Panggilan

Romance Series 32088

"Nek, Tok. Terima kasih tau sebab sudi terima Anne dalam keluarga ni. Anne terharu sangat." Chrisytal bersalaman dengan Haji Saiful dan Tok Mek, sebelum mereka bakal berangkat ke bandar semula.

"Tak usah lah kamu kata gitu. Kamu kan cucu kami juga, tak ada beza pun." Tok Mek mengusap perlahan kepala cucu menantunya itu. Memang sejak pertama kali cucunya itu pulang ke kampung, dia sudah jatuh suka dengan pembawaan dirinya. Bertuah Maalik mendapatkan isteri secantik dan penyayang itu.

"Kamu kalau ada masa, bawalah isteri dengan anak kamu balik lagi Ayik. Jangan kamu sibuk memanjang saja." giliran Haji Saiful pula menegur cucu lelakinya itu. Bukan dia tidak kenal dengan perangai kuat bekerja si Maalik ni. Kadang-kadang sampai lupa nak jaga kesihatan diri.

"Yelah tok. Insyaallah, Ayik datang lagi." Maalik turut tunduk untuk menyalami nenek dan datuknya itu. "Oklah, kita orang gerak dulu, takut gelap pula nanti. Jaga diri Tok, Nek." sambungnya lagi sambil bergerak untuk memunggah barangan ke dalam kereta.

"Hati-hati bawa kereta tu. Dah sampai nanti jangan lupa khabar." Tok Mek melambai kereta cucu-cucunya yang sudah mulai bergerak meninggalkan perkarangan rumah. Hm, nampaknya sunyi balik lah rumah kayu ni. Tinggal dia dan suaminya sahaja lagi. Rasa rindunya terhadap suasana semalam ditahan dan dia berusaha membujuk diri sendiri.

Di dalam kereta, Aisyah sudah pun tertidur lena di belakang dari awal mereka bergerak tadi. Mungkin masih mengantuk kerana dia terpaksa bangun lebih awal pagi tadi.

"Sayang. Thank you." Maalik mencuri tangan isterinya lalu dikecup lembut. Dari bangun pagi tadi, dia belum sempat mahu mengucapkan ayat-ayat romantis kerana isterinya sudah dahulu menghilangkan diri. "For what?" Chrisytal pelik dengan ucapan daripada suaminya itu.

"Sebab sudi terima dan percayakan saya." tangannya masih mengengam erat jari jemari si isteri. Erat, seakan-akan tidak mahu dilepaskan. "Eh, halo. Siapa cakap saya terima awak? Ada ke saya cakap macam tu?" Chrisytal sengaja mahu mengusik suaminya. Dia sudah menarik tangannya kembali dan melontarkan pandangan ke hadapan.

"Sayang? Seriously?" Maalik tidak percaya dengan ucapan yang keluar dari mulut isterinya. Dia yang tadinya tenang memandu, segera membelokkan kereta dan berhenti di tepi jalan. Mahu mendengarkan alasan isterinya itu.

"Eh awak, apa ni. Nanti kita lambat sampailah." Chrisytal yang terkejut dengan tindakan suaminya terus berpusing dan melihat ke arah suaminya. "Nope. No driving until you tell me the reason." Maalik merenung isterinya sambil memastikan anak gadis mereka masih lena di belakang. Risau kalau tiba-tiba Aisy bangun tengok daddy dengan mama dia pelik.

"Awak. Saya gurau jelah." Chrisytal membalas renungan yang diberikan oleh suaminya. Aduh susahlah bergurau dengan duda sorang ni, dahlah dia mengantuk gila sebab semalam tidurnya kurang. Semuanya penangan si pak cik ni lah, macam singa kelaparan.

"No, tell me. Sayang menyesal ke pasal semalam? Atau saya ada salah apa-apa ke?" Maalik risau jika dia telah menyakiti wanita kesayangannya itu. Tidak rela dia jika isterinya menolak dan marah dengannya. "Ye salah, salah sebab awak tak bagi saya rehat yang cukup semalam!" tapi itu hanyalah mampu diluahkan di dalam hati. Keh, keh, keh...

"Hm, look. Dari awal saya terima awak sebagai suami saya, tiada lagi kata menyesal atau apapun itu dalam diri saya..." Chrisytal meletakkan tangannya di pipi suaminya sambil memberikan renungan yang penuh makna kepada lelaki itu. Tidak mahu suaminya itu berfikiran yang bukan-bukan sedangkan dia sudah berjanji mahu menjadi isteri yang taat dan tunduk kepada suami.

"You are the best gift from Allah to me. Saya ada awak and most importantly saya ada Aisy, itu pun dah cukup buat saya. I' m sorry." dia menutur dengan ikhlas. Tangan suaminya ditarik lalu dikecup dengan hormat.

"Jadi awak tak menyesal sebab pilih saya? Are you willing to stay with me until my hair turned grey? and be there if i need you?" soalan Maalik dibalas dengan anggukan laju si permaisuri hati. Dia terus menarik isterinya ke dalam pelukan sambil melepaskan kucupan hangat pada dahinya. Tidak lupa juga dia berdoa semoga hubungan yang baru dibina itu bakal berkekalan hingga ke akhir hayat.

"So now, saya ada satu lagi permintaan untuk awak." selepas melepaskan pelukan, Maalik kembali merenung ke dalam mata indah wanita cantik itu. "Apa dia? Insyaallah, kalau saya boleh buat, saya buat." Chrisytal menjawab tanpa ragu.

"From now on, saya nak awak panggil saya abang then gelar diri awak sayang. Boleh?" Maalik tersenyum penuh makna. Dia mahukan hubungan mereka itu lebih meriah dan bermakna.

"Abang? Eww, tak maulah. Sound old." Chrisytal menolak. Belum terbiasa mahu mengelar suaminya abang. "Eh, permintaan suami mana boleh tolak. Ingat tak apa kata Tok Mek, nanti tak masuk syurga. Aiyokk..." Maalik mengugutnya dengan alasan.

"Tak nak lah. Saya panggil awak pak cik boleh?" balas Chrisytal sambil tersenyum senget. Dia memang sengaja mahu menyakat suaminya itu. "What? Sayang, no. Call me abang please." Maalik bermain-main dengan hujung rambutnya. Sesekali dia menghidu wangian yang terbit dari rambut panjang itu, ahh sungguh mendamaikan.

"Yelah..." Chrisytal akhirnya akur, memang dari awal dia sudah mahu mengubah panggilan kepada suaminya setelah dia ditegur oleh Tok Mek tempoh hari. "Anne. Cubalah biasakan panggil suami tu dengan panggilan abang. Kita sebagai isteri kena hormat dengan suami, baru kita dapat hidu bau syurga. Ye cu..." katanya.

"Abanggg... Bila kita nak bergerak ni? Sayang tak sabarlah nak balik rumah." senyuman manis diberikan kepada pangeran hati. Pipi yang ditumbuhi bulu tipis itu diusap lembut, haihlah kenapa hensem sangat pak cik sorang ni? Chrisytal memuji di dalam hati. Setiap kali dia memandang wajah yang dahulunya dingin itu, pasti dia akan tergoda dan jatuh hati.

"Yes baby, I love you. Okay jum kita gerak sekarang." Maalik tersenyum puas lalu memulakan kembali pemanduan. Tangan mulus isterinya masih digengam dan tidak mahu dilepaskan. Kedua-duanya bagaikan pasangan yang dilamun cinta, dengan gelak tawa yang tidak pernah habis, mengiringi perjalanan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience