Amarah

Romance Series 32056

"Ah kenyangnya..." Maanif sudah menguap beberapa kali sambil tangannya sibuk mengusap perutnya yang kekenyangan. Manakan tidak, masakan neneknya memang legend sampai-sampai dia menambah nasi berkali-kali, fuhh terbaik. "Hm honey, hubby ngantuklah. Jumlah kita masuk tidur." Maanif membawa isterinya untuk masuk tidur. Datuk dan neneknya pula sejak tadi sudah masuk berehat. Biasalah orang tua mana boleh berjaga lewat sangat.

Sebaik sahaja Maanif dan Sofea masuk ke dalam bilik, kini tinggal Maalik dan Chrisytal di ruang tamu sambil Aisyah sudah terlena di pangkuan mamanya. Sekali lagi, suasana beku terjadi di antara mereka. "Ehem, kalau awak dah ngantuk pergilah tidur. Saya boleh tidur kat sini." Maalik berkata lalu merebahkan diri di atas sofa. Takut jika isterinya itu tidak selesa tidur sekamar dengannya.

"Eh janganlah nanti apa pula kata nenek awak tidur kat luar. Er, it's okay awak boleh tidur kat dalam dengan kita orang." ucap Chrisytal dengan laju. Gilalah kalau dia biarkan suaminy atidur sendiri di luar. Nanti apa pula kata nenek, sudahlah petang tadi dia sudah berjanji mahu mejadi isteri yang taat dan baik. "Are you sure?"sekali lagi Maalik meminta kepastian darinya. Dia pula mengganguk dengan laju. Matanya juga sudah semakin memberat.

"Okay then." dia bangun lalu mengambil Aisyah yang sudah terlena di pangkuan isterinya dengan berhati-hati. Risau jika tidur anaknya itu terganggu. "Awak tidurlah dengan Aisy kat atas katil. Saya boleh tidur kat bawah." belum sempat Chrisytal menghalang, Maalik sudah dahulu mengambil tikar kecil di bawah katil untuk dijadikan alas. Chrisytal pula hanya memerhati kelakuan suaminya itu.

"Haihlah pak cik ni. Kasian pula aku tengok." dia berasa bersalah pula melihat Maalik yang tidur di lantai. Tapi kalau mereka bertiga di atas katil pun, bukannya muat. Katil itu hanyalah berukuran kecil, tidak seperti katil berukuran King macam di bandar. Dia turun lalu menyerahkan selimut kepada suaminya.

"Use this. Saya boleh kongsi dengan Aisy." Chrisytal meletakkan selimut itu di sebelah suaminya, sebelum dia pun bergerak ke atas katil dan merehatkan badan. Penat terasa setelah seharian menempuh perjalanan yang agak jauh. Perlahan-lahan matanya mulai memberat dan tertutup.

Pagi itu, Chrisytal terbangun mendengar bunyi kokokan ayam yang saling bersautan di belakang rumah. Tidurnya terganggu lalu dia mengambil keputusan untuk bangun sahaja. Jam di telefon sudah menunjukkan pukul 7.30 pagi. Dia mengeliat perlahan. "Eh, bukankah...?" dia melihat tubuhnya sudah dibaluti dengan selimut yang diberikan kepada suaminya semalam. Senyumannya ditahan. "Diam-diam sweet juga pak cik ni kan." ucapnya di dalam hati.

Aisyah di sebelahnya pula masih tidur. Dia turun dengan perlahan dari katil dan menuju ke bilik mandi di luar untuk membasuh muka. Kelibat suaminya juga sudah tiada di atas lantai. Entah pukul berapa pak cik tu bangun.

Fuh, sejuknya air di kolah boleh membangunkan semua sel-sel saraf di dalam badan pagi itu. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja dia ikut adegan di Filem P.Ramlee semasa membasuh muka tapi janganlah, dah jadi isteri orang kot kenalah wangi hehe... "Selamat pagi nek. Awal nenek bangun." dia menegur Tok Mek yang sudah berada di dapur untuk menyiapkan sarapan. Lincah tangan orang tua itu menghiris bawang sna bahan-bahan yang lain.

"Hm biasalah kalau duduk kat kampung ni. Mana maunya tidur lama, nak-nak kalau ada ternak. Kena bangun awal." jawab Tok Mek dengan perlahan. Dia pula hanya mengganguk, mengiayakan. "Meh, Anne tolong nenek." Chrisytal menawarkan diri untuk menyambung tugasan Tok Mek, menghiris bawang. "Nenek nak buat apa pagi ni?" tanyanya lagi. Melihat kelengkapan yang ada di atas meja, dia sudah dapat meneka Tok Mek bakal memasak nasi lemak. Yelah, dia saja je mahu bertanya, buat-buat lupa sekejap.

"Ni ha, suami kamu tu. Katanya dah lama mengidam nak makan nasi lemak nenek, atau jangan-jangan kamu dah berisi ye Anne?" sedap sahaja mulut si nenek menutur kata. Dia pula yang terkedu. Mana maunya ada isi kalau tidur pun asing-asing, ucapnya di dalam hati. "Ish takde lah nek. Belum lagi." bantahnya perlahan. Tergendala sekejap otaknya tadi.

"Nek, Maalik ke mana dengan atuk? Tak nampak pun dari tadi?" tanya Chrisytal pelik. Kelibat suaminya dari tadi menghilang. Eh rindu ke tu? Ehekk. "Oh, tadi atuk ajak suami kamu ke laut sekejap. Katanya dia risau dengan air pasang malam tadi, risau perahunya hanyut." Tok Mek berkata sambil dia sudah siap menggoreng ikan bilis. Muncul Maanif beserta isterinya di muka pintu.

"Haihlah pasangan ni. Dah mengalahkan pengantin baru nenek tengok, asyik berkepit ja." Tok Mek bercekak pinggang sambil menggelengkan kepala. Chrisytal pula menahan senyum. "Hubbylah ni, asyik nak berkepit je." Sofea menampar lengan Maanif kerana dia malu dengan usikan neneknya. Semenjak mengandung itu, Maanif memang jarang mahu berenggang dengannya. Risau jika dia terjatuh seperti kandungan yang pertamanya.

"Ish hubby pulak?" Maanif berpura-pura membela diri. "Sudah-sudah. Jangan nak berdrama lagi. Meh duduk, sikit lagi nak siap ni." Tok Mek menghentikan perdebatan manja di antara cucunya itu. Lebih baik mereka duduk dan makan nasi lemak yang panas itu.

"Assalamualaikum. Tok Mek?" terdengar suara wanita memberi salam di hadapan rumah. "Siapa pula tu? Ye masuklah." laung Tok Mek dari dalam. Dia juga tidak tahu gerangan si tetamu yang muncul di awal pagi itu. "Tok Mek? Where are you?" muncul sosok yang cukup dikenali oleh Chrisytal. Rasa marahnya tiba-tiba meluap setelah melihat muka yang muncul di sebalik pintu itu.

Di luar, kedengaran bunyi motor milik Haji Saiful pula sampai di perkarangan rumah. Itu menandakan Maalik dan datuknya sudah pulang dari laut. Chrisytal pula masih merenung sosok itu dengan tajam dan rasa amarahnya yang dipendam selama ini semakin meluap-luap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience