Keputusan

Romance Series 32088

"Aww, sakit." rintihnya perlahan sambil memegang kepalanya yang terasa berat. Dia melihat keadaan di sekitar ruangan yang serba putih dengan air drip yang dipasang di tangannya. "Sayang, rest down. Ann, tak boleh gerak sangat, kalau Ann nak apa-apa mama ambilkan." suara Puan Annetha mengejutkannya. "Since when mama ada kat sini?" tanyanya tidak percaya dengan kehadiran mamanya. "Tadi ada pihak sekolah call, cakap anak mama ni pengsan. I was shocked, risau mama tau. Are you well now?" Puan Annetha mengulas lembut rambutnya.

"Ma, im so sorry. Ann tak berniat nak buat mama risau." Chrisytal memeluk erat mamanya. "Its okay honey. Now tell me what happened with you? Sampai badan lemah macam ni?" tanyanya lembut, tidak mahu membebani fikiran anaknya. Chrisytal terdiam sebentar dengan pertanyaan itu. Memori tadi kembali berputar di kepalanya dan perlahan-lahan dia menangis. "Suhh, dont cry honey. Kenapa ni, hmm?" Puan Annetha risau melihat keadaan anaknya itu. Semakin kuat pulak tangisan si anak di dalam pelukkan mamanya.

"Ma, what did i do wrong? Ann tak kuat mama, i cant." luahnya perlahan-lahan. "Ann takut kalau suatu hari nanti Ann kehilangan mama, abang and adik. No, i cant." tangisnya lagi apabila teringat dengan ugutan cikgu Suraya kepadanya. Dia tidak mahu kehilangan ahli keluarganya satu persatu, cukup ayahnya yang sudah ditakdirkan pergi dahulu. "Honey! Dont say that. Mamakan ada kat sini, we love you." pujuk mamanya tidak mahu Chrisytal berfikir yang bukan-bukan. "Dah, tak mau nangis-nangis lagi. Mana Ann yang mama kenal dulu, yang bijak, yang ceria, yang kuat, hmm?" Puan Annetha menghapus sisa air mata yang jatuh di mata anaknya. "Smile." pintanya kembali menemani anaknya yang masih terbaring di katil pesakit.

Keesokan pagi, Chrisytal akhirnya dibenarkan pulang oleh doktor yang merawatnya. Sepanjang 2 hari di situ, Puan Annetha sering melihat anaknya lebih banyak termenung dan mendiamkan diri sehingga hatinya risau dengan keadaan putrinya itu. Anaknya juga sudah menceritakan hal sebenar yang berlaku sehingga dia lebih banyak menyalahkan diri sendiri. "Mama." suara Chrisytal memecahkan kerisauan yang bertandang di dalam dirinya. "Ya, sayang?" balasnya perlahan. "Ann, dah fikir matang-matang dan Ann rasa lebih baik Ann pindah sekolah. Ann tak nak kejadian yang sama berlaku lagi, Ann takut." luah Chrisytal berat. Dia sudah memikirkan keputusan itu lama setelah beeperang dengan dirinya sendiri.

"Mama faham, Ann taukan mama akan selalu support apa pun keputusan daripada Ann. Mama akan cuba uruskan hal perpindahan Ann dengan secepatnya okay." Puan Annetha mengusap lembut pipi anaknya. Chrisytal hanya mengganguk lalu memberikan senyuman kepada mamanya yang sudah banyak berkorban untuknya selama ini. "Kita balik dulu, then esok kita uruskan perpindahan Ann di sekolah ya." Puan Annetha menolak kerusi roda anaknya menuju ke teksi yang sudah menunggu mereka di luar hospital. Malam itu, mereka menginap di hotel sebelum menguruskan perpindahan sekolah pada keesokannya.

Jauh di dalam lubuk hatinya, dia sedih untuk meninggalkan sahabatnya, Laura yang sudah banyak menghabiskan masa dengannya. Dia risau jika Laura tidak mahu menerima kenyataan bahawa dia akan berpindah sekolah, namun di satu sisi juga, dia takut jika ugutan cikgu Suraya, lambat laun akan menjadi kenyataan kerana dia belum bersedia untuk berpisah dengan keluarganya. Lebih baik dia menghindari itu dan melupakan perasaanya terhadap cikgu Maalik. Chrisytal yakin keputusannya untuk pergi adalah lebih baik untuk menghilangkan rasa di dalam hatinya.

keep on supporting

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience