Komunikasi pertama

Romance Series 32088

“Laura, petang ni awak nak ikut saya ke Libary tak?” tanya Chrisytal kepada Laura yang sedang bermalas malasan di atas katil asramanya. “Tak nak lah aku, aku nak study dalam kelas je. Lagipun aku ada hal nak jumpa cikgu Siti nanti.” jawabnya.

Di sekolah ini, murid-murid diberi pilihan sama ada mahu belajar di dewan kuliah atau di kelas masing-masing. Hanya saja murid tidak dibenarkan tidur di asrama. “Alright, saya pergi dulu ya. Jumpa petang nanti.” kata Chrisytal Anne sambil mejinjit begnya menuju ke Libary.

Keadaan di libary ketika itu sepi, hanya terdapat seorang pelajar dan seorang guru perpustakaan di dalam biliknya sahaja. Chrisytal mengambil tempat paling hujung di sebelah rak depan pintu libabry. Koleksi bukunya yang tidak banyak membuatkan dia terpaksa mencari buku tambahan sebagai rujukan.

Bunyi tarikan kerusi di hadapan menandakan seseorang menduduki tempat itu. Chrisytal yang masih khusyuk membelek jawapan di helaian kertas tidak mahu menggangkat kepala namun tersentak apabila satu suara garau menegurnya.

“Hai, belajar apa tu.” Chrisytal yang terkejut lantas menggangkat kepalanya dan terkedu dengan kehadiran figura yang sering menjadi tarikan matanya. “Er,em, te, te tengah belajar formula maths he he.” jawabnya sambil memegang tengkuknya, malu.

“Oh, mana kawan awak yang sorang lagi, tak ikut?.” tanyanya lagi. “Er, Laura ke kelas cikgu, dia ada kelas dengan cikgu Siti.” balas Chrisytal sambil menahan rasa malunya berhadapan dengan cikgu itu.

“ Chrisytal dah buat pilihan nak masuk badan beruniform apa nanti?.” tanyanya lagi. “Belum pasti lagi cikgu, sebab pilihan banyak sangat, he he.” jawabnya berhati-hati.

“Aduhai hati, kau jangan nak buat hal saat-saat genting macam ni” marah Chrisytal kepada dirinya sendiri. Sudahlah tiada Laura di sisi, ditambah lagi dengan keadaan sekitar yang sepi menambahkan lagi debaran di hati.

“Oh, nanti kalau ada apa-apa kemusykilan, awak boleh bertanya langsung dengan saya. Saya ada di pejabat. Okay, awak sambunglah study balik. Maaf ganggu.” ujarnya. Chrisytal hanya mampu mengganguk lalu kembali berpura-pura sibuk.

Figura itu masih sahaja duduk di situ tanpa beranjak sedikitpun. Sesekali, Chrisytal melirik kecil lawan duduknya di hadapan lalu menunduk laju, tak kuasa menepis pesona yang dilihatnya.

Baju kerja yang dilipat hingga ke paras bawah lengan, tanpa tali leher dengan satu butang di atasnya yang dibuka menambahkan lagi ketampanan lelaki berdarah kacukan itu.

Dengan segera, Chrisytal menyiapkan segala tugasan agar dia dapat keluar dari situ dan membetulkan semula jantungnya yang asyik menari dangdut sedari tadi.

“Em, saya sudah selesai dengan tugasan saya cikgu, saya minta diri untuk balik dahulu. Selamat petang cikgu.” tutur Chrisytal dengan sopan. “Okay.” jawabnya pendek. Pendek, tapi mendebarankan ya saudara saudari sekalian.

Akhirnya dia keluar dari situ dan bergegas balik ke asrama. Tidak akan dia ceritakan kepada Laura tentang pertemuannya dengan cikgu Maalik, nanti ada sahaja bahan yang dijadikan usikkanya.

terima kasih

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience