejuk. Chrisytal lantas menyediakan sarapan menggunakan bahan yang sedia ada,
memandangkan tidak banyak kelengkapan basah di rumah itu.

“Mama…” panggil Aisyah yang sedang menuruni anak tangga sambil memeluk anak patungnya. Mata digosok perlahan, mungkin rasa mengantuknya masih tersisa. “Good morning Aisy. Come and sit here darling.” Chrisytal menarik kerusi di meja makan lalu mendudukkan Aisyah sambil mengusap perlahan rambut si kecil. “Wait first okay. I am preparing the breakfast then kita makan ye sayang.” sambungnya lagi. Aisyah hanya mengganguk sambil menguap kecil.

Semalam, pintu biliknya diketuk dengan kuat dari luar dan sebaik sahaja dia membuka pintu, Aisyah muncul dengan memeluk anak patungnya sambil tersenggih. “He he, Aisy nak tidur dengan mama boleh?” pinta si kecil dengan perlahan. Chrisytal yang tadinya terkejut, lantas membenarkan Aisyah masuk. “Lah, mama ingatkan Aisy dah tidur. Jum masuk.” ucapnya sambil menggelengkan kepala. Jatuh kasihan melihat Aisyah yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri, sejak pertama kali mereka bertemu dulu.

Chrisytal tidak mengambil masa yang lama untuk mengambil hati dan membuat Aisyah rapat dengannya. Dia juga faham bahawa anak kecil itu memerlukan kasih sayang daripada seorang ibu, namun sejak kecil dia belum mendapatkan itu. Oh ya, perihal perkhawinan dan bekas isteri kepada suaminya pun dia tidak tahu dan tidak berminat untuk tahu. Bagi Chrisytal, itu semua adalah masa lalu, apalagi dia sudah berjanji untuk memberikan perhatian kepada keluarga barunya itu.

“Hm, sedapnya bau…” suara Malik mengejutkan mereka berdua. Rambut suaminya itu kelihatan basah, mungkin baru sahaja selesai mandi fikirnya. “Eh, good morning sweetheart. Awalnya bangun?” sambung lelaki itu lagi sambil mencium lembut dahi Aisyah yang sudah duduk di meja makan. Dia tersenyum memandang anaknya itu. “Good morning daddy, he he…” Aisyah hanya tersengih membalas. Tangannya mulai mencapai roti bakar yang sudah disediakan oleh Chrisytal di atas meja.

Mereka mulai menikmati makanan pagi sambil mulut Aisyah tidak berhenti berceloteh dengan pertanyaan-pertanyaan yang menggemaskan. Chrisytal yang mendengar, tersenyum melihat kelakuannya itu. “Ehem, er saya ada something nak cakap ni.” suara Maalik berdehem kecil. Dari tadi dia hanya memerhati kelakuan anak perempuan dan isterinya itu. “Hujung minggu ni, saya nak ajak awak dan Aisy balik kampung. Tok mek nak jumpa awak, katanya.” sambung Maalik lagi.

“Balik kampung? Jumpa Tok Mek?” si kecil sudah beriak teruja sambil meminta kepastian dari sang ayah. Ayahnya pula hanya mengganguk sambil mengusap perlahan rambut panjang Aisyah. “Ye sayang, kita balik kampung. Aisy suka tak?” tanya Maalik. Aisyah mengganguk laju. Namun tidak bagi Chrisytal kerana dia baru sahaja masuk ke dalam keluarga itu. Entah bagaimana penerimaan keluarga suaminya itu, memandangkan dia belum pernah berjumpa dengan mereka.

“Mama, we are going to meet Tok Mek. Aisy tak sabar lah.” Aisyah mengusap tangannya sambil tersenyum menampakkan gigi. Chrisytal mengganguk, mencuba untuk tidak memikirkan hal yang bukan-bukan dan yakin keluarga suaminya akan menerima dia dengan baik. Riaknya cuba dikawal supaya Maalik tidak dapat mengesan kerisauannya.

Hello guys. sorry for the late update, sebab terlupa password sekejap hehe... but dont worry i am back.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience