Perangkap

Romance Series 32056

Mahu tidak mahu, Chrisytal terpaksa membuka pintu dengan kad yang diberika oleh Suraya. Dia menjengukkan kepala ke dalam, namun keadaan bilik sangat gelap dan sunyi. “Arif?” panggilnya perlahan dan hanya berdiri di hadapan pintu. Melihat tiada sautan dari dalam, dia akhirnya mengambil keputusan untuk melangkah masuk ke dalam. “Arif? Are you okay?” panggilnya lagi sambil melihat di sekitar bilik, namun kosong. Keadaan bilik yang rapi, menandakan tiada sesiapa yang pernah masuk ke situ.

Bunyi ketukan di pintu, mengejutkan dirinya, lalu dia bergerak untuk membukanya. “Cikgu Maalik?” Chrisytal pelik melihat kemunculan lelaki itu, dengan tiba-tiba. “Awak buat apa kat sini sorang-sorang? Malam pula tu?” tanya Maalik sambil kepalanya meninjau-nijau keadaan di dalam bilik. Tadinya, dia baru sahaja selesai menikmati makan malam di restoran hotel itu dan terserempak dengan Chrisytal di lobi. Dia melihat wajah wanita itu sepertinya sedang risau dan tergesa-gesa, lantas dia mengambil keputusan untuk mengekorinya dari belakang.

“Tak buat apa-apalah. Suraya call tadi suruh ke sini. Eh jemputlah masuk.” Chrisytal membuka pintu bilik itu dengan luas dan memberikan ruang untuk lelaki itu melangkah masuk. Dia memerhati pakaian yang dikenakan oleh lelaki itu. “Hmm, smart as always.” dia memberikan penilaian dengan kepalanya diangguk-angguk sendiri. “Suraya call awak? Kenapa?” tanya Maalik yang sudah berdiri di hadapan katil bilik itu. Dia bertanya kerana berasa pelik melihat kelibat Suraya yang tiada di situ. Belum sempat Chrisytal menjawab, bunyi ketukan sekali lagi kedengaran di pintu.

“Assalamualaikum, kami dari Jabatan Agama Islam. Kami telah menerima aduan ada pasangan yang belum sah berkahwin, tinggal bersama.” sekumpulan lelaki yang lengkap berkopiah muncul di hadapan pintu. Pucat lesi, muka Chrisytal ketika itu. Air liur terasa seperti pasir, sukar ditelan. “Boleh kami masuk ke dalam?” ucap seorang pegawai JAIS itu lagi. Dia menolak perlahan pintu itu dan mengarahkan anggotanya untuk mengeledah di dalam bilik.

“Tuan, ada seorang lelaki di dalam.” laung seorang pegawai JAIS itu, mungkin melihat Maalik yang dari tadi mendiamkan diri di dalam bilik. “Awak berdua ke mari.” perlahan-lahan Chrisytal melangkah dengan hati menahan tangis, tidak menyangka dirinya akan tertangkap basah seperti itu. Sungguh memalukan. “Tuan, saya orang boleh jelaskan. Kita orang tak buat apa-apa pun, sumpah.” Maalik cuba menjelaskan situasi yang sebenar kepada anggota itu. Namun, usahanya tampak sia-sia apabila pegawai itu meminta bukti.

“Awak berdua buat apa dalam bilik ni? Awak berdua ada hubungan? Dah kahwin?” bertubi-tubi soalan yang ditanyakan kepada mereka. Chrisytal menggelengkan kepala dengan laju sambil air matanya mulai keluar. Dia sudah membayangkan wajah mamanya yang pastinya kecewa dan malu dengan berita itu. “Tuan, kita orang kena fitnah ni. Kita orang tak buat apa-apa pun.” dia cuba membela diri sambil menyekat air mata dengan kasar. “Tuan tolonglah, kita orang kena perangkap tuan.” jelasnya lagi.

“Takpa cik. Semua tu kita boleh bincang di pejabat sana. Awak berdua ikut kami, ya.” ucap pegawai itu lagi sambil mengarahkan mereka keluar dari situ. Chrisytal sempat menoleh ke arah Maalik dan melihat wajah dingin lelaki itu. Rasa bersalah mulai menguasai dirinya. “Kalau aku tak ke sini tadi, semua ni takkan terjadi.” marahnya kepada diri sendiri. Merasa bodoh akibat terlalu mempercayai helah Suraya. Kini dia sendiri tidak tahu ingin meminta pertolongan daripada siapa.

Tanpa dia sedari, sepasang mata sudah lama memerhati mereka dari jauh. “Bodoh!” marahnya sambil merenung isi pesanan melalui telefon pintarnya. Semua rancangannya malam itu hancur disebabkan lelaki yang ditangkap bersama wanita itu. Dia langsung bergerak untuk beredar dari situ sebelum keberadaanya diketahui. “Kau gagal.” marah suara itu kepada teman subahatnya sambil tangan menumbuk kuat stereng kereta miliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience