Perhatian

Romance Series 32056

Matanya dibuka perlahan-lahan. Rasa peningnya juga sudah semakin berkurangan, tidak seperti awal-awal tadi. Dia cuba menyentuh pipinya yang ditampar tadi.

"Aww..." dia mengadu kecil. Masih terasa sedikit sakit di bahagian pipinya. Mungkin tamparan Suraya tadi sedikit berbekas dan meninggalkan kesan. "Stay, jangan banyak gerak. Wait, saya panggil doktor dulu." Maalik menegahnya daripada bergerak. Riak wajah lelaki itu sepertinya risau.

"Puan Chrisytal, puan dah boleh keluar petang ni. Nanti saya uruskan surat puan ye." lembut sahaja suara doktor itu memeriksannya. Entah berapa lama sudah dia berada di bilik itu ditemani dengan suaminya yang dari tadi tidak letih bertanyakan keadaan dirinya.

"I'm feeling better now. Awak jangan risau." Chrisytal mengusap tangan Maalik yang erat menggengam tangannya. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. "Eh? Aisy mana? Siapa jaga dia?" dia teringat tentang anak mereka yang tadinya mengadu lapar. Kalau bukan disebabkan insiden tadi, pasti anak itu tidak akan ditinggalkan.

"Suhh... Rest well. Saya dah suruh Anip tolong tengokkan. Awak jangan risau." jawab Maalik. Dia menahan diri Chrisytal daripada terus bangun dari katil. "And please, stop thinking about others from now. Fikir pasal diri awak dulu, okay?" Maalik mengusap perlahan umbun-umbun isterinya dengan penuh kasih sayang.

Kejadian tadi mengingatkan dirinya tentang seseorang yang pernah dia sayangi. Sungguh dia tidak mahu kehilangan orang yang dicintai buat kedua kalinya.

Petang itu mereka dibenarkan pulang ke rumah setelah yakin keadaan kesihatan Chrisytal sudah mulai membaik. Di rumah dia disambut dengan gembira oleh Aisyah yang dari tadi menantikan kepulangan mereka. "Baby girl. Mama need rest okay. Let her rest a while baru you boleh ajak mama main okay?" Maalik berbicara perlahan kepada anaknya.

"Aisyah, mari sini dengan Tok Mek. Biar mama rehat dulu." Tok Mek memanggil cicitnya untuk memberikan ruang buat cucu menantunya berehat. Kasihan dia melihat wajah pucat Chrisytal yang menampakan lebam di pipinya. "Anne, kamu rehatlah. Biar nek dan tok yang jaga Aisyah. Ayik, kamu tolong tengok-tengokkan isteri kamu ye." sambungnya lagi.

"Nanti tok carikan ubat buat sapu dekat luka kamu tu. Tok ada kawan yang pandai sembuhkan lembam di badan." giliran Haji Saiful pula menunjukkan sikap prihatinnya kepada anggota keluarga baru mereka. Dia bersyukur dengan kehadiran Chrisytal di dalam hidup cucunya sudah dapat mengubah sedikit sikap keras kepala Maalik sejak dia kehilangan isteri pertamanya dahulu.

"Terima kasih tok, nek. Maaf sebab Anne dah susahkan." Chrisytal terharu dengan penerimaan hangat daripada keluarga sumainya itu. Dia yang dari awal takut dengan tanggapan pihak suaminya, kini sudah mampu menarik nafas lega.

"Apa pula susahkan. We are family, kan abang?" Maanif yang turut berada di situ, menegur mereka. Dia turut bersyukur kerana abangnya itu sudah mulai membukakan hati buat seseorang. "Thanks bro." ucap Maalik kepada satu-satunya adik lelaki yang dia punya. Kalau tidak ada Maanif tadi, memang tangannya sudah hinggap di muka Suraya tadi. Entah apa motif temannya itu cuba melukai isterinya, pun dia tidak tahu.

"Dah. Ayik, bawa isteri kamu rehat dulu. Mesti dia penat tu." suara Tok Mek menghentikan perbualan mereka. Dilihat Chrisytal sudah mulai ingin memejamkan mata, mungkin kesan ubat yang dimakannya tadi. Laju, tangan maalik memimpin isterinya itu untuk masuk ke dalam bilik tidur. Maalik merehatkan isterinya itu di atas katil.

"Rehat dulu. If you need anything, i'm here." Maalik membelai rambut isterinya dengan perlahan. Chrisytal mengganguk faham dan tidak lama kemudian matanya semakin memberat. Perlahan-lahan dia mulai terbuai mimpi. Maalik yang dari tadi masih setia menemani isterinya hanya mampu menatap wajah cantik itu. Dia jatuh kasihan melihat kesan lebam yang berbekas di pipi kiri isterinya.

Rasa sakit hatinya kepada Suraya masih tersisa. Rasanya dia perlu mengambil keputusan untuk bersua muka dengan Suraya, supaya dia dapat mengetahui sebab sebenarnya wanita itu bertindak kasar kepada isterinya. Sebelum pergi, Maalik sempat mencium lembut dahi isterinya yang semakin lena dalam tidurannya.

Ada yang kenapa dengan isteri Maalik yang pertama?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience