Arif

Romance Series 32088

“Seelaamaat paaagii cikguu…” seiisi kelas menyambutnya dengan ucapan salam, sebaik sahaja dia masuk ke bilik darjah 1 Neptune itu. “Selamat pagi murid-murid, wah semangat betul kamu semua ye. Bagus.” jawab Chrisytal sambil berdiri di hadapan bakal pelajarnya. “Perkenalkan nama cikgu ialah Chrisytal Anne, kamu semua boleh panggil cikgu Anne, okay?” sebutnya lagi, melihat satu persatu wajah mereka yang terdiam memandang dia. Matanya terhenti melihat seseorang yang cukup dikenalinya. “Eh, hai Aisy. Nice too meet you again.” tidak menyangka dia juga bakal mengajar anak kepada Maalik itu. “Nice too meet you too, cikgu Anne.” jawabnya cukup bijak kerana tiada lagi panggilan ‘mama’ buatnya semasa sekolah.

Hari pertamanya sebagai seorang guru berjalan sempurna, kerana dia tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri dengan keadaan itu, malah dia senang dengan telatah murid-muridnya yang lucu. “Eh, cikgu dah balik ke?” tegur seorang guru lelaki, semasa dia ingin menuruni tangga untuk menanti Kak Ros pulang. “Aa, ye dah nak balik cikgu.” jawabnya sambil tersenyum, belum tahu nama lelaki yang berdiri di hadapannya itu. “Oh ye lupa pulak, my name is Arif, Syeikh Arif.” dia menghulurkan tangan sambil tersenyum malu dengan kelakuannya tadi. “Hai Arif, saya Chrisytal Anne, panggil Anne je.” sambil menyambut huluran tangan Arif.

‘Boleh tahan.” fikirnya di dalam hati, sambil meneliti raut wajah Arif yang seakan orang Arab itu. Anak matanya berwarna hazel dihias dengan bulu mata yang sedikit melentik panjang dan kening yang sedikit tebal namun rapi. Dari mata dia turun ke hidung Arif yang mancung, tidak seperti hidung orang asia pada umumnya, namun sesuai di wajah lelaki yang tinggi lampai itu. ‘Naik apa balik? Nak i tumpangkan tak?” pelawa Arif dengan ikhlas yang juga terpesona melihat wajah manis Chrisytal, sejak dia masuk melaporkan diri pagi tadi. Baru kali ini, dia berpeluang bercakap langsung dengan wanita berwajah chinese itu.

“Its okay, saya naik dengan cikgu Rosmaidah, lagipun kita orang sejalan.” tolaknya sopan, tidak mahu menyusahkan Arif lagipun mereka baru sahaja berkenalan, tak manis dilihat orang. “Alright then. I jalan dulu ye, nice too meet you, bye.” ucapnya lalu berjalan menuruni tangga, menuju ke kereta. Chrisytal pula berjalan sendirian menuju ke stesen bas sementara menunggu Kak Ros menyelesaikan tugas di pejabat,.
Sambil-sambil itu, dia berbalas text dengan Laura yang juga memulakan hari pertamanya sebagai guru di Sabah. Mereka saling berkongsi pengalaman baru dan keadaan di tempat masing-masing.

“Babe, aku rindu kau lah, I wish you are here.” ucap Laura menerusi telefon. “Same goes to me, tapi macam yang awak cakaplah, cuti boleh jumpa lagi kan.” Chrisytal turut merindui sahabatnya itu. “Eh, tapi kat sana ada tak hot guy atau your type gitu.” seperti biasa, Laura masih suka mengusiknya walaupun mereka sekarang jauh beribu batu. “Ermm, hot guy of course ada, muka Arab lagi.” balasnya bila terfikirkan Arif yang menyapanya tadi. “Tapi, my type rasanya belum jumpa kot.” sambungnya lagi tiba-tiba teringat akan pertemuan tidak terduga pagi tadi. Dia masih terkejut dengan kemunculan lelaki itu, namun berharap hari-hari seterusnya mereka tidak akan terserempak lagi.

“Gile tinggi taste kau kalau muka Arab pun belum masuk your type, habis tu nak macam apa lagi? Atau kau cuba lepak kat security room sana, mana tau tersangkut satu, ha…ha…” ketawa Laura kuat di dalam talian. “Kau apa tau, pak guard sini pun hensem-hensem tau, hitam manis.” dia juga tidak mahu kalah dengan mengusik kawannya itu, Bunyi ketawa terdengar lagi di dalam telefon. Perbualan mereka terhenti, apabila kereta Myvi milik Kak Ros berhenti di hadapannya lalu dia masuk ke dalam dan bergerak pulang ke rumahnya. .

Keep on reading and dont forget to follow, rate and comment. tq

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience