Gila

Romance Series 32056

"Asalamualaikum Tijah. Maaf lah aku datang lambat sikit. Nak tunggu bebudak ni siap memang lamalah." Tok Mek bersalaman dengan seorang wanita tua yang menyambut mereka di depan pintu. "Takpelah, aku faham. Lagipun kenduri kecil-kecil ja. Eh jemputlah masuk." dia mengajak mereka untuk masuk.

"Jah, kenalkan ini cucu menantu aku. Namanya Chrisytal Anne. Panggil Anne ja." Tok Mek mulai memperkenalkan dia di hadapan kawan-kawannya yang lain. Chrisytal pula tunduk untuk bersalaman dengan mereka.

"Cantiknya kamu. Bertuah cucu kau Mek." usik Nek Tijah, disambut dengan anggukan yang lainnya. Chrisytal pula menunduk malu apabila diperhatikan seperti itu. "Eh marilah duduk. Minum dulu." sambung Nek Tijah lalu menjemput mereka untuk duduk. Maalik dan Maanif pula sudah hilang bersama Haji Saiful untuk membantu kaum lelaki mengangkat kerusi dan menyiapkan juadah.

Selesai memotong bawang, dia dan Sofea beralih ke belakang rumah untuk membantu mengangkat pinggan dan kuali yang kotor. Chrisytal yang risau dengan keadaan Sofea yang sedang sarat, mengarahkan dia untuk duduk sahaja. "Pia, awak rehat jelah. Biar saya yang angkat semua ni." dia menghalang.

"Eh, i am okay lah. Saya kasihan tengok awak angkat benda ni sorang-sorang. Meh saya tolong." Sofea berdiri dan berura untuk mengangkat baldi yang berisi dengan cawan-cawan kosong. "Nope. Awak duduk je, biar saya buat." Chrisytal menarik semula baldi di tangannya lalu mengarahkan Sofea untuk ke hadapan.

Setelah memastikan Sofea betul-betul bergerak ke hadapan, dia mulai mengangkat satu persatu kuali dan pinggan mangkuk untuk dibersihkan. Pergerakannya menjadi sedikit lambat akibat dia mengenakan kain.

"Assalamualaikum. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Reza tiba-tiba muncul dari arah belakang dan menyapanya. Chrisytal berpaling dan melihat lelaki itu sudah berdiri tegak sambil memantikan jawapannya. "Waalaikumsalam. Eh Reza, sejak bila awak berdiri kat situ? Maaflah saya tak perasan." jawab Chrisytal sambil tangannya masih sibuk membersihkan pinggan.

"Baru saja. Ada apa-apa yang boleh saya tolong?" nampaknya lelaki itu memang benar-benar mahu membantunya. Takpalah, dapat juga meringankan sikit kerjanya. "Er, tolong saya angkatkan baldi tu, letak kat situ boleh?" Chrisytal memberikan arah. Laju sahaja tangan lelaki itu membantunya.

"Sayangg? Buat apa tu?" suara Maalik mengejutkannya. Nasib baik tak terlepas cawan di tangannya. "Dah habis ke buat kerja? Abang rindulah." sambung Maalik lagi. Sengaja dia mahu menyakat isterinya memandang dia sedar Reza turut berada di situ. Hatinya panas melihat lelaki itu dengan berani mendekati isterinya tadi. Mau sahaja dia menjerit di telinga Reza bahawa Chrisytal itu miliknya.

Mendengarkan ucapan yang tiba-tiba dari sang suami menyebabkan bulu romanya berdiri. Gila, nasib baik tak banyak orang kat situ. Kalau tak macam mana dia mahu menahan malu dengan perangai selamba suaminya itu. "Maalik? Stop it." Chrisytal menjeling suaminya tajam. Dia risau jika Reza tidak selesa dengan keadaan itu.

"Sayang, tadi nenek cari sayang kat depan. Jomlah, kasian nenek tunggu awak dari tadi." bijak dia mencari alasan. "Reza, kau boleh tolong sambung kerja wife aku kan? Lagipun Tok cari dia kat depan, sorry eh." sambung Maalik lalu mencapai tangan isterinya untuk bergerak ke halaman rumah.

Reza pula hanya mengganguk setuju. Hatinya sedikit kecewa apabila hasratnya untuk menemani si gadis cantik itu tidak kesampaian. Entah mengapa, sejak pertama kali dia berjumpa dengan Chrisytal, wajah itu selalu bermain di fikirannya. Wajah yang lembut dan selalu menarik perhatian untuk melihatnya tersenyum.

"Awak. Tak baiklah tinggalkan Reza buat kerja tu sorang-sorang. Banyak tau pinggan mangkuk tu semua." Chrisytal jatuh kasihan pula dengan Reza yang terpaksa menyudahkan tugasannya. Sudahlah suaminya itu main tarik je tangannya tadi, haih.

"Sit here. Jangan nak ke mana-mana. Sofea kau tolong tengokkan my wife, jangan bagi dia merayap ke mana-mana okay." Maalik megarahkan dia untuk duduk di sebelah Sofea yang sedang santai duduk di bawah khemah di depan rumah. Sofea mengganguk sambil tersenyum melihat wajah cemberut Chrisytal.

"Dia tu memang gila eh?" spontan pertanyaan itu keluar dari mulut Chrisytal. Sofea yang disebelahnya pula sudah tergelak besar. "Suami awak tu." Sofea menjawab dengan sisa ketawanya. Pening dia melihat kerenah dua laki bini itu. Nasib baiklah dia dengan Maanif tak macam tu, hish Sofea menggelengkan kepala.

"Ehem... Test mic, test mic." suara itu menarik perhatian Chrisytal untuk menoleh. Dia melihat Maalik sudah duduk di hadapan sebuah mikrofon sambil memegang gitar di tangan. Lelaki itu pula sempat mengenyitkan mata sambil memandangnya penuh makna. Chrisytal yang bingung hanya terdiam kaku, tidak tahu mengapa hatinya tiba-tiba berdebar dan terpukau dengan renungan dalam yang diberikan suami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience