Rapat

Romance Series 32056

"Kau ni betul-betul luculah. Macam mana kau boleh tak perasan benda tu melekat dekat muka kau tadi ha ha ha..." usik Laura yang sedari tadi tidak berhenti mengetawakannya. "Tak pasal-pasal kena tegur dengan cikgu Maalik ahhahaha. Tapi dia sweet juga eh, benda kecil macam tu pun dia perasan dekat kau? Atau jangan-jangan..." belum sempat dia menghabiskan ayatnya, Chrisytal lalu berlari kencang meninggalkan dia di belakang terpinga-pinga. "Oii, tunggu akulah. Kurang asam punya kawan. Oi!" jeritnya dari jauh. "Padan muka kau, werkk." ejek Chrisytal yang sudah berada jauh di hadapan.

"Wei, aku boringlah petang ni. Jomlah kita pekena cendol uncle Muthu depan sekolah sana. Aku belanja." tawar Laura kepada Chrisytal. Mereka baru sahaja selesai dengan kelas petang dan mempunyai masa lapang yang banyak. "Saya malulah asyik awak je belanja makan. Kali ni biarlah saya pulak yang belanja awak apa macam? Sebagai tanda maaf sebab tinggalkan awak tadi." balas Chrisytal. Walaupun dia tahu Laura tidak pernah berkira dengannya, namun dia tidak mahu mengambil kesempatan ke atas kawannya itu.

"Aku tak kesah lah pasal benda tadi, lagipun aku ikhlas ni nak belanja kau. Aku yang ajak kan. Dahlah jangan banyak drama nanti gerai uncle Muthu tutup pulak." balas Laura sambil menarik tangan Chrisytal untuk berdiri. Chrisytal cukup bersyukur kerana dipertemukan dengan sahabat yang baik seperti Laura, walaupun dia kaya namun dia tidak pernah memandang rendah atau menunjuk hebat di depannya. Mereka lalu melangkah menuju ke gerai Uncle Muthu yang berseberangan dengan sekolah.

Keadaan gerai pada petang itu, sudah pun dipenuhi dengan para pelajar termasuk guru-guru yang ingin menikmati cendol di situ. Mereka terus berbaris untuk membuat pesanan. "Gila ramai orang petang ni, ada promosi ke apa." soal Laura. "Macam tak biasa pulak awak ni. Cendol kat sini sedap mestilah banyak orang suka." jawab Chrisytal sambil mencari tempat untuk duduk. "Dahlah, jum cari tempat duduk nanti makin penuh pulak orang." ajak Chrisytal. "Ha, kat situ ada kosong." balas Laura sambil menunjukan kerusi kosong.

Chrisytal melihat ke arah yang dimaksudkan olehnya, lalu dia terdiam sebentar. Nampaknya pilihan Laura untuk duduk di situ bukanlah idea yang baik kerana di situ sudah ada cikgu Maalik and the gang. "Eh, tak naklah aku. Kita cari tempat duduk yang lainlah jum." tolak Chrisytal serta merta. "Apasal kau ni, tadi suruh cari tempat duduk sekarang tak nak duduk pulak?" balasnya. "Cuba kau bukak mata kau besar-besar, mana ada lagi kerusi yang kosong selain yang itu. Kita dah pesan dah pun kan, jadi duduk jelah. Jom." tarik Laura, memaksa mereka untuk duduk di situ.

"Hai, selamat petang cikgu-cikgu sekalian. Boleh kami duduk di sini?" tegur Laura. "Gila santai dia ni." fikir Chrisytal di dalam hati. "Eh, Laura. Duduklah, situ memang kosong." kata cikgu Maalik. "He he... Terima kasih cikgu." balasnya sambil menarik kerusi untuk duduk. Chrisytal hanya berdiri dan tidak tahu untuk duduk di mana tambahan lagi setelah melihat jelingan cikgu Suraya kepadanya yang begitu tajam. "Duduklah Chrisytal." pelawa cikgu Maalik sambil menunjukkan kerusi kosong di sebelahnya. Dia menarik kerusi lalu duduk dengan berhati-hati. Dia masih berasa malu dengan peristiwa di kelas pagi tadi. Malu woii, jerit hatinya sambil merenung Laura penuh erti. Laura hanya beriak biasa.

"Dah pesan ke belum?" tanya cikgu Maalik. "Dah cikgu." balas Laura sambil mengganguk laju. "Oh, pesan lah apa-apa nanti saya belanja." katanya lagi sambil melihat ke arah Chrisytal yang sedari tadi diam membisu. Posisi mereka yang begitu rapat pada saat itu, menyebabkan bau wangian yang dipakai oleh cikgu Maalik dapat dihidu olehnya. Bau yang sungguh maskulin itu berjaya membuai perasaannya yang sudah berdebar sejak awal. Dia cuba mengawal perasaan dan berlagak tenang. "Takpa cikgu, terima kasih. Tadi dah dibayar terus." jawab Laura. Cikgu Maalik mengganguk faham dan tersenyum tampan.

Chrisytal kembali melihat ke arah cikgu Suraya yang berhadapan dengan cikgu Maalik di meja itu. Dia faham dengan renungan tajam yang diberikan oleh cikgu Suraya itu. Sebaik sahaja pesanan mereka sampai, Chrisytal lalu mengajak Laura untuk beredar dari situ. "Sorry cikgu, we got to go now, sebab masa beriadah dah habis. Kami balik asrama dulu, bye terima kasih cikgu." ucap Chrisytal sopan lalu menarik tangan Laura untuk pergi dari situ. Dia tidak mahu berlama lama di situ.

"Kau kenapa wei, pergi macam tu je. Aku dahlah nak lepak cuci mata tengok cikgu Maalik tu." ucap Laura setelah mereka masuk ke perkarangan sekolah. "Saya nak mandi lah, badan dah melekat ni tak selesa. Lagipun pesanan cendol kita dah siap kan." katanya memberi alasan. Dia bukan tidak faham akan pandangan yang diberika cikgu Suraya itu tadi. "Banyaklah lah kau. Dahlah jum balik." ucap Laura akhirnya.

Comment and let me know if you like it, tq

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience