Wad sakit

Romance Series 32056

Sebaik membuka mata, dia melihat keadaan di sekelilingnya serba putih. Chrisytal cuba berdiri namun kepalanya terasa sangat berat dan berpusing. "Awww." adunya kecil sambil memegang kepala. "Stay." cikgu Maalik menahannya daripada berdiri. Dia membetulakan bantal di kepala Chrisytal terlebih dahulu dan membantunya untuk duduk. "Feel better?" tanyanya yang duduk di kerusi sambil berpeluk tubuh. Chrisytal hanya mengangguk perlahan. "Nak air." ujar Chrisytal kerana tekaknya terasa begitu perit. "No, doktor tak suruh bagi lagi awak minum air. Tunggu ye." balasnya. Chrisytal akur.

"Mana kawan saya?" tanya Chrisytal melihat Laura yang tiada di sampingnya. "Hari ni kan hari terakhir perkhemahan jadi mereka semua diwajibkan untuk ikut serta. Jangan risau kalau awak perlukan apa-apa, just tell me." balas lelaki itu yang dari tadi merenungnya risau. "Cikgu janganlah risau, saya boleh jaga diri sendiri. Cikgu baliklah ke sana, mana tau diorang perlukan cikgu." Chrisytal memberikan alasan kerana dia tidak betah berduaan dengan lelaki itu. "Its okay, saya dah inform awal tadi. Ni awak betul ke okay ni? nak saya panggilkan doktor?" tanyanya lagi. Chrisytal menggelengkan kepala perlahan menolak.

"Macam mana awak boleh berada di situ semalam? Siapa bawa awak?" Cikgu Maalik bertanya sekaligus memecahkan suasana sunyi di dalam ruangan itu. "Saya tak pasti cikgu." balasnya perlahan. Dia juga kurang pasti siapakah orang yang memimpin tangannya semalam. Tau-tau dia dah jauh, malang betul nasibnya. Cikgu Maalik kembali diam membelek telefon pintarnya. "Er, cikgu. Saya nak ucapkan terima kasih untuk semalam." ucapnya ikhlas dan sedikit berdebar mengingatkan hal semalam. "My pleasure. Tapi kenapa awak tak inform dengan fasilitator awal-awal tentang fobia awak? Risau saya, nasib tak terjadi apa-apa." balasnya sedikit marah dengan kejadian semalam.

"Saya ingatkan saya boleh handle fobia saya, tapi im so sorry sebab susahkan cikgu dan yang lainnya." Chrisytal merasa bersalah dengan sikapnya yang menyusahkan orang lain. "Its okay, yang penting awak selamat. Lain kali jangan buat lagi." Chrisytal hanya mengganguk faham. "Awak nak hubungi family awak?" tanyanya lagi sambil menghulurkan telefon pintarnya. "Jangan. Saya tak nak mama risau di kampung. Lagipun saya dah membaik sekarang." tolak Chrisytal, tidak mahu merisaukan mamanya. "Okay, awak rehat dulu. Saya nak ke depan urusan bil awak." Cikgu Maalik membetulkan semula kedudukan bantal di kepalanya. Kedudukan mereka begitu dekat sehingga Chrisytal dapat menghidu wangian dari tubuh lelaki itu. Dia memejamkan mata.

Setelah ditinggalkan keseorangan di dalam bilik, dia mulai berfikir siapakah orang yang sanggup meninggalkan dia di dalam hutan yang agak jauh dari lokasi perkhemahan. Dia tidak dapat berfikir sekiranya lokasi dia tidak dapat ditemui oleh cikgu Maalik semalam, pasti dia sudah sekarat sekarang. Namun dia bersyukur kerana lelaki itu datang tepat pada waktunya. Matanya mulai memberat dan dia kembali merehatkan badan serta mindanya untuk seketika waktu di wad sakit itu.

Thank you pada yang sudi membaca, i really appreciate it.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience