Perkenalan pertama

Romance Series 32056

“Baiklah seterusnya.” laung Maalik Miguel. Christyal Anne lantas tersentak dan melihat semua mata tertuju padanya. “Giliran saya ke sekarang?.” tanya Chrisytal dalam kebingungan.

“Yes, awak cik adik manis.” jawab Maalik Miguel. Chrisytal Anne bangun sambil tersipu malu. Laura di sebelahnya hanya menahan ketawa melihat reaksi balas kawannya itu. “Er, hai. Nama saya Chrisytal Anne Christhoper. Saya berasal dari Kampung Ulu dan berbangsa Cina dan Iban. Terima kasih.” terangnya pendek.

“Chrisytal? Berlian, wow, interesting.” ujar Maalik sambil tersenyum nipis. Dada Chrisytal semakin sesak dengan senyuman yang meresahkan itu. “Ah, what is wrong with you today Ann? Focus, focus, focus”. Chrisytal mengingatkan dirinya sendiri.

Selesai sesi perkenalan, sesi pdp mulai berlangsung dan diikuti dengan subjek yang lainnya. “Ah! Penatnye.” ujar Laura sambil mengeliat. “Jom keluar rehat, aku belanja.” katanya lagi.

“Eh tak apalah, saya ada bawa duit sendiri.” balas Christyal. “Eh engkau ni, aku punyalah baik nak belanja kau. Lagipun kau dah tolong aku jawab Maths tadi kan, so lets go.” Christyal akhirnya akur kerana dia tahu, Laura ikhlas dengan niatnya.

Di kantin sekolah, mereka terserempak dengan Maalik Miguel yang sedang makan bersama guru-guru yang lain. Maalik Miguel hanya tersenyum memandang mereka. Di hadapannya ada seorang guru perempuan yang bertudung, cantik sedang asyik berbual dengannya sedari tadi.

“Aku rasakan, dia girlfriend cikgu Maalik lah. Cantik sepadan.” bisik Laura. Chrisytal hanya tersenyum dan mengganguk. “ Come on Ann, what do you expects? Dia dah matang dan selayaknya memiliki pasangan kot.” desis hatinya. “Eh, jomlah berbaris, nanti lambat nak masuk kelas.” ujar Chrisytal kepada sahabatnya itu.

Bunyi loceng menandakan tamatnya sesi persekolahan buat hari itu. Rasa lega kerana sedikit sebanyak Chrisytal Anne sudah mulai menyesuaikan dirinya di sekolah itu.

Petang itu, Laura mengajaknya untuk beriadah sambil melihat lihat tempat di sekitar sekolah. Fasiliti yang hampir lengkap dengan padang sekolah yang cukup besar dan blok-blok akademik yang tersusun rapi menjadikan sekolah tersebut antara sekolah yang terbaik di daerah itu. Chrisytal Anne bersyukur kerana mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran di situ. “Wah! Cantiknya sekolah kita. Tak rugi aku pilih sekolah ni.” ujar Laura.

Setelah penat berlari, mereka akhirnya berehat di tepi padang sambil menonton pasukan hoki sekolah yang sedang berlatih.

“Wuu, favourite aku ni tengok abang-abang senior main. Mana tau boleh buat crush ye tak?.” tanya Laura. Chrisytal tersentak dengan pertanyaan itu kerana sejak dari tadi dia tertarik melihat figura lelaki yang sedang melatih pasukan tersebut. Gayanya mengayunkan stick hoki layaknya seorang yang profesional dan berkarisma.

“Oi! Aku tanya kan ni, kau tengok apa sampai tak berkelip ni. Aku beria tanya pendapat kau tentang senior tu tadi, kau boleh mengelamun pulak.” marah si Laura. “Sorrylah, saya cuma sedang terfikir menu apa kita makan petang ni eh?.” elak Chrisytal.

“Oh yelah dah petang, eh jumlah balik, mandi.” Mereka lalu bangun meninggalkan tempat itu, sambil matanya tidak lepas memandang figura itu.

Tiba-tiba mata mereka bertembung.Supp! Sepantas kilat Chrisytal mengalihkan pandangan dan berlari anak mengejar langkah Laura yang sudah jauh di hadapan. Hatinya berdebar hebat seperti ingin copot bak kata sinetron.

keep on reading, thank you

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience