Kelas pertama

Romance Series 32088

Chrisytal mengambil tempat duduk disebelah Laura yang ketika itu masih menunjukkan muka mamainya. “Ish, awak ni Laura bangunlah, semangat sikit. Inikan hari pertama kita.” sambil menepuk lengan Laura yang meletakkan lengannya untuk dijadikan alas buat kepalanya.

“Bisinglah kau ni, aku nak rehat sekejap pun tak tenang. Relax lah, cikgu belum masukkan.” balas Laura dengan suara yang malas. “Memanglah cikgu belum masuk, nanti kelas mula takkan awak nak belajar dengan muka mamai lagi.” tegur Chrisytal Anne.

“Hmm, yelah. Kau ni macam mak aku tau tak, membebel je kerjanya. Hobi eh?.” sambil mengangkat tinggi kening sebelahnya. “Awak kata nak study together kan semalam. Ha, nilah masanya.” ujar Chrisytal sambil tersenyum kecil melihat perangai kawannya itu.

Suasana kelas yang tadinya bising, tiba-tiba senyap dengan kehadiran seorang guru lelaki yang tinggi lampai. “Seeelaamaatt paaagiii cikkguuu.” ucap seluruh kelas. “Selamat pagi kelas. Silakan duduk.” balas sang guru. Mata guru tersebut meliar memerhatikan seisi kelas.

“Wah, banyak juga pelajar dalam kelas ini ya. Perkenalkan nama saya, cikgu Maalik bin Miguel. Cikgu akan mengajarkan subjek Bahasa Melayu, merangkap guru kelas kamu. Ok?.” ujar Maalik Miguel.
“Sebelum kita mulakan kelas, cikgu nak juga berkenalan dengan kamu semua. Boleh tak?.” tanya Maalik Miguel dan dibalas dengan anggukan seisi kelas.

“Ok, kita mula dari barisan hadapan sebelah kanan, sebutkan nama, bangsa dan tempat tinggal masing-masing ye.” Fikiran Chisytal yang melayang sedari tadi tersentak apabila Laura memangilnya.

“Eh, engkau ni kenapa, dari tadi aku panggil tak jawab. Kau fikir apa? Kehenseman cikgu tu ehh?.” tuduh Laura. “Oii, awak ni agak-agaklah, saya tak fikir apa-apalah. Saya dengar je awak panggil dari tadi tapi sengaja tak membalas.” tipu Chrisytal Anne.

Fikirannya memang sudah jauh melayang dari tadi melihat ketampanan dan pesona cikgu Maalik Miguel. “Aduh, wahai jantung berhentilah berdebar please.” sambil memegang jantungnya.

“Eleh tipu je kau ni. Padahal jantung kau pun aku boleh dengar sari sini tau” ujar Laura lagi yang sejak tadi tidak puas hati dengannya. “Mana adalah.” Chrisytal mengelak. Jelas-jelas dia terpesona dengan raut wajah cikgu Maalik yang seakan menarik dirinya untuk terus menatap.

Apabila anak mata bewarna sedikit kecoklatan itu melihatnya, Chrisytal akan cepat-cepat mengalihkan pandangan. “ He is kind a hot tho, really my type.” detik hatinya.

Ketinggian badan persis model namun tidak terlalu kurus ataupun berotot sekadar tegap dan cukup perfect di mata Chrisytal Anne. Rambut hitam pekat yang tebal dan lurus seolah-olah minta disentuh.

“Aipp, apa aku merepek ni aduh. Behave Ann, behave.” Christyal berkata sendiri sambil mengusap matanya. Matanya menarik untuk ditatap dengan alis hitam yang lebat namun tersusun rapi, hidung yang agak sedikit mancung dan kesan kumis yang dicukur bersih menambahkan lagi kemanisan di bibir itu.

Tuhan terima kasih kerana engkau telah menciptakan lelaki setampan ini. Pap! Chrisytal Anne menampar lembut pipinya sendiri. “ Ann stop it, you have to, really!.” marah Chrisytal terhadap dirinya.

“Eh kau kenapa ni boss? Tekejut aku.” tanya Laura. “Eh takda apa-apa. Tadi ada nyamuk kacau”. tipu Chrisytal. “Pelik betul aku dengan nyamuk tu ye, dalam 28 orang dalam kelas ni, engkau juga tempat nyamuk tu hinggap. Hm shuhh nyamuk jangan kacau kawan aku.” lawak si Laura. Chrisytal hanya tersenyum malu.

thank you for the support

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience