Happy Birthday

Romance Series 32056

“Thank you, sebab sudi main tadi.” Maalik menanggalkan kaca matanya lalu mengucapkan terima kasih kepada Chrisytal. “My pleasure, lagipun saya kasihan tengok Aisy.” balasnya tersenyum melihat Aisy yang berdiri di samping daddynya. Entah kenapa, dia sudah jatuh sayang kepada anak kecil itu yang sepertinya kurang kasih sayang daripada seorang ibu. “Awak busy ke malam ni?” tanya Maalik secara tiba-tiba, sambil merenungnya lama. “Erm, I am not sure tapi kenapa?” tanyanya semula, meminta kepastian kepada persoalan lelaki itu. “Ingatkan nak ajak awak dinner tonight, because today is Aisy’s birthday.” Maalik mengusap lembut kepala anak perempuannya.

“Really? Oh my god, Happy Birthday dearest Aisyah. Sorry cikgu tak tahu awak ulang tahun hari ni, kalau cikgu tau dari awal cikgu siapkan present.” dia menyamakan kedudukannya separas Aisy, lalu mengusap pipi anak kecil itu perlahan. “Thank you cikgu. I don’t need the present but can you come tonight? Please.” pinta si kecil membuatkan hatinya berasa bersalah untuk menolak. Dia melihat Aisy yang menarik-narik tangannya untuk meminta persetujuan. “Hmm, baiklah. Memandangkan awak good girl, cikgu akan ikut.” setelah lama dia memikirkan jawapan, akhirnya dia bersetuju. Dia senang melihat senyuman yang terukir di wajah anak kecil itu. “Be prepare, malam nanti saya datang jemput.” laju Maalik menawarkan diri untuk mengambilnya malam nanti. Belum sempat dia menolak, Maalik sudah berlalu pergi bersama Aisy, meninggalkan dia sendirian.

“I am here.” Maalik benar-benar mengotakan janjinya untuk datang menjemput dia malam itu. Chrisytal menilik dirinya buat kali terakhir di dalam cermin,sebelum turun ke bawah. Dia hanya mengenakan gaun pendek separas lutut, berwarna merah jambu dengan wajah yang disolek natural dan rambut panjangnya diblow bebas. Tidak mahu kelihatan ‘over’ semata-mata ke majlis ulang tahun Aisy. Sebuah kereta SUV, berjenama Range Rover berwarna hitam, sudah menunggunya di luar.

“Sorry, I’m late.” ucapnya setelah menutu pintu kereta dengan rasa yang bersalah. Dia melihat sekilas lelaki yang mengenakan kemeja berwarna putih itu. “It’s okay, majlis belum mula lagi.” balasnya sambil menukar gear ke ‘D’ dan memandu keluar dari situ. “Macam mana cikgu boleh tau rumah saya?” Chrisytal sedikit pelik kerana lelaki itu tahu tentang lokasi rumahnya, begitu juga dengan nombor telefon miliknya. Serasa dia tidak pernah memberinya kepada sesiapa pun sebelum ini. Maalik hanya tersenyum kecil, memilih untuk tidak menjawab pertanyaan itu dan memandu trus ke rumahnya.

“Cikguuu.” Aisy yang melihatnya dari jauh, laju menerpa untuk memeluknya setelah turun dari kereta. “Hello sweety, nah your present. Happy birthday.” dia melepaskan pelukan dan menyerahkan hadiah yang sudah dibungkusnya cantik. Pulang dari sekolah tadi, dia menyempatkan diri untuk membawa Kak Ros ke mall, membeli hadiah buat Aisy walaupun dia tidak tahu kegemaran si kecil itu. “Thank you, I like it. Jom masuk.” Aisy sudah menarik dirinya untuk masuk ke dalam rumah. Dia melihat keadaan rumah yang sudah dipenuhi dengan sahabat dan keluarga Maalik yang lain dan dia malu apabila kehadiran dirinya, diperhatikan oleh mereka.

“Lets start the partyyy…” suara mc mengajak mereka masuk untuk memulakan acara pada malam itu. Chrisytal hanya berdiri dari jauh melihat Aisy yang ditemani oleh Maalik di hadapan pentas yang sudah disediakan di situ. “Anne right? Hai, we finally meet again.” tegur Maanif dari arah belakangnya sambil menghulurkan tangan. Dia menyambut salam itu, teruja kerana akhirnya ada orang yang sudi berbual dengannya. “Eh you pergilah makan dulu. I nak cari wife i kejap.” sambil berlalu meninggalkan Chrisytal bersendirian lagi. Perutnya yang lapar memaksa dia bergerak mengambil makanan di meja makanan.

“Hai pretty lady. Sorang je ke?” satu suara lagi datang menyapanya yang sedang asyik memilih lauk di atas meja. “Hm? Oh hai, ye sorang je and you are?” balasnya pelik melihat lelaki itu tiba-tiba menegurnya, kenal pun tidak. “Sorry, my name is Mahir, sepupu Maalik and you are?” tanyanya pula sambil merenung Chrisytal dengan penuh minat. Sepertinya dia tidak pernah melihat Maalik berkawan dengan wanita cantik, berwajah chinese itu.” saya Chrisytal, Aisy’s teacher.” terangnya tapi tidak mahu terlalu detail, kerana belum kenal dengan lelaki yang menghulurkan tangan kepadanya itu. Belum sempat dia menyambut huluran tangan Mahir, tangan Maalik secara tiba-tiba menariknya. Dia memandang riak Maalik yang serius ketika itu, pelik dari mana pula dia ni muncul, fikirnya.

“Sit here, jangan kemana-mana.” Maalik menyuruh dia duduk di di kerusi yang telah disediakan untuk para tetamu. Dia hanya menurut dan tidak mahu terlalu banyak bertanya kerana posisinya ketika itu hanyalah sebagai tetamu. Maalik kembali dengan minuman di tangan, lalu mengambil tempat duduk di sebelahnya. “Finish your foods and I will send you home.” Maalik bercakap tapi tidak memandang ke wajahnya, membuatkan di rasa bersalah. “What’s wrong?” fikirnya sedikit keliru namun masih masih meneruskan suapan di mulut.

“Thank you for today, hope you enjoy it.” ucap Maalik selepas mereka sampai di depan rumah sewanya. “My pleasure, anyway thank you sebab dah ajak saya hari ni.” balasnya senang sambil memandang lelaki itu yang sepertinya sedang memikirkan sesuatu. “Er, kalau macam tu saya masuk dulu. Thank you for the ride.” Chrisytal sudah berura-ura untuk membuka pintu kereta dan masuk ke dalam rumah. ‘Wait.” tangannya ditarik dari belakang, menegah dia untuk keluar dari kenderaan itu. Dia berpusing untuk melihat lelaki itu, sepertinya dari tadi dia mahu menyatakan sesuatu.

“Yes?” dia membalas renungan lelaki itu terhadapnya. Lama keadaan itu berlalu, sehinggalah bunyi Maalik menarik nafas berat menyedarkan Chrisytal semula. “Nothing. Hmm, awak masuklah dah lewat ni. Rest well.” Maalik tersenyum memandangnya, sambil mengusap lembut umbun-umbunnya. “O.. okay then sa, saya masuk dulu.” dia tiba-tiba gagap, seketika terbuai dengan layanan lelaki itu tadi. Hatinya berdebar hebat namun dia berlagak tenang lalu membuka pintu kereta dengan perlahan. “Goodnight, sweet dream.” ucap Maalik dari dalam sebelum dia sempat menutup pintu. Dia hanya membalasnya dengan senyuman lalu bergerak laju untuk masuk kedalam, tidak mahu berlama-lama di situ nanti menimbulkan fitnah.

Komen readers bagi saya semangat untuk teruskan novel ni, thank you.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience