Cemburu

Romance Series 32056

"Hmm, manisnya isi durian ni. Reza, you should try one. Nah." Chrisytal mengambil seulas buah durian itu lalu menyuakannya kepada Reza. Sengaja mahu menguji kesabaran sang suami. Bukan dia tak sedar mata lelaki itu dari tadi memandangnya tidak puas hati. He he.. maafkan isterimu ini, suamiku.

"Er, terima kasih..." dengan takut-takut, Reza mengambil buah di tangan Chrisytal sambil makannya dengan perlahan. Terasa pahit pula isi durian itu apabila mata helang Maalik yang tidak lepas merenungnya, tapi kerana Chrisytal yang hulur dia ambil lah, huhu...

""Manis kan? Macam awak." Chrisytal berkata sambil mengenyitkan sebelah matanya. Habislah kau Anne, sengaja bermain dengan api, ucapnya di dalam hati. "Uhukk.. uhukk..." tersedak Reza setelah mendengar ucapan manis yang keluar dari wanita cantik di hadapannya. Fuh, habis tersembur isi durian yang dia makan. Mata Maalik pula sudah bulat memandang isterinya itu. Besar kecik besar kecik je dia tengok isterinya sekarang, heih geram.

"Eh, sorry awak. Nah minum ni." nasib baik dia ingat bawa air kosong dari rumah tadi. Kasihan pula tengok muka Reza yang sudah memerah. Suraya menjeling kelakuan Chrisytal, jengkel. Ada saja muslihat perempuan itu untuk menarik perhatian Maalik, huh!. "Feeling better?" tanya Chrisytal dibalas dengan anggukan laju dari Reza. Ketawa yang dari tadi ditahan akhirnya tersembur. Tidak tahan melihat muka Reza yang menahan malu. Maalik pula sudah semakin panas.

"Alhamdulilah. Puas juga honey makan durian hari ni. Thank you hubby." Sofea berterima kasih dengan suaminya yang sudi memenuhi rasa mengidamnya terhadap durian. Maanif tersenyum senang. Apa pun bakal dia tunaikan untuk isteri dan bakal anak mereka nanti.

"Baki ni kita bawa balik. Boleh bagi-bagi dengan jiran-jiran." Maanif berdiri sambil melihat buah durian yang masih banyak tersisa di atas tanah. Kebun datuknya itu memang terkenal dengan buah-buahan yang banyak jadi tidak hairanlah datuk membiarkan sahaja orang kampung untuk datang dan mengutipnya sendiri. Mereka pun bergerak menuju ke kereta memandang hari pun sudah beransur gelap.

"Thanks bro. Lain kali kalau kita orang nak ke mana-mana, aku ajak kau lagi." Maanif mengucapkan terima kasih kepada Reza yang sudi menemaninmereka ke kebun tadi. "Tak apa. Aku tak kesah pun." jawab pemuda itu, sopan. "Bye Reza. See you." Chrisytal melambai ke arah Reza sambil mengenyitkan mata. Dia bukan apa, dia senang apabila bercakap dengan Reza yang sudah dianggap kawannya itu. Sepanjang perjalanan tadi pun, lelaki itu tidak letih menjawab segala persoalan yang ditanyakan kepadanya.

"Bye An..." belum sempat Reza membalas, tangan Maalik sudah dahulu menarik tangan si isteri untuk masuk ke dalam rumah. Terkejut Chrisytal dibuatnya. "Hari dah senja, tak baik lama- lama kat luar." datar saja muka Maalik sambil menuturkan kata. Chrisytal pula menahan senyum. "Hei suamiku. Bilang saja kamu cemburu, cewah." ucapnya di dalam hati. Baru dia tahu kalau isterinya jual market memang laku.

Malam itu, Chrisytal duduk termenung sendiri di luar rumah sambil menghirup udara kampung yang segar. Rasa rindunya terhadap keluarga di Sarawak juga semakin menggebu-gebu. Terasa sudah lama dia tidak pulang dan menjenguk keluarga di sana. Haih, dia menyapu air mata yang gugur di kelopak mata.

"Ehem...." suara seseorang berdehem kecil di belakangnya. Dari bau haruman yang dikenakan, dia sudah dapat meneka gerangan si penggangu ketenteramannya ketika itu. Buaian itu menjadi semakin berat, menandakan si penggangu sudah duduk di sebelahnya. Haihlah pak cik ni, tempat punyalah luas kat sini juga dia duduk, ucapnya di dalam hati.

Chrisytal menoleh untuk melihat riak wajah suaminya ketika itu. Hm, seperti biasa datar, beku dan tidak romantis. Namun tidak menghilangkan sisi kehenseman si pemilik wajah, cewah. Rambut suaminya itu juga sedikit basah, mungkin baru selesai menunaikan solat. Kalau dilihat dari sisi, wajah suaminya itu mirip dengan pelakon Thailand, Sunny Suwanmethanont. Alah yang berlakon filem, I Fine.. Thank You.. Love You, tuu.

Tapi kalau senyum sikit mesti lagi hensem dari Sunny, fikirnya sambil tersenyum sendiri. Sedar dirinya ditilik dari tadi, Maalik segera memaling muka untuk merenung ke arah isterinya. Chrisytal yang dari tadi khusyuk, terkedu. Renungan yang diberikan oleh suaminya cukup lama. Dup...dup..dup.. hatinya berdetik kencang. Sesaat, dua saat...

"Auch..." adu Chrisytal sambil menggosok dahinya yang perit akibat dijentik oleh Maalik. Dia yang belum bersedia tidak sempat mengelak dari serangan itu. Kurang asam punya suami, hu hu... sakit, walaupun tidak terlalu kuat tapi kalau dah tangan sado memang terasa lah. "Apa ni, tak acilah main jentik-jentik." marahnya sambil merenung Maalik yang menahan ketawa. Maalik pula suka melihat wajah merah padam isterinya yang sedang menahan emosi. Eh? Suka?.

"Oh, main jentik-jentik tak acilah. Tapi kalau puji laki lain depan suami aci pulak?" balas si muka beku. Oh, jadi dia nak balas dendam pasal petang tadilah ni? Oh baiklah, kita tunggu siapa yang menang, ehek. Chrisytal menyimpan senyum. "Habis tu? Awak bagi je Suraya peluk awak tak apa pulak?" giliran si isteri pula membela diri. Silap besarlah dia kalau berperang mulut dengan perempuan. Apalagi, Chrisytal pernah menyertai pertandingan forum di peringkat negeri. Tempat pertama pula tu.

"Eh, bila masa pula saya bagi Suraya peluk saya? Lagipun kaki dia sakit, takkan saya nak biar dia saja?" Maalik tidak suka apabila dirinya dituduh sebegitu. Seolah-olah dia membenarkan setiap tindakan Suraya terhadap dirinya, sedangkan dia tidak seperti itu. Dia tahu batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. "Oh, kalau sakit kaki sikit memang kena peluk ke? Memang kena mengada-gada eh?" Chrisytal meluapkan segala amarah yang dipendamnya tadi.

"Perempuan tu pun satu, dah tau kaki tu sakit kenapa still nak ikut. Degil!" sambungnya lagi. Kali ini dia sudah menghadapkan badannya ke arah Maalik. "Awak tu pun satu, kalau perempuan lain pegang awak, awak biarkan saja. Awak suka kan?" tatapan maut diberikan kepada suaminya itu. Ha, baru kau rasa macam mana isteri kau ni bercakap. Kalau diajak sampai esok pun dia masih ada topik untuk diperdebatkan.

"Awak cemburu?" pendek sahaja soalan yang ditanyakan oleh Maalik. Dari tadi dia hanya mendiamkan diri, mahu mendengar luahan si isteri yang tampaknya dari tadi tidak berhenti bercakap. "Me? Jealous? Eh hello, Encik Maalik Miguel. Tak ada maknanya saya cemburu dengan awaklah, lagi-lagi dengan si plastik tu." ucapnya yakin, tetapi di dalam hati dia sudah berdebar-debar. "Eii lah mulut ni. Kenapa boleh terlepas pulak." marahnya di dalam hati sambil membetulkan semula cara duduknya. Mulut lesernya, ditampar berkali-kali.

"Oh, tak cemburu... Okay..." Maalik masih mahu mengusik isterinya. Dia sengaja mahu melihat wajah putih itu bertukar merah kerana malu. "Comel, like always." bisiknya sendiri. Suasana kembali sunyi di antara mereka, ditemani dengan bunyi cengkerek dari dalam semak yang berdekatan dengan mereka. Di langit, bulan mengambang dengan sempurna, namun sayang tidak dihiasi bintang-bintang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience