Keputusan

Romance Series 32056

"Anak puan ni dah lakukan kesalahan yang besar. Dia hampir nak melukai guru dia sendiri di dalam tandas. Ini merupakan kes yang pertama saya jumpa sepanjang saya menjadi pengetua di sini." terang Cikgu Rahimah kepada Puan Annetha. "Jadi pihak kami memang tak boleh nak bertoleransi dengan mana-mana student yang berniat nak mencederakan guru mereka. Itu kesalahan yang cukup serius." ujarnya lagi. Puan Annetha hanya mendiamkan diri, tidak melawan atau membela anaknya. Dia memandang ke arah Chrisytal yang sejak tadi hanya menunduk dan mendiamkan diri.

Sebagai seorang ibu, dia cukup kena denganl sikap anaknya itu. Dia pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan tuduhan yang dilemparkan kepada Chrisytal namun dia tidak mahu membuat spekulasi awal kerana komunikasi lebih penting saat itu. "Jadi saya harap puan faham sekirannya pihak sekolah mengambil tindakan disiplin ke atas anak puan." ujar pengetua lagi. "Its okay, saya faham maksud cikgu dan saya akan setuju dengan peraturan sekolah. Jadi saya benarkan apa saja tindakan sekolah kepada anak saya." balas Puan Annetha tidak mahu memanjangkan kes dan dia kasihan dengan anaknya yang pastinya lebih tertekan dan malu.

Sebaik sahaja keluar dari bilik pengetua, Puan Annetha langsung memeluk erat tubuh anaknya itu. Tangisan masing-masing pecah. "Ma, im so sorry for disappointing you. I am sorry." Kata Chrisytal di dalam tangisnya. Dia cukup kecewa dengan dirinya sendiri setelah melihat mamanya menangis. "It is okay sayang. Mama faham and kenal anak mama. Mama tau Ann takkan buat sesuatu tanpa fikir kan? Ann tak salah mama tau itu but will you tell me what has happened?" pujuk Puan Annetha perlahan. Chrisytal seperti biasa tidak mahu menyimpan rahasia antara mereka berdua dan menceritakan apa sebenarnya yang berlaku.

"Lepasni kalau Ann rasa tak nyaman study di sini, just tell me. Mama akan uruskan perpindahan Ann ke sekolah lain and I will respect your decision." ujar Puan Annetha selepas mendengar kejadian sebenar dari mulut anaknya. "Ma, i am okay for now. Tentang pindah sekolah, Ann akan fikirkan dulu lepastu i will let you know. Thank you sebab tak kecewa dengan Ann and sorry sebab susahkan mama ke sini." Chrisytal sambung memeluk mamanya dengan perasaan yang bersyukur. "Mama kan dah cakap, as long as Ann cerita jujur dengan mama, i will be okay with it. Dah lepasni tak mau nangis-nangis dah, promise?" Puan Annetha meyakinkan anaknya. Chrisytal kembali tersenyum manja.

Selepas menghantar mamanya pulang, dia kembali semula ke asrama. Di asrama, dia kembali menceritakan perkara yang berlaku kepada Laura. "Damn. Kalau aku jumpa dengan cikgu Sum Sum tu, aku kasi kick dekat muka dia. Biar elok sikit otaknya. Hish geram pulak aku." ujar Laura menahan marah melihat sahabatnya itu disakiti. "Kau pun satu, lain kali kalau ada cerita macam ni bagitau lah aku. Senang sikit aku jaga kau." balasnya lagi. "Yelah, salah saya. Tapi dahlah, takmau cerita pasal ni lagi. Saya pun dah dikenakan tindakan disiplin, mesti dia dah puas hati." kata Chrisytal sedikit sedih kerana nilainya akan dikurangkan sebagai hukuman kepadanya.

"Eii, eii, Ha... Hiyak.. gatal pulak kaki aku ni nak sepak orang. Hiyak, ha..." Laura menunjukkan aksi taekwendonya dengan mengangkat tinggi kakinya. Berharap Cikgu Suraya ada di depannya. "Wei, dahlah. Ha...ha...ha..." Chrisytal terhibur melihat telatah lucu sahabatnya itu. Hilang sekejap rasa sedihnya.

Sebaik-baiknya ibu bapa menjadi teman dan pendengar yang setia untuk anak-anak, jangan biarkan mereka sendirian dan salah memilih jalan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience