Sapu tangan merah

Romance Series 32056

"Baiklah semua, memandang minggu depan akan bermulanya peperiksaan jadi kamu dikehendaki untuk menyusun kerusi dan meja mengikut kelas masing-masing ye." ucap pengetua ketika perhimpunan rasmi sekolah dijalankan. Perhimpunan rasmi sekolah itu biasanya akan dilakukan pada setiap hari Rabu. Para pelajar akan berhimpun di dewan sekolah dan mendengar taklimat yang disampaikan oleh guru-guru.

"Yes, aku dah tak sabar nak exam ni. Lepastu cuti sekolah panjang-panjang, yeahhuu..." bisik Laura teruja kepada Chrisytal yang duduk di hadapannya. Chrisytal hanya tertawa mengganguk. Dia juga sudah tidak sabar untuk pulang ke kampung dan berjumpa dengan ahli keluarganya. "Aku kena score exam kali ni supaya mama bangga dengan aku." fikirnya dalam hati. Biarlah kepulangannya kali ini membawa khabar bahagia, cewah.

Pada petang itu, mereka mulai mengemas kelas masing-masing sambil diawasi oleh guru kelas sendiri. Mereka menyusun meja dan kerusi untuk kegunaan pada hari peperiksaan nanti dan mencabut segala nota yang ditampal di papan notis kelas. "Ann, aku aku ta takutlah naik atas ni, aku fobia dengan ketinggian jadi kau boleh tolong aku cabutkan tak?" tanya Laura sambil menunjuk ke arah tangga yang tinggi itu. "Okay boleh, sini saya naik tapi awak tolong pegangkan eh." balasnya. Dia mulai meminjak tangga itu satu persatu dengan berhati hati.

"Saya tak sangka pulak awak yang jiwa kental macam ni pun boleh takutkan ketinggian? hahaha, lawak betulah." sambil mecabut kertas di papan notis itu. "Wei, if it is not because of today, saya takkan tahu pasal ni tau tak ahahah..." gelaknya lagi. "Kenapa awak takut dengan..." tolehnya ke bawah untuk melihat reaksi muka Laura, namun dia tergamam. "Hai." tegur figura itu ceria. "Gelaklah lagi, macam seronok je saya dengar awak bercerita ni." sambung cikgu Maalik lagi. Tangannya memegang erat tangga yang sedang dinaiki Chrisytal itu.

"Er, ha hai cikgu. Sejak bila ada dekat situ, mana kawan saya?" tanya Chrisytal sambil menunjukkan reaksi binggung. Patutlah semua soalan yang dia tanya tadi tak berjawab rupa-rupanya orang lain, fikirnya. "Oh, dia kat kelas sebelah, tengah tolong cikgu Khairul sapu kelas." jawabnya ringkas. Chrisytal mulai memandang sekelilingnya dan dia baru perasan yang kelas itu kosong, cuma ada dia dan lelaki itu. Hatinya berdebar kencang namun dia mengganguk laju dan tangannya kembali menanggalkan kertas-kertas di dinding.

"Anyway, Happy belated birthday to you. Sorry saya lambat wish sebab semalam takde kelas kan." ucapnya tiba-tiba memecahkan kebisuan antara mereka. "Sorry, cikgu tak ada apa-apa hadiah nak bagi dekat awak but i wish you all the best and teruslah ceria ok." sambil tersenyum memandangnya. Dia yang terpanar dengan senyuman itu tiba-tiba mengerang kesakitan. "Aww, aww, sakitt..." sambil memegang jarinya yang sedikit terluka kerana dawai yang melekat di kertas. Hampir saja dia hilang keseimbangan diri.

"Be careful!" jeritnya cemas sambil memegang kuat tangga itu. "Dah turun, let me see your hand." arahnya lagi. "Kenapa boleh luka ni, nah take this. Balut jari awak tu." sambil menghulurkan sapu tangan kecil dari poketnya. "Biarkan kertas tu, nanti saya yang tolong bukakan. Awak duduk diam elok-elok bawah ni ok." Chrisytal hanya mengganguk turut. Sekali lagi, hatinya luluh dengan perhatian yang ditunjukkan oleh cikgu Maalik itu. "Macam mana aku tak jatuh hati dengan kau ni, hailah hati." ucapnya dalam hati sambil tersenyum penuh makna melihat sapu tangan bewarna merah itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience