licik

Romance Series 32056

Petang Sabtu seperti kebiasaannya, setelah selesai menyemak buku latihan pelajar, Chrisytal akan menggunakan masa lapang yang ada untuk berehat dan bermalas-malasan di atas katil. Seketika dia ingin melelapkan mata, bunyi hon kereta di depan rumah, mengejutkannya. “Ish, siapa pulak yang datang time-time macam ni. orang baru nak rehat kejap.” bebelnya sendiri sambil mengikat semula rambutnya yang sudah kusut dengan baju yang dirapikan. Tirai jendela dibuka sedikit, memastikan gerangan orang itu sebelum membuka pintu.

“Arif? What are doing here?” dia melihat Arif sudah bersandar di badan keretanya sambil melihat ke arahnya. Lelaki itu bangun lalu menghampirinya. “Hai sweetheart. You busy ke?” tanya lelaki itu dengan senyuman yang tidak lekang di bibir. Chrisytal mengangkat sebelah keningnya setelah mendengar pertanyaan lelaki itu. “Hmm, tadi busy but now I am free. Kenapa?” tanyanya ingin tahu tentang tujuan lelaki itu ke mari. “Yes. Kalau macam tu, jom ikut I main badminton. Lagipun you kata you free kan tadi, jomlah. Please.” Arif mengajaknya untuk bermain badminton bersama.

Setelah berfikir panjang, akhirnya Chrisytal bersetuju kerana dia juga sudah lama tidak bermain permainan itu. Kali terakhir dia bermain badminton adalah bersama Laura semasa mereka bersama-sama menuntut di IPG, Kedah. “Okay but wait. Saya ganti baju dulu.” Chrisytal berlari masuk ke dalam rumah untuk megenakan baju sukannya. Tshirt hitam dengan legging berjenama Nike dikenakan, sebelum dia turut menyarung kasut sukan dari jenama yang sama. Rambutnya dikepang dua, sebelum dia keluar dan melihat Arif sudah menunggunya di dalam kereta.

Selesai membuat pendaftaran dan menempah gelanggang, mereka pun masuk lalu duduk di kerusi yang telah disediakan untuk pemain di situ. Dia memerhati keadaan gelanggang di situ masih kosong dan hanya ada mereka berdua sahaja. “Oh ya, I lupa nak cakap tadi. Maalik dan Suraya akan join kita sekali tapi you jangan risau, i ada. I dulu wakil sekolah tau, ha…” ucap Arif sambil mengenyitkan mata, lalu menepuk dadanya bangga. Itulah tujuan asal dia membawa wanita itu, supaya dia dapat menunjukkan skills dan kelebihanya.

“Wow, hebat.” Chrisytal mengangkat kedua ibu jarinya untuk menunjukkan dia kagum dengan lelaki itu. “Huh, baru wakil sekolah. Aku dulu lebih dari itu.” sebutnya, namun cuma di dalam hati kerana dia tidak mahu menyinggung perasaan Arif. memang diakui, sukan badminton adalah antara suka yang paling dikuasainya. Jika dahulu, dia sering dihantar sebagai wakil negeri dan berjaya merangkul beberapa gelaran, namun kini dia sudah berehat dan bakatnya itu sudah lama tidak diasah.

“Hello guys.” suara Suraya menyapa mereka dari jauh. Chrisytal menoleh sebelum dia cepat-cepat mengalihkan pandangan semula. Dia berpura-pura sibuk membetulkan tali kasutnya, supaya dia tidak perlu berdiri untuk membalas pelukan wanita plastik itu. “Hai…” tegur Maalik singkat, sebelum dia mengambil tempat duduk di sebelahnya. Chrisytal membalas dengan senyuman kecil dan seperti biasa jantungnya sudah dulu melakukan senaman tanpa dipaksa. “Guys, come on. Hurry.” belum lama mereka duduk di situ, suara Suraya sudah menjerit memanggil mereka untuk masuk ke gelanggang.

Chrisytal hanya menurut dan memandang perempuan plastik itu dengan muka yang jengkel. Sudahlah dia yang datang lambat dan buat orang tertunggu-tunggu, lepas tu boleh pulak dia arah orang macam tu saja, bisik hatinya menyampah. “You tau main ke Chrisytal? Kalau tak tau, baik you diam tepi biar kita orang main dulu.” sekali lagi Suraya memberikan arahan, sebelum kedua-dua lelaki di situ turut memandang ke arahnya. Chrisytal menarik nafas dalam lalu menghembusnya dengan perlahan. Sabar, ya dia perlukan kesabaran apabila berhadapan dengan perempuan seperti itu, lalu dia memberikan senyum dengan terpaksa.

“You jangan risau lah, I kan ada untuk cover dia. Betul tak sweetheart?” Arif menggengam tangannya sambil mengenyit matanya. Chrisytal hanya mengganguk kecil sebelum dia memandang sekilas wajah Maalik di sebelah gelanggang lawan. Kelihatannya, lelaki itu hanya santai dan tidak memberikan riak sama sekali. Hatinya tiba-tiba sakit dengan situasi seperti itu. “Okay then, but siapa kalah kena hukum. Deal?” dia sudah dapat meneka bahawa Suraya akan merancang peraturan licik seperti itu, namun dia hanya tersenyum dan tidak membantah.

Jangan lupa rate and comment, tq.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience