Jawapan

Romance Series 32088

“Please have a sit my dear.” Arif dengan gentelman, menarik kerusi dan menjemput Chrisytal untuk duduk. Selesai wanita pujaan hatinya itu duduk, Arif lantas mengambil tempat duduk di arah yang bertentangan. “So, what would you like to eat?” Arif masih dengan mood romantiknya, bertanya kepada Chrisytal yang masih beriak selamba. “Em, anything please.” tidak mahu terlalu banyak meminta, kerana dia tahu lelaki itu sudah menyiapkan menu untuk mereka. Arif mengganguk, lalu menepuk tangannya sebanyak dua kali.

“Yes sir.?” tiba-tiba, seorang pemuda yang lengkap berpakaian seperti pelayan, datang dengan dulang di tangan. Chrisytal sekali lagi terkejut dengan persiapan yang sudah dibuat oleh lelaki itu. “Macam biasa.” arah Arif kepada pelayan itu, sebelum dia mengganguk dan berlalu. Mungkin ke dapur, fikir Chrisytal. Hatinya masih berdebar-debar melihat layanan yang bukan seperti biasa, oleh lelaki itu terhadapnya. “You prepared all this? Bila? Saya tak tau pun.” Chrisytal bertanya kerana dia bingung, bagaimana seorang cikgu yang selalu sibuk dengan aktiviti di sekolah, boleh menyiapkan semua itu dengan sempurna.

“Anything for you.” Arif megenyitkan mata kepadanya. Dia tahu, pasti soalan itu akan diajukan oleh Chrisytal, namun dia lebih memilih untuk berdiam diri. “Fuh, dia buat hal lagi.” bisik Chrisytal di dalam hati sambil memberikan senyuman seikhlasnya. Tidak lama selepas itu, beberapa pelayan dengan pakaian yang sama berjalan menuju ke arah mereka dengan membawa dulang di tangan. Gerak geri mereka sama dan sangat terlatih.”Am I dreaming?” dia masih berbicara kepada dirinya sendiri, tidak percaya dengan apa yang disajikan di depan mata. Steak dengan sedikit kentang dan sayur-sayuran, yang ditata di atas pinggan, kelihatan serba mewah dan sungguh menarik perhatiannya. Perutnya yang kosong, mengeluarkan bunyi sehingga Arif yang memandangnya, tersenyum.

“Your favourite. Makanlah.” pelawa Arif dengan lembut. Dia sudah sedia maklum dengan makanan kegemaran wanita itu setiap kali mereka keluar makan. Chrisytal mengganguk sambil memasukkan secebis kecil daging itu ke dalam mulutnya. “Hm, sedap…” pujinya di dalam hati sambil meneruskan suapan berikutnya, tidak mengambil pusing dengan pandangan lelaki itu kepadanya. Suasana makan malam itu semakin romantik dengan alunan muzik yang dipasang, namun belum mampu menarik perhatian Chrisytal yang masih setia dengan steaknya, tanpa memandang ke kiri dan kanan. Arif yang terhibur melihat telatah wanita kesayanganya itu, hanya membiarkan dia menikmati hidangan nya.

“Alhamdulilah, pandai awak cari steak. Sedap.” Chrisytal yang sudah selesai makan, melihat ke arah Arif yang tersenyum senang. “Mestilah. I yang masak, jadi I tau lah you suka taste macam mana.” Arif berkata sambil mengangkat keningnya, bangga apabila masakanya dipuji. Nampaknya, tidak sia-sialah dia berguru dengan Encik Google tadi. “Jom, I nak ajak you tengok my favourite spot around here.” dia mengajak Chrisytal untuk berjalan-jalan di sekitar rumah miliknya. Tangan mulus itu ditarik perlahan menuju ke kebun yang dijaga kemas oleh pembantu rumahnya.

“Wah, cantiknya. Tak sangka awak suka dengan bunga eh? Patutlah ayat manis memanjang.” Chrisytal suka dengan susun atur pasu-pasu yang diisi dengan pelbagai jenis dan warna warni bunga. Tidak menyangka lelaki itu menyimpan hobi yang bertentangan dengan penampilannya. “Ish, mana adalah.” cepat-cepat Arif menyangkal sambil menepuk lembut pipi wanita di hadapannya itu. “Ni mini garden milik mama, semua bunga tu, dialah yang tanam. Jadi, setiap kali dia datang sini, dia akan cari kebun ni dulu.” terang Arif mengenai kebun milik mamanya, iaitu Datin Afifah. “Lagipun, saya tak pandai nak menjaga bunga. Tapi kalau jaga awak, insyaallah saya boleh.” sambungnya lagi.

“Kalau awak punya pun, apa salahnya. Nampak macho apa, lelaki berkebun.” usik Chrisytal sambil menahan ketawa. Tidak mahu terlalu mengambil serius dengan ayat terakhir lelaki itu. “Tapi I serius. I sanggup jaga you and rawat you.” kali ini dia sudah tidak dapat mengelak dan hanya mendiamkan diri, menanti Arif menyusun ayatnya. “Dah lama I nak terus terang dengan you. I sebenarnya sukakan you dari pertama kali kita terserempak dekat tangga masa tu, remember?” dia cuba menarik memori Chrisytal ke masa-masa awal pertemuan mereka di sekolah. Jujur, Arif sudah terlanjur sayang dengan wanita itu.

“And today, I am asking you. Will you be my girlfriend?” Chrisytal melihat Arif yang sudah berdiri sangat hampir dengannya, sehingga ruang yang tersisa di antara mereka hanyalah sedikit. Otaknya tiba-tiba seperti gagal berfungsi, melambatkan tindak balas terhadap soalan Arif tadi. “Err…” mulutnya juga seperti digam dengan pelekat cap gajah, bisu dan tidak tahu untuk mengatur ayat. Dia sebenarnya masih belum bersedia untuk sampai ke tahap itu sekarang. Hatinya, masih menolak namun dia perlu memebrikan jawapan yang tidak akan mengguris perasaan Arif, yang sudah dianggapnya sebagai sahabat.

“Er, em… sa saya, rasa saya tak boleh nak terima awak sebagai seseorang yang lebih dari sebatas kawan. I’m so sorry.” setiap ayatnya disusun dengan penuh berhati-hati, walaupun pada dasarnya dia tahu lelaki itu pasti kecewa. “I can’t.” tolaknya lagi, lalu menjarakkan diri daripada lelaki itu. Telinganya, menangkap keluhan yang keras dari Arif yang semestinya patah hati dengan jawapan itu. “Because of him, right? You ada hati dengan dia kan.” Arif meneka sambil tersenyum sinis. Dia meraup rambutnya dengan kasar. Chrisytal yang kurang mengerti dengan tuduhan itu lantas membuka mulut. “Him? Who are talking about?” berkerut dahinya memikirkan gerangan lelaki yang dimaksudkan oleh Arif.

Have a nice day!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience