Perkhemahan

Romance Series 32088

Seperti biasa, perkemahan bagi badan beruniform akan diadakan pada awal bulan Mac bagi Sekolah Menengah Kebangsaan South. Laura dan Chrisytal tidak mahu melepaskan peluang untuk menyertai aktiviti yang diadakan setahun sekali itu. "Kau dah prepare barang-barang yang nak dibawa? Nanti lupa lagi." Laura bertanya kepada Chrisytal sambil memasukkan kelengkapan ke dalam bag. "Dah, dont worry. Saya tak sabar ni nak join lagipun tahun lepas kita terlepas peluang kan." balas Chrisytal. Tahun lepas mereka tidak berkesempatan untuk menyertai kerana terlambat mendaftar.

"Okay Badan Pengangkap, tapak kamu di sini jadi cikgu nak kamu dirikan khemah masing-masing dan ingat jangan pentingkan diri sendiri. Faham?" arah cikgu Kamal, merangkap penganjur program. "Baikk." jawab yang lainnya sambil mulai mengemas apa yang patut. "Ann, kau tolong aku pegangkan sebelah, aku nak tarik sebelah lagi." Laura meminta tolong Chrisytal menahan khemah. "Okay siap, cantik." Laura berpuas hati dengan hasil kerjasama mereka. "Dah jum kumpul dengan yang lain." ajak Chrisytal sambil menunjukkan kawan-kawan yang lain.

Petang itu, bermulalah aktiviti mereka yang pertama iaitu memasak. Mereka diberikan masa untuk mencari kayu api dan menyediakan makanan sendiri. "Ann, kau stay sini ye, aku nak ikut yang lain cari kayu dulu. Kau cuba-cubalah dulu hidupkan api tu." ujar Laura sambil bergerak ke arah rakannya yang lain. Chrisytal mengganguk dan mulai menghidupkan api dengan dedaun kering yang dikumpulnya tadi. "Aww, sakit." Chrisytal mengaduh kecil apabila habuk memasuki matanya ketika dia ingin meniup ke arah dedaunan itu. Dia cuba menggosok matanya dengan kasar. "Aipp, let me see." suara menegurnya dari belakang. Dia tidak dapat membuka mata memastikan siapakah itu dan hanya menurut apabila badannya dipusing lembut.

Matanya dibuka perlahan dan satu tiupan kecil berjaya melegakan rasa perit di matanya. Tiba-tiba hidung Chrisytal menangkap bau wangian Hugo Boss yang tidak asing lagi baginya, dan cepat-cepat menolak perlahan tangan itu. "Er, cikgu i am okay now. Er, te terima kasih." tutur Chrisytal yang berusaha menahan debaran di dada. "Damn, macam mana dia boleh muncul kat sini?" fikir hati Chrisytal. "Are you sure? Mata awak merah tu. Nak saya ambilkan ubat tak?" tanya Cikgu Maalik risau. Chrisytal menggeleng laju, tidak mahu menyusahkan cikgu Maalik.

"Bak sini pemetik api tu, saya tolong hidupkan." Cikgu Maalik mulai menyusun daun-daun kering yang tadi dan menghidupkan api. Chrisytal hanya duduk dan memerhati dari jauh gerak geri lelaki itu. Nampak sungguh berpengalaman dan menyerlahkan lagi pesona lelaki itu. Walaupun dia hanya mengenakan tshirt hitam polos namun sudah cukup menarik di matanya, apalagi rambutnya yang sedikit messy dan basah. "Eh cikgu Maalik?" suara Laura menghentikan fikiran liar Chrisytal sejak tadi. "Berdosa sekali kamu." bisik Chrisytal di dalam hati lalu berdiri membantu Laura.

"Hai. Saya kasihan tengok kawan awak ni dari tadi, api tak hidup lagi." balas cikgu Maalik sambil melihat ke arah Chrisytal yang berpura-pura sibuk menyediakan peralatan memasak. "Oh, baiknya hati cikgu. Terima kasih cikgu." cakap Laura sambil mengangkat sebelah keningnya melihat Chrisytal. "Okay, api done. Kalau ada apa-apa hal cari cikgu di bawah khemah guru ye." cikgu Maalik meninggalkan pesan sebelum berlalu pergi. "Tell me." bisik Laura di telinga Chrisytal, ingin tahu soal keberadaan cikgu Maalik tadi. "Shut up." balas Chrisytal, menutup mulut sahabatnya itu sebagai tanda tidak mahu bercerita lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience