Rahasia

Romance Series 32056

“Thank you guys for joining the dinner. Hopefully, ada lah berita baik dari kau orang lepas ni ye.” Arif sempat mengusik kedua sahabatnya, ketika mereka selesai makan dan bergerak untuk menuju ke kereta masing-masing. “Doakan ye.” Suraya laju meraih lengan Maalik yang berdiri di sampingan. Arif tersenyum lalu mengganguk kepala. “Alright then, kita orang minta diri dulu? Assalamualaikum.” ujar Arif memandang ke arah Chrisytal yang sepertinya sudah kepenatan. “Oh ya, by the way jangan lupa datang rumah aku Sabtu ni. Ada tahlil buat arwah papa.” sambung Arif lagi, sambil membukakan pintu untuk Chrisytal dan memandu keluar dari situ.

Maalik hanya memandang Toyota Vios itu meninggalkan mereka sebelum dia turut masuk ke dalam kereta, meninggalkan Suraya sendirian. Suraya yang tidak berpuas hati, menghentak kasut tumitnya lalu membuka pintu kereta dengan kasar. “Ee, you ni dah kenapa layan I macam tunggul. Malu I tau, depan dia orang tadi, lebih-lebih lagi si gedik tu.” Suraya merengek sambil merapikan rambut perangnya. Dia tidak suka dengan pandangan Maalik terhadap wanita itu tadi.

“Aih? Cakap dengan diri sendiri ke?” Maalik menyindir perempuan di sebelahnya. Kalau bukan kerana dia dipaksa oleh Kak Long, dia juga tidak ingin keluar dengan perempuan itu. Menyampah dan rimas dengan sikap over protective Suraya, sedangkan mereka belum mempunyai apa-apa hubungan. “Babyy, janganlah cakap macam tu…” rengek Suraya sambil cuba mengelus lengan Maalik yang berlapik kain. Hatinya sakit melihat sikap acuh tidak acuh lelaki itu terhadapnya. “Its okay. Aku akan pastikan kali ni kau akan khawin dengan aku.” rancangan jahat sudah mulai diatur Suraya, sebelum dia membuang pandang melihat jalanan di hadapan.

Malam Sabtu, Chrisytal menghadiri kenduri tahlil di rumah Arif bersama-sama dengan Kak Ros dan suaminya. Dia mengenakan selendang untuk menutupi kepala sebagai tanda menghormati majlis yang berlangsung. “SubhanAllah, cantik sungguh adik akak ni, untung yang masuk meminang nanti.” puji Kak Ros yang terpegun dengan kecantikkan asli Chrisytal yang manis mengenakan selendang di kepala. “Alhamdulilah, terima kasih Kak Ros. Dah jum, nanti terlambat pulak.” ucapnya yaang sedikit malu dengan pujian yang diberikan. Bukan bermaksud tidak bersyukur, tapi dia percaya lebih banyak wanita yang cantik di luar sana.

Sesampai mereka di perkarangan rumah Arif, dia mengarahkan Kak Ros dan suaminya untuk mendahului, sementara dia membetulkan selendang di kepala. “Chrisytal?” tegur suara garau di belakangnya. Dia berpaling ke belakang dan darahnya terasa berhenti mengalir, cukup terkejut dengan figura itu. “What are you doing here? Tudung?” Maalik yang dari tadi memerhati dari jauh, bergerak mendekati wanita itu. Dia bingung dengan kehadiran Chrisytal ke majlis keagamaan malam itu.

Belum sempat dia membuka mulut, telefon pintarnya berdering. “Hello, you? You kat mana? Majlis dah nak mula ni.” suara Arif memanggilnya dari dalam talian. “Aa, ok ok. Wait, saya masuk sekarang.” balasnya sambil memandang ke arah Maalik yang masih menantikan jawapan namun kakinya laju melangkah masuk, meninggalkan lelaki itu sendirian. Chrisytal lantas mengambil tempat duduk di sebelah Kak Ros dan melihat Maalik yang turut mengambil tempat duduk bertentangan dengannya. Sepanjang tahlil berlansung, dia sedar mata Maalik tidak lepas memandangnya ke arahnya, namun dia memilih untuk menundukkan kepala.

Sementara menanti Kak Ros dan suaminya selesai menjamu hidangan, Chrisytal lebih memilih untuk menyendiri di tepi kolam renang milik Arif. Dia menatap langit yang cantik dihiasi dengan cahaya bulan dengan angin yang menyapa dirinya lembut. Sungguh mendamaikan jiwanya. “Jadi awak dah convert to Islam? Since when?” Maalik yang tiba-tiba muncul, mengambil tempat di sisinya. Sepertinya dia masih mahu jawapan kepada soalannya tadi. “Kenapa saya tak tau pun?” ucapnya lagi sambil mata tidak lepas memandang wajah manis yang bertudung itu. “Cantik.” pujinya di dalam hati.

Rasa-rasanya Chrisytal suka atau tidak dengan Maalik?

Share this novel

Syahadah Mrizan
2021-03-31 15:56:11 

sambung lagi ceritanya best sangat


NovelPlus Premium

The best ads free experience