Perhatian

Romance Series 32056

Setelah seminggu menghabiskan masa cutinya di kampung, Chrisytal Anne kembali semula ke sekolahnya. "Jaga diri dan jangan lupa berdoa." pesan mamanya. "Bye. Ann berangkat dulu ye." sambil melambaikan tangannya. Berat hatinya untuk berpisah dengan keluarga namun dia berusaha untuk menahannya.

"Wei, aku rindu kau lah." jerit Laura sambil mendepakan tangannya setelah melihat Chrisytal dari jauh. "Uish malulah orang pandang, apa awak ni terjerit-jerit." jawab Chrisytal sambil menutup mulut Laura. "Relaxlah, aku rindu kau kot. seminggu ha, aku tak tengok engkau." balasnya.

"Dah tu, saya message awak, tak dibalas pun?" tanya Chrisytal. "Alah, sorrylah. Kau tau kan daddy aku was a strict guy, so aku disuruh study and no phone is allowed." rugutnya. " Okay, i feel youu." balas Chrisytal sambil mereka kembali berpelukan melepaskan rindu.

Keesokkan paginya, mereka kembali memulakan rutin persekolahan seperti biasa. "Bangunnn, selamat pagi cikgu." laung ketua kelas lalu disaut oleh seisi kelas. Subjek pertama pada pagi itu adalah Bahasa Melayu.

Mengingati kejadian semasa di kampung, pipi Chrisytal tiba-tiba panas. Dia merasa segan ingin menatap cikgu Maalik, namun melihat riak wajahnya yang cool dan serius, Chrisytal cuba berpikiran positif. "Mungkin, dia dah biasa kot panggil student lain dengan panggilan dear." pujuk hatinya.

"Baiklah kelas, macam mana cuti? seronok? kerja saya dah siap buat?" bertubi-tubi soalan yang diaju oleh Cikgu Maalik. Para pelajar hanya mengganguk laju. "Saya assumed, rata-rata daripada awak semua faham dengan soalan yang diberikan betul? Sebabnya hanya seorang sahaja pelajar yang masej saya tentang soalan tersebut. Tapi, saya hargai usaha dia untuk bertanya." cakapnya lagi.

Jantung Chrisytal mulai berlagu dangdut. "Ha! Maksudnya aku sorang je ke berani chat dia? Aku sorang je ke yang dia panggil dear? Aku sorang je ke yang dia wish sweet dream?" tanya hatinya sendiri.

"Baiklah, since awak semua dah siap, tolong kutip dan letak atas meja saya." arah Cikgu Maalik "Jadi harini saya nak awak semua salin nota yang saya dah sediakan di hadapan." ujarnya lagi sambil bergerak ke belakang. Dia mulai menuju ke tempat duduk yang berdekatan dengan Chrisytal dan Laura.

"Please jangan duduk sini, please jangan datang sini." doa Chrisytal dalam hati. Namun kaki cikgu Maalik sudah menuju ke belakang Chrisytal yang mempunyai satu kerusi kosong. Dia lalu duduk di situ. Hati Chrisytal semkain berdebar-debar.

Sambil menulis nota, Chrisytal kembali leka bercerita dengan Laura tentang kegiatannya di kampung. "Chrisytal, cikgu tau awak exited jumpa balik dengan kawan awak, tapi fokus la dulu. Salin habis nota di hadapan." mungkin terdengar seperti intonasi marah tapi lembut sahaja menyapa telinga Chrisytal. "Taulah, awak dah potong rambut baru." cakapnya lagi, tapi perlahan.

Hati Chrisytal kembali berdetak laju. Pipinya panas dan mulai memerah. "Dia perasan rambut aku?" cakapnya dalam hati. Rambut panjangnya, dipotong sehingga ke paras bahu dengan bang nipis menutupi dahinya.

Dia memang sudah lama menginginkan model rambut seperti itu, namun dia takut tidak sesuai dengannya. "Wow, amazing." siku Laura sambil mengangkat kening. "Ish diamlah." jawab Chrisytal. Mereka kembali menyempurnakan tugasan.

please comment and let me know your thought about this storyline.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience