Pujuk

Romance Series 32056

“Kakak cantik, Ris bosanlah duduk rumah. Jomlah kita jalan-jalan, makan aiskrim please?” Farish, anak bongsu Kak Ros menarik tangannya sambil memujuk dengan muka comel. Hari ini, Kak Ros dan keluarganya yang lain menjenguk saudara yang terbaring sakit di hospital. Dia yang risau untuk membawa si kecil sempat menitipkan Farish kepadanya sebelum berangkat pagi tadi. “Nanti kalau ibu marah macam mana? Kakak tak mau tanggung.” usik Chrisytal sambil mencuit hidung Farish yang masih berusaha memujuknya.

“Alah, nanti pandai-pandai lah Ris nak bagitau ibu. Please, kakak? Jomlah.” muka Farish sepertinya mahu bertukar mendung dan dia cepat-cepat memikirkan idea untuk menenangkannya. “Okay. Tapi kakak kena tanya ibu dulu, boleh?” dibalas dengan anggukan laju Farish yang sudah melompat kegirangan. Chrisytal menggelengkan kepala sambil menahan senyum sebelum mencapai telefon dan menghubungi ibu Farish. “Ibu dah bagi permission tapi dengan syarat, Ris kena dengar cakap Kakak okay?” ucap Chrisytal lalu memesan kereta di aplikasi Grab.

“Kakak, Ris nak main tu boleh?” Farish menunjukan kereta mainan yang berada di dalam tempat bermain, sebaik sahaja mereka sampai di pusat membeli belah itu. “Aik? Bukan ke Ris cakap nak makan aiskrim tadi? Sekarang dah tukar pulak?” Chrisytal melihat Farish yang tersengih-sengih menunjukkan giginya yang hampir rongak di hadapan. “Nak aiskrim juga, tapi nak main dulu.” ucap Farish sambil matanya tidak lepas melihat pelbagai mainan yang disediakan di situ. “Yelah, jom.” kasihan melihat budak itu lalu membawanya masuk ke dalam.

“Farish, kakak sit here okay? Kalau dah habis main datang sini terus, janji?” Chrisytal duduk di kerusi yang telah disediakan khas untuk penjaga yang masuk bersama kanak-kanak di dalam pusat itu. “Hati-hati main.” pesannya lagi, risau kalau anak orang cedera di bawah pengawasannya. Farish mengganguk faham, lalu berlari menuju ke kereta mainan yang sudah menarik perhatiannya dari tadi. Mata Chrisytal tidak lepas memerhati Farish yang nampaknya seronok bermain, sambil-sambil dia menyemak jadual mengajar di dalam telefon pintar.

“Hei, give me that back.” , “Tak boleh. Aku yang pegang dulu, jadi ini aku punya.” suara budak-budak bertengkar sebelum seorang dari mereka mulai menangis. Chrisytal lantas mengangkat muka dan mencari kelibat Farish namun dia sudah tiada di tempat tadi. Hatinya mulai risau dan bergerak ke arah seorang budak perempuan yang sedang menangis. “Hei sweetheart, what happened?” tegurnya lembut sambil mengelus rambut budak itu perlahan. “He stole my weapon.” dia mengangkat muka lalu menunjuk ke arah budak lelaki yang sedang ketawa sambil memegang pedang mainan di tangan. “Alamak, Farish.” ucap Chrisytal terkejut.

“Honey, what happened to you?” tegur satu suara garau dari belakang, kemungkinan bapa budak tadi. Chrisytal yang merasa bersalah lantas berdiri dan berpaling untuk meminta maaf atas kenakalan Farish. “I am so sorry sir.” lantas dia menundukan diri, sebagai tanda permintaan maaf bagi pihaknya. “Chrisytal?” suara lelaki itu kedengaran menyebut namanya. Dia laju mengangkat kepala dan terkejut dengan figura lelaki yang mengenakan jaket jeans di hadapannya ketika itu. “Daddy, he stole my weapon. Look.” suara Aisy menarik perhatian mereka memandang ke arah Farish yang sudah berdiri di samping Chrisytal dengan riak yang tidak bersalah.

“Farish, tak baik buat macam tu. Bagi balik.” tegur Chrisytal lembut sambil memandang muka Aisy yang sudah dibasahi air mata. Aduh, macam manalah dia tidak perasan bahawa budak perempuan itu tadi adalah Aisyah. “Tak mau. Tadi Ris yang dapat dulu, jadi ini Ris punya. Blurekk.” ejek Farish, membuatkan tangisan Aisy semakin lebat. Semakin bungung Chrisytal dengan tingkah nakal Farish yang tidak mahu mengalah dengan perempuan. “Honey, hei? Its okay, don’t cry. See, masih banyak permainan lainkan.” pujuk Maalik perlahan-lahan, supaya anaknya itu tidak terasa.

“Hai, nama awak siapa?” kini Maalik berubah arah dan cuba bercakap dengan Farish pula. “Farish…” jawabnya pendek sambil bersembunyi di belakang Chrisytal kerana takut dimarahi oleh ayah budak perempuan itu. “Oh, Farish. Hai Farish hensem, boleh tak kalau awak kongsi mainan dengan Aisy? Seronok tau kalau main sama-sama, ada kawan.” lembut sahaja Maalik memujuk Farish untuk berkongsi mainan dengan Aisy yang nampaknya masih mahukan mainan yang sama. “Betul ke uncle?” tanya Farish dengan polos. “Betul. Cuba Farish bawa Aisy main kat sana. Boleh cuba mainan yang lain.” Maalik meyakinkan Farish untuk bermain bersama Aisy.

“Oklah, nah ambik ni. Jom main kat sana.” akhirnya Farish berlembut hati dengan pujukan Maalik dan mengajak Aisy untuk bermain bersamanya. Chrisytal yang dari tadi mendiamkan diri, kagum melihat cara lelaki itu melenturkan ego Farish yang tinggi. Kalau dia disuruh memujuk, huh nanti habis satu pusat membeli belah itu mendengar suara nyaringnya.

Takde yang sudi jadi team Maalik ke? Huhu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience