Keliru

Romance Series 32685

*Ting* pintu lif pun terbuka. Laura sudah melangkah ke hadapan laju meninggalkan Chrisytal yang masih melangkah dengan berhati-hati. "Awak ok tak ni, nak saya papah?" tegur cikgu Maalik yang masih setia di belakangnya, risau kot kalau dia terjatuh. "Its okay.." tolaknya lembut, tidak mahu bersikap kasar dengan gurunya sendiri. "Auchh." adunya kecil. "Wait, let me help you." ucap cikgu Maalik risau lalu melutut dan membantunya melepaskan kasut di kaki. "Eh, cikgu." belum sempat Chrisytal menolak, heelsnya sudah pun dilepaskan. "Okay, now awak dah boleh jalan kan." cikgu Maalik memandangnya sambil tersenyum. "Shit, behave behave." ingatnya kepada diri sendiri.

"Wei, macam siput kau jalan. Lama aku tunggu, tu bas dah pergi dah pun." tunjuk Laura ke arah bas sekolah yang audah berangkat pulang. "Babe? Asal awak tak suruh tunggu? Dahtu kita nak naik apa balik?" tanyanya risau, ada-ada saja kelakuan pelik kawannya satu itu. "Its okay, saya boleh hantar." tegur cikgu Maalik yang dari tadi mendengar perbualan mereka. Laura mengganguk sambil tersenyum penuh makna ke arah Chrisytal. "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi di negeri sendiri." bisik Laura kecil sambil mengangkat keningnya. "Apa punya peribahasa lah kawan aku pakai ni." ujar Chrisytal di dalam hatinya sendiri.

"Dah jom, tu cikgu Khairul dah tunggu tu." cikgu Maalik mengajak mereka ke arah kereta yang berhenti di hadapan mereka. "Wei kasut kau mana?" tanya Laura melihat kaki Chrisytal yang tidak beralas. "Sini." Cikgu Maalik mengangkat tangannya yang memegang heels Chrisytal. "Kau..?" belum sempat Laura menghabiskan ayatnya, Chrisytal terus menolak Laura untuk masuk ke dalam perut kereta. "Thank you." ucap Chrisytal kepada cikgu Maalik yang sudah membukakan mereka pintu. "My pleasure." jawabnya tersenyum lalu mennutupkan pintu kereta.

"You own me an explaination." Laura sudah tidak sabar menantikan ceritanya. Chrisytal hanya terdiam dan membuang pandangan ke arah jalan raya yang cantik dihiasi dengan lampu jalanan. Kali ini dia betul-betul keliru dengan perasaannya sendiri. Semakin dia cuba untuk menjauhi lelaki itu,semakin banyak pertemuan yang terjadi di antara mereka. Mungkin itu hanyalah kebetulan, fikirnya lalu mengeluh perlahan. Tanpa dia sedari, sepasang mata sedang asyik memerhati kelakuannya dari tadi melalui cermin sisi kereta.

"Now, tell me" pinta Laura sesudah mereka sampai di asrama. "Hmm, actually tadi kaki saya melecet disebabkan heels ni, then all by sudden cikgu Maalik muncul dan tolong saya. Itu saja" ceritanya pendek tidak mahu terlalu terperinci, nanti dirinya tidak habis-habis diusik oleh Laura. "Hah?! melecet? Weii sorry lah, kalau aku tak paksa tadi mesti kaki kau tak macam ni kan." ujarnya bersalah sambil meminta maaf. "Its okay babe, benda dah berlalu pun lah. I dont mind it. Cheers." balas Chrisytal untuk menenangkan hati Laura, kerana sahabatnya itu tidak bersalah.

"But i really mean it, sorry eh. Btw, kau dengan cikgu Maalik tadi sweet juga eh. Boleh tahan." usiknya kepada Chrisytal. "Aku dah agak dah, dia mesti nak mengusik aku pasal ni." cakap hati kecil Chrisytal sudah menduga. Nasib baik dia tidak menceritakan hal yang sebenarnya berlaku tadi, kalau tak sampai ke tak sudah dia mengusik. "Shut up." balas Chrisytal pura-pura merajuk dengan usikan Laura itu. Namun dirinya hanya ditertawakan oleh Laura. Akhirnya mereka ketawa bersama-sama dan begitulah persahabatan mereka terjalin dengan erat tanpa perasaan marah atau terasa hati sedikit pun.

komen tentang pendapat kamu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience