Balik kampung

Romance Series 32056

“ Ann, kau balik tak cuti sekolah ni?.” tanya Laura sambil melipat pakaian ke dalam almari. “Eh, mestilah saya balik. Cuti kali ni panjang kot, lagipun saya rindu suasana di kampung.” jawab Chrisytal.

“Ee, bestnya ada kampung, nanti cuti lain kali aku ikut kau balik eh, boleh?” tanyanya lagi. Laura merupakan anak kepada seorang doktor yang pastinya mempunyai kehidupan yang lebih mewah jika dibandingkan dengan Chrisytal. Namun, dia sentiasa mensyukuri segala anugerah yang telah diberikan Tuhan dalam hidupnya sekarang.

“Ye, for sure. Saya tak kesah pun, datanglah saja bila-bila.” jawabnya ikhlas. Chrisytal senang berkawan dengan Laura yang sedikit pun tidak sombong malah banyak membantunya dari awal perkenalan mereka.

Setelah sampai di kampung, Chrisytal langsung meluru memeluk mamanya yang sedang sibuk menyiapkan makanan tengah hari. “Eh, sayang mama dah sampai? Awalnya sampai.” kata Puan Annetha.

“Uncle sampai awal tadi. Eh, mana adik? Tak nampak pun dia di depan tadi.” tanyanya soal keberadaan adik kecilnya, Christine Annetasia. Adiknya itu berusia 8 tahun dan mereka hanya tiga beradik. Abangnya, Christoper Annick sudah mempunyai kehidupan sendiri bersama keluarganya di Sabah. Dia hanya akan pulang pada waktu cuti atau musim perayaan.

“Adik dalam bilik kot, tengah tidur. Jomlah makan dulu, Ann pasti rindu dengan masakan mama kan?” sambil mengusap lembut kepala anak daranya itu. Rasa rindu mereka akhirnya terlepas. Mereka bergurau senda sambil menikmati makanan di atas meja, walaupun sederhana tapi cukup sempurna bagi keluarga kecil mereka.

“Jadi macam mana dengan sekolah baru di sana, Ann?” tanya Puan Annetha. “Ann ok je ma. Ann dah ada kawan, nama dia Laura. Dia kirim salam dengan mama.” balasnya sambil tersenyum. Begitulah perhatian yang sering ditunjukan Puan Annetha kepada anak-anaknya.

Dia telah mengambil alih tugas sebagai ketua keluarga setelah suaminya pergi 5 tahun yang lalu. Sejak dari itu, dia menjadi seorang ibu yang sentiasa menyokong setiap keputusan positif anak-anaknya.

Pada malam hari, Chrisytal kembali menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh gurunya. “Aduh susah pulak soalan ni.” rungutnya. Soalan KBAT bagi mata pelajaran Bahasa Melayu itu sedikit susah untuk difahami. Dia cuba menghantarkan masej kepada Laura, namun tiada balasnya.

Chrisytal akhirnya mengambil keputusan untuk bertanya kepada cikgu Maalik walaupun dia takut. Sesaat kemudian, pesanannya dibalas oleh cikgu Maalik. Hatinya berdebar kencang. “Rileks Ann, kau tanya pasal sekolah je pun.” sambil memegang telefon pintarnya. Sesaat, dua saat, tiga saat, empat saat, dan fuhh akhirnya peti pesanan itu dibuka.

“Hai dear, ada apa yang saya boleh bantu?” tulis cikgu Maalik. “Argghh!” jerit Chrisytal tidak percaya. Telefon yang berada di tangan, terlepas dari genggaman. Dia tekejut dengan isi pesanan itu. “Sayang, what happen?” tanya Puan Annetha risau. “Er, sorry mama. Ann cuma tekejut tengok semut dalam buku ni, hehe.” jawabnya sambil tersengih. “Ish, kamu ni buat mama risaulah.” kata Puan Annetha sambil berlalu ke dapur.

Telefon yang terlempar di hadapannya dipandang lama. “Mata aku dah buta ke, atau aku banyak fikiran ni?’ katanya sendiri, sambil memeluk lutut. Setelah lama berperang denga perasaan sendiri, dia akhirnya mengambil keputusan untuk meneruskan niat asalnya tentang soalan KBAT tadi. “Cikgu, saya hanya kurang faham dengan soalan 1 itu.” tulisnya formal. “Oh, soalan itu awak kena faham betul-betul sebab jawapan dia memang out of the box.” jawab cikgu Maalik.

Setelah berjaya memahami penerangan cikgu Maalik, dia kembali menyiapkan tugasan itu. “Awak bercuti di mana sekarang?” tulis cikgu Maalik dalam pesanan. “Saya di kampung sekarang cikgu, dengan family he he.” balasnya dengan emoji senyum. “Oh, hati-hati disana, jaga kesihatan and have fun ya. Goodnight, sweet dreams” tulisnya lagi.

Chrisytal merasakan rohnya hampir melayang setelah menerima ucapan itu, mukanya sudah mulai memerah panas. “Selamat malam cikgu, terima kasih sebab sudi ajar.” balasnya sopan dan tidak ingin memerlihatkan keterujaannya.

“Mama, anakmu ingin kawinn!.” jeritnya. Tapi itu hanyalah jeritan hatinya. Nahas nanti kalau mamanya tahu dia menyimpan perasaan suka terhadap gurunya sendiri, mahu tidur luar dia malam ini. Namun, dia tidak dapat menyembunyikan rasa suka setelah menerima pesanan itu tadi.

Dia segera menyiapkan tugasan dan bersiap untuk tidur. “Ah, tidur lena aku malam ni.” ucap Chrisytal perlahan sambil menahan senyuman

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience