“ Wah, besarnya sekolah ni” kata Chrisytal Anne yang terpegun melihat sekolah barunya itu. Keadaan sekolah ketika itu sesak dengan kehadiran para pelajar dan ibu bapa yang sibuk mendaftarkan anak masing-masing.
“Baiklah, pelajar tahun pertama sila masuk ke dalam dewan ye.” kata seorang guru perempuan yang berdiri di hadapan barisan. “ Jum sayang kita masuk ke dalam dewan.” Puan Annetha mengajak anaknya masuk.
Setelah selesai sesi ceramah di dalam dewan, pelajar tahun pertama dikehendaki menyemak kelas masing-masing untuk tujuan pendaftaran. “Ann dapat kelas kedua terbaik la mama, kelas 1 Bestari. Mari kita pergi ma, kasihan uncle nanti dia tunggu lama.”
Selesai sesi pendaftaran, Puan Annetha meminta diri untuk pulang. “Sayang mama, ingat apa yang mama pesan ya. Study hard and don’t forget to pray, mama love you. Bye my Chrisytal.” “Bye mama, kirim salam untuk semua keluarga di kampung ya.” sambil memeluk mamanya.
Dengan hati yang sayu, Chrisytal Anne membawa barangnya masuk ke dalam asrama dan mencari biliknya. “ Hai, nama saya Laura. Kau siapa nama?.” tegur seorang gadis. “Oh hai, saya Chrisytal Anne. Panggil saja Ann.” jawab Chrisytal. “ Eh, jumlah kita ke dewan makan, kau mesti tak makan lagikan. Nanti aku tolong kau kemas barang ye, jumlah.” “Jum.” balas Chrisytal yang sedikit teruja kerana Laura sudi menegurnya.
“Aku kelas 1 Bestari, kau kelas yang mana?” tanya Laura. “Eh, samalah kita. Tapi kenapa saya tak terserempak dengan awak tadi, hm anyway thanks sebab sudi berkawan dengan saya.” “ No worrylah, nanti bolehlah kita study sama-sama kan. Eee, seronoknya aku.” ujar Laura. Chrisytal hanya tersenyum dan mengganguk.
Selesai makan malam di dewan, mereka menuju pulang ke asrama dan bersiap-siap untuk ke kelas malam.
Hari pertama berjauhan dengan keluarga pastinya sukar bagi Chrisytal Anne. Buktinya dia hampir- hampir mengeluarkan air mata namun ditahan setelah mengingat kembali tujuannya ke sekolah ini. “Tak apa ann, kau kuat! Kena kuat demi mama, adik, abang. Kau perlu berjaya dan ubah nasib keluarga kau.” detik hati Chrisytal.
Rasa rindunya dikubur dengan semangat yang tinggi unuk berjaya. Keesokan harinya merupakan hari pertama persekolahan bagi pelajar tingkatan 1, keterujaan Chrisytal jelas terlihat apabila dia bangun dan bersiap lebih awal. Dia mengejutkan Laura yang masih lena dibuai mimpi di sebelah katilnya. “Laura, bangun dah lewat ni. Astaga anak siapalah ni, susah sangat dikejutkan.” bebel Christyal Anne sendiri.
Thank you for the reading.
Share this novel