Bermain

Romance Series 32056

"Dah lama ke tinggal sini?" suara lelaki itu memecahkan kesunyian di antara mereka. "Er, baru harini sampai. Ingatkan nak cuti dekat sini." balasnya perlahan sambil merenung ke arah Aisy yang sedang ketawa riang bersama Laura di tepi pantai. Mereka berdua hanya duduk di bawah pohon yang berdekatan dengan pantai. Suasana di pantai itu semakin dipenuhi dengan kehadiran pengunjung yang sibuk dengan aktiviti masing-masing. "Sorry kalau ganggu masa awak berdua. Aisy memang macam tu kalau dah suka dengan orang, dia memang tak nak lepas." jelasnya tidak mahu Chrisytal berfikir yang bukan-bukan. "Its okay, saya faham. Lagipun Aisy budak yang comel, bijak pulak tu. Tak menyusahkan pun." Chrisytal berkata jujur.

"Sorry, kalau awak tak selesa dengan panggilan Aisy tu. Her mother left her since she was only 2, mungkin dia rindu mummy dia." luah Maalik sambil menghela nafas panjang dan memerhati senyum yang terukir di wajah anaknya itu dari jauh. "Saya faham." jawabnya tidak mahu mencampuri urusan rumah tangga lelaki itu. Walaupun awalnya dia tekejut dengan panggilan Aisy terhadap dirinya, namun lama-kelamaan rasa sayang dan simpatinya kepada anak itu tumbuh sehingga dia tidak mahu melukai hati anak sekecil itu.

"Mama daddy, come." jerit Aisy memanggil mereka untuk ke sana. "Jum, dia dah panggil tu. Nanti merajuk susah nak pujuk." ajak Maalik. sambil menghulurkan tangan untuk membantunya berdiri. "Thank you." sambut Chrisytal lalu berjalan laju ke hadapan dengan hati yang berdebar hebat. "Mama, lets play." Aisy meminta dia untuk bermain istana pasir bersamanya. "Ha, aku ada idea baik punya. Apa kata kita lawan siapa yang dapat bina istana yang cantik dia menang." ujar Laura sambil mengangkat sebelah keningnya seperti biasa. "Siapa kalah kena belanja makan malam." sebutnya lagi tidak mahu melakukan permainan tanpa cabaran.

"Boleh, siapa takut." balas Chrisytal dengan berani tidak mahu kalah dengan taruhan Laura. "Tapi kau kena satu team dengan cikgu, aku seteam dengan Aisy, Amacam?" cabarnya lagi, suka melihat reaksi kesal di wajah sahabatnya itu. "Boleh, saya setuju." belum sempat Chrisytal membuka mulut, lelaki itu laju sahaja memotongnya. "Okay mantap. Aisy, you good?" Laura melihat ke arah Aisy lalu dibalas dengan anggukan comel budak itu. Chrisytal masih memandangnya tajam tanda tidak berpuas hati, namun Laura menjelirkan lidahnya, puas.

"Bak sini, biar saya isi awak susun okay." Maalik mengambil baldi di tangannya lalu memasukkan pasir ke dalamnya. Chrisytal mengganguk setuju. "Aww, pedih." adunya kesakitan apabila matanya dimasukki pasir yang berterbangan akibat angin pantai yang semakin kencang. "Suhh, let me see. Jangan gosok nanti makin pedih." Maalik mengalihkan tangannya yang mengosok mata lalu menarik lembut kepalanya. Dia meniup perlahan mata itu sambil menyapu sisa pasir yang melekat di mukanya. "Done, masih sakit?" Maalik melihat ke arahnya risau. "Er, te terima kasih cikgu." gugup dalam situasi itu.

"Dahlah, Aisy jum balik. Dah nak gelap ni, kasian kakak-kakak penat nak rehat. Come." mengarahkan anaknya untuk berhenti bermain. Pengunjung di sana juga semakin beransur-ansur pulang kerana hari sudah semakin gelap. "Ote, next time we play again, promise?" ujar Aisy dengan pelatnya. "Sure, anytime sayang." balas Chrisytal lembut tidak mahu anak itu berkecil hati dengannya. "Come, lets go. Thank you for today Chrisytal, Laura. Take care" sebutnya sebelum pergi bersama Aisy dan meninggalkan mereka berdua.

"Ehem, mama should we go back now?" usik Laura kepadanya sambil menahan ketawa. "Eee, stop it. Kurang asam punya kawan, weii tunggu." Laura berlari limpas kudung meninggalkan Chrisytal di belakang takut jika jurus tendangan sahabat terbang ke mukanya. Baik dia selamatkan diri dulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience