Khawin

Romance Series 32056

“Aku terima nikahnya Aina Aisyah binti Abdullah, dengan emas kahwinnya berjumlah RM 123, tunai!” dengan satu lafaz, Maalik berjaya menyempurnakan akad nikah mereka dengan sempurna. Air mata yang ditahan sedari tadi, kini tumpah kerana tidak percaya dengan dirinya yang sudah bergelar seorang isteri. “Nah, lap air mata tu. Tak mau sedih-sedih.” Kak Ros menghulurkan tisu sambil mengusap belakang badannya dengan lembut.

“Congratulations babe.” giliran Laura yang turut mendampinginya, memeluk dengan erat. Dia tahu sahabatnya itu sedang bersedih dan masih menyalahkan diri sendiri, namun dia hanya mampu mendoakan yang terbaik buat masa depan Chrisytal nanti. Laura yang pada awalnya terbang esok, terpaksa memindahkan jadual demi menemani satu-satu sahabatnya itu. “Thanks babe. Kalau takda awak, saya dah tak tau nak buat apa.” air matanya kembali bercucuran, tidak mampu menahan emosi. Rasa bersalah kerana telah menyusahkan Laura dan keluarga Kak Ros yang terpaksa berpatah balik ke Terengganu, hanya untuk menjadi saksi pagi itu.

“It is okay babe, kaukan kawan aku and aku patut ada kat sini. Dah jangan nangis, tu laki kau datang sini tu.” Chrisytal lantas menoleh dan melihat Maalik sudah berjalan ke arahnya. Lelaki itu tampak segak mengenakan kelengkapan pengantin serba putih yang sedondon dengannya. “Cium tangan suami kamu.” lembut suara Kak Ros mengarahkan dia untuk menyambut huluran tangan Maalik. Dia mengganguk lalu mencapai tangan lelaki yang sudah sah bergelar suaminya itu sambil menciumnya penuh hormat.

Kepalanya yang berbalut tudung, diusap dengan perlahan sambil mulut lelaki itu membaca sesuatu yang tidak dapat ditangkap oleh telinganya. Hati yang tadi berdebar-debar kembali tenang dan terasa hiba. “Ya Allah, sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu maka, berilah aku kesabaran dan perasaan setia supaya aku dapat tunduk kepadanya… Amin…” doanya dalam hati sambil dahinya terasa panas, ketika suaminya itu melabuhkan satu kucupan lembut.

Laura yang hanya memerhati dari jauh, turut menitiskan air mata buat sahabatnya itu, tidak menyangka jodohnya bersama bekas guru mereka dahulu. Namun itulah takdir, percayanya.

“Terima kasih.” bisik Chrisytal perlahan setelah lelaki itu melepaskan gengaman tangannya. Bersyukur kerana lelaki itu sudi menikahinya walaupun dia tahu lelaki itu tidak salah dan turut terperangkap dengannya. Suaminya itu hanya tersenyum kecil, tidak bercakap langsung dengannya dari semalam. Mungkin kerana lelaki itu hanya terpaksa, ya terpaksa bukan kerana suka sedarlah sikit, bisik hati kecilnya. Lantas dia memaling muka, memberikan senyuman kepada tetamu yang hadir sebagai saksi mereka pagi itu.

“Taniah kakak ipar. Welcome to the fam!” ucap Maanif yang hadir bersama isterinya. Hanya dialah satu-satunya keluarga Maalik yang hadir pada majlis itu, yang lain adalah rakan-rakan Maalik. “Thank you.” balasnya dengan senyuman tetap diberikan seikhlasnya, cuba menutup perasaan sebenarnya ketika ini. Maalik sudah terlebih dahulu menasihatinya supaya merahasiakan sebab perkhawinan mereka daripada semua orang kecuali keluarga dekat. Dia hanya mengiakan dan patuh dengan suaminya itu.

Mamanya, Puan Annetha tidak dapat hadir melihat hari bahagia itu kerana sibuk menguruskan kemasukan adiknya ke sekolah berasrama penuh di Sarawak. Hanya restu dan doa yang dibekalkan kepadanya. “Walaupun mama tak hadir, tapi mama nak kamu bahagia dengan suami kamu. Lepas ni kamu kena banyak belajar, jangan malas masak pulak.” nasihat Puan Annetha kepadanya semasa dia meminta restu semalam. “Kalau ada masa tu, bawaklah laki kamu jalan-jalan ke sini. Nak juga mama kenal-kenal dengan menantu mama tu.” pesannya lagi.

Chrisytal hanya mendiamkan diri, tidak pasti kalau Maalik bersetuju untuk melawat mamanya. Sekilas dia memerhati lagi raut wajah dingin yang ditunjukkan oleh Maalik kepadanya. Keluhan berat dilepaskan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience