Baru

Romance Series 32088

“Amin…” masing-masing mengaminkan doa yang dibacakan oleh pegawai Islam itu, setelah selesai proses yang dilalui oleh Chrisytal untuk memeluk agama Islam. Pagi tu, dia ditemani oleh Kak Ros dan suaminya, abang Jamal dan seorang lagi saksi lelaki iaitu, Syed Arif. Dia bersyukur kerana sepanjang proses itu, dia tidak bersendirian, malah ditemani oleh orang-orang yang ikhlas dan baik.

“Alhamdulilah, selamat datang saudara baruku.” Kak Ros memeluknya dengan gembira. Chrisytal hampir menitiskan air mata, tidak percaya bahawa dia mampu untuk melafazkan kalimat syahadah walaupun bacaannya masih kekok. “Welcome and congratulations Anne. Lepasni, kalau you perlukan seseorang untuk belajar bab agama, I boleh tolong.” Syed Arif tersenyum memandangnya. Mengenali lelaki itu dari awal mereka bertemu, senyuman dan perhatian lelaki itu tidak pernah kurang terhadapnya sehingga dia senang berkawan dan berkongsi pendapat dengannya.

“Insyaallah, kalau ada apa-apa saya tanya awak, but anyway thanks sebab sudi teman saya hari ni. Saya terhutang budi dengan awak.” balas Chrisytal ketika mereka sudah melangkah keluar dari bangunan itu sambil membetulkan selendang di kepala. Perlahan-lahan, dia merasakan hatinya mulai tenang dan fikirannya ringan. “Hm, kalau you taknak ada hutang dengan I, apa kata you ikut I dinner malam ni. Deal?” bijak dia mencari alasan untuk mengajak Chrisytal keluar dengannya setelah beberapa kali pelawaanya ditolak oleh gadis cantik itu.

“Hei, pandai awak curi peluang ye. Hmm…” matanya menangkap senyuman kemenangan di wajah lelaki itu. “Baiklah. For this time, saya setuju but lepasni hutang saya dengan awak dah selesai, okay?” ucapnya setuju untuk menemani lelaki itu makan malam. “Yes…yes!” Arif menjerit kegembiraan, sehingga Kak Ros dan Abang Jamal memandang mereka sambil menahan ketawa. “Hei, suhhh.. Behave please, malulah orang pandang.” Chrisytal tersenyum menahan malu melihat orang-orang sekitar memandang ke arah lelaki itu. “Eh, sorry sorry. Okay, I got to go now and don’t forget about tonight. Bye.” pesannya sebelum berlalu pergi dengan pantas ke arah keretanya. Chrisytal hanya menggelengkan kepala, sebelum dia turut bergerak ke arah Kak Ros yang sudah menantinya dari tadi.

Seperti yang dijanjikan, malam itu Toyota Vios milik Syed Arif sudah terpacak awal di depan rumah sewa Chrisytal, menunjukkan lelaki itu memang bersunguh-sungguh untuk mengajaknya keluar makan bersama. Tidak mahu kelihatan berlebihan, Chrisytal hanya mengenakan gaun separas lutut, berlengan panjang yang berwarna merah. Contengan ringan dikenakan di wajah, sekadar untuk menutupi wajahnya yang sedikit pucat akibat kelelahan. Selesai semuanya, dia bergerak menuju ke arah Arif yang bersandar di badan kereta sambil memandangnya lama.

“Sorry, dah lama tunggu ke?” pertanyaan itu mengejutkan Arif yang dari tadi hanya terpegun melihatnya. “Aa? Oh, its okay tak lama pun.” Arif terkulat-kulat menjawab, sedikit gugup kerana hatinya terpesona dengan penampilan cantik wanita itu. Sederhana namun nampak sempurna di matanya. “Please, my lady…” Arif membukakan pintu kereta untuknya sambil menundukkan diri seperti pelayan. Chrisytal lantas masuk ke dalam perut kereta dengan berhati-hati.

“Where are we going?” Chrisytal memandang ke arah Arif yang kelihatan tampan mengenakan jaket kulit berwarna hitam dengan tshirt putih didalamnya. Sesuai dengan badannya yang agak tinggi dan sedikit tegap. “Somewhere yang you pasti akan suka.” balasnya dengan senyuman tipis di bibir. Chrisytal hanya mengganguk, tidak mahu mengambil pusing dengan ayat-ayat manis lelaki itu. “By the way, you look so beautiful tonight.” ucapnya lagi dan dibalas dengan tumbukan kecil dari Chrisytal di bahu lelaki itu. Semakin galak pula suara Arif ketawa, melihat reaksi comel yang ditunjukkan oleh wanita yang semakin bertahta di hatinya itu.

will try my best untuk update at least one chapter a day. Thank you

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience