Perpisahan

Romance Series 32088

"Babe!? Kau jangan nak buat lawak, aku takkan percaya." sebut Laura setelah mendengar kenyatan daripada mulut Chrisytal. "Ye, saya serius nak pindah sekolah." dia cuba meyakinkan Laura. "But why? Kalau kau ada terasa hati dengan aku, aku minta maaf aku tak tau tapi takkan sampai nak pindah?" balasnya lagi tidak percaya. "Ada lah pasal satu dua hal yang saya tak boleh nak bagitau awak. Tapi jangan risau awak takda salah apa-apa pun dengan saya, percayalah." pujuk Chrisytal tersenyum sambil memegang tangan Laura.

Jujur, sepanjang mereka berkawan dia tidak pernah sekali pun terasa hati dengan sahabatnya itu malah dia bersyukur dapat bertemu dengan orang sebaik dia. "You are still my besties even saya dah pindah sekalipun. Nanti ada masa kita keluar sama-sama kan." Chrisytal tidak mahu Laura berasa sedih lagi kerana sejujurnya dia juga tidak mahu berpindah dari situ. Namun itulah keputusan berat yang perlu diambilnya.

"Kau janji kan tetap sayang dengan aku even kau dah pergi jauh dari sini. Kau janji dengan aku yang kau akan sentiasa call aku, ok?" Laura tidak dapat menahan tangisan lalu memeluk erat sahabatnya itu. "Ye, saya janji. Awak tu kena pandai jaga diri tau. Jangan suka tidur dalam kelas lagi, takda siapa dah nak kejutkan awak bangun. Lagi satu, jangan lupa berdoa kalau kau tidur malam, nanti heeeee." Chrisytal mengusik Laura sambil menunjukkan aksi kuntilanak. "Woi, jahat gila kau ni. Dahlah aku kena tidur sendiri lepas ni." Laura memukul lembut bahu sahabatnya. "Ha...ha...ha..." ketawa mereka pecah bersama sama.

"Dah siap? Kita dah kena gerak sekarang." suara Puan Annetha di depan pintu menghentikan ketawa mereka. "Er, Kejap. Ann dah kemas semuanya tunggu nak masukkan saja lagi." balas Chrisytal. "Meh, aku tolong kau. Kasihan aunty tunggu lama." Laura lantas membantu sahabatnya mengemas barang. "Thank you." ucap Chrisytal ikhlas. Selesai mengemas, Chrisytal menatap ruangan bilik itu buat kali terakhir. Dia teringat kembali semua memori sejak pertama kali dia masuk ke situ dan bertemu dengan Laura. "Im gonna miss this vibe so much." ujarnya menahan tangis. "Me too. Lepas ni semua aku kena buat sendiri, aku dah takda siapa-siapa dekat sini." balas Laura yang turut berdiri memerhati ruangan yang bakal sunyi itu.

Setelah berpelukan dan mengucapkan selamat tinggal, Chrisytal akhirnya rasmi keluar dari sekolah itu. Dia membuang pandang ke luar untuk menatap sekolah yang sudah didiaminya selama 1 setengah tahun itu. Lama-kelamaanya bangunan itu semakin kecil dari pandangan dan satu keluhan berat dilepaskan. "Let bygones be bygones. Sekarang, Ann kena lebih kuat untuk kehidupan yang baru okay." suara lembut Puan Annetha memujuk anaknya yang kelihatan masih ragu dengan keputusannya. Tapi dia mahu keputusannya ini menjadi perubahan yang penting buat masa depan anaknya nanti.

Chrisytal hanya mengganguk dan tersenyum ke arah mamanya. "I will." janjinya pendek, cukup untuk tidak menyesali keputusan yang sudah pun diambil olehnya. Dia tidak mahu lagi memandang ke belakang dan mengingati masa lalunya yang suram dan menyakitkan. Kini, cikgu Maalik hanyalah sekadar memori terindah yang pernah singgah di dalam hidupnya. Biarlah memori itu kekal sebagai kenangan dan mengajarnya untuk lebih berhati-hati dalam soal memaruh hati.

Terima kasih kepada yang sudi membaca novel saya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience