Tekaan

Romance Series 32056

Seperti biasa, selepas bangun tidur Chrisytal akan membelek smart phonenya terlebih dahulu. Dia membuka akaun Instagram dan melihat postingan yang dipaparkan di laman itu. "Betul-betul menikmati dia ni." cakap Chrisytal kepada dirinya sendiri, melihat postingan gambar Laura yang memenuhi ruang Instagramnya. "Scroll bawah Laura lagi, refresh balik dia lagi. Haih." ujarnya sendiri sambil tertawa melihat gaya lucu yang diupload Laura. Dia senang melihat kawannya itu ketawa dan menikmati percutiannya di Bali, Indonesia.

Dia terhenti di satu postingan seseorang yang cukup dikenalinya, iaitu cikgu Suraya. Ya, dia juga kurang faham kenapa cikgu Suraya mahu mengikutinya di Instragram selepas peristiwa dia mengugutnya tempoh hari. Dia cukup tertarik untuk melihat gambar cikgu Suraya yang sedang berdiri cantik di tengah Pura Luhur Lempuyang, iaitu tempat beribadat bagi penganut Hindu yang terletak di Pulau Dewata, Bali. Tempat itu penuh dengan sejarah kerana Pura itu adalah Pura yang paling tua di Bali, dan menarik untuk dikunjungi.

Namun Chrisytal lebih tertarik melihat caption yang ditulis dengan simbol hati berwarna merah di bawahnya. "Quality time with buah hati (emoji heart)." tulis tulisan itu. Dia teringat pesanan Laura semalam yang mengatakan dia terserempak dengan cikgu Maalik di lapangan terbang Bali bersama seorang perempuan. "I know it. Jadi tekaan aku semalam betulah, dia mesti ke Bali dengan someone special. Ha...ha...ha..." ketawanya satu satu sambil menepuk dadanya kasar. "Bodoh, kau memang bodoh Ann. Selama ni kau tertipu dengan layanan sweet dia dan kau lupa dia sudah berpunya? Ha...ha...ha..." sambungnya lagi ketawa senget macam orang gila dengan rambut kusutnya.

Dia tiba-tiba menangis kuat sambil menekup mukanya di bantal, namun suara tangisannya masih kedengaran dari luar bilik. "Ann? Sayang. Why? What happen?" Puan Annetha meluru masuk sambil bertanya risau. Chrisytal hanya menggelengkan kepala lalu memeluk ibunya. "Sayang, tell me. I am here." tanya Puan Annetha lagi, lembut. Chrisytal hanya diam tidak tahu bagaimana hendak bercerita dengan mamanya. "Its okay, jangan tahan. If it will makes you feel more better then cry. Let it go." pujuk Puan Annetha sambil mengusap rambut anaknya itu.

Semenjak ketiadaan papanya beberapa tahun yang lalu, dia sering melihat Chrisytal menangis sendirian dan dia tidak pernah jemu untuk menjadi pendengar setia bagi anaknya. Dia tahu sesedih apa pun dia, tapi sebagai seorang ibu Puan Annetha perlu tegar kerana dia tahu anak-anaknya lebih memerlukan dia. Setelah keadaan mulai reda, Chrisytal mulai menceritakan masalahnya satu persatu kerana dia tidak pernah menyimpan rahasia dengan mamanya. Dia tahu nasihat daripada Puan Annetha sangat penting bagi memulihkan keadaan hatinya.

Puan Annetha terkejut dengan pengakuan anaknya itu, namun dia tidak mahu menyalahkan anaknya kerana cinta datang tanpa salam dan bisa pergi tanpa alasan. Dia tahu anaknya berada di fasa-fasa pertumbuhan di mana dia mulai tertarik dengan lawan sejenisnya. "Mama tak tahu nak cakap apa, tapi mama nak Ann tahu yang umur Ann masih terlalu muda untuk jatuh cinta. Ann punya mimpi besar yang belum tercapai dan Ann kena ingat tujuan Ann masuk ke sekolah itu. Mama tak nak anak mama kecewa di kemudian hari." nasihat Puan Annetha kepada Chrisytal, tidak mahu terlalu menekan emosi anaknya. "Apapun keputusan Ann nanti, mama akan ikut as long as Ann bahagia." tambahnya lagi.

Chrisytal langsung memeluk erat tubuh mamanya. Nasihat Puan Annetha itu sungguh berkesan di hatinya. Ya, usianya kala ini masih sangat muda untuk jatuh cinta dan dia punya cita-cita besar yang belum dicapainya. Mungkin dia masih keliru dan terlalu dibuai perasaan sehingga dia sendiri lupa akan tujuan asalnya ke sekolah itu. Chrisytal perlahan-lahan cuba untuk melepaskan perasaan itu, kerana dia yakin jiwanya masih keliru dan terburu-buru dalam hal percintaan. "Ah, aku kena kuat balik. Perjalanan aku masih panjang, aku ada mama, abang and adik." bisik Chrisytal di dalam hati.

Comment and let me know if youre interested with this kind of storyline, thank you. Saranghae.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience