Lari

Romance Series 32685

"Aku petang ni ada tournement hoki lah, kau temankan aku boleh? At least kau bagilah aku semangat." Laura memujuk Chrisytal untuk menemaninya kerana petang itu, satu pertandingan hoki antara sekolah-sekolah akan diadakan. "Saya malaslah. Lagipun petang ni saya nak prepare untuk pembentangan esok." tolak Chrisytal lembut, tidak mahu menyakiti hati Laura. "Alah, malam ni aku tolong kau. Please temankan aku." pujuk Laura lagi. Chrisytal seperti tidak sanggup melihat kawannya itu bersedih lalu bersetuju dengan ajakan itu. "Betul eh? Awak dah janji nak tolong saya malam ni." Chrisytal inginkan kepastian. Laura hanya mengganguk senang.

Suasana di padang hoki ketika itu, agak ramai dengan kehadiran pasukan hoki dari sekolah-sekolah lain. Mereka sudah memenuhi tempat duduk di tepi padang dan Chrisytal terpaksa mencari tempat duduk kerana dia tidak mahu berdiri di tengah cuaca yang panas seperti itu. Hitam juga kulitnya yang sudah putih itu nanti.

"Gooo, Lauraaaa!! Rampas bola tu" jerit Chrisytal memberikan sokongan padu kepada sahabatnya yang sedang berlari membawa bola. Seketika, dia merasakan ramai mata yang memandang ke arahnya. "So sorry, hehe. Thats my friend." tunjuk Chrisytal tersipu sipu malu setelah sedar dengan kelakuannya. "Aduh, malunya. Tapi salah ke aku teriak tadi?" fikirnya bingung. "Salahlah bengong. Cuba kau tengok kau duduk dekat tempat mana sekarang." bisik hatinya lagi. Chrisytal langsung tersedar bahawa dia kini sedang duduk di kawasan khas penyokong pihak lawan. "Patutlah diorang semacam je." sebutnya perlahan sambil duduk di tempatnya kembali sambil mengunyah gorengan. Santuy.

Semasa pasukan sekolah sedang berehat, dia berlari pantas menuju ke arah Laura untuk memberikan kata semangat di tepi padang. Belum sempat dia menegur kawanya itu, satu suara yang sedang memberikan arahan mengeluarkan intonasi marah. "Cikgu dah cakapkan, tengok position bola. Defender, masa lawan tengah puck, awak kena bijak cari ruang pintas. Faham!?" marah suara itu. "Faham, cikgu." balas yang lainnya sambil bergerak semula masuk ke dalam gelanggang. Nampaknya usaha dia turun ke tepi padang sia-sia, kerana dia tidak sempat untuk memberikan semangat kepada Laura.

Belum sempat dia berpaling, suara tadi menegurnya. "Nak ke mana tu?" tanyanya, siapa lagi kalau bukan coach Maalik Miguel. "I am dead." bisik Chrisytal perlahan. Dia cukup menyesal dengan keputusan untuk ke situ, lebih baik dia duduk diam makan gorengan di tepi padang. "Er, nak ke tempat duduk cikgu." balas Chrisytal tidak mahu terlihat kurang ajar. "Oh, duduklah situ. Ada kosong." cikgu Maalik menunjukan bangku kosong di sebelahnya. "Gile, bangku simpanan kot." fikirnya di dalam hati. "Eh, takpa cikgu. Lagipun saya nak ke toilet. Bye." Chrisytal menolak sopan sambil menunduk dan terus cabut dari situ. "Lariii." Dia berlari sekuat tenaga dan tidak mahu mengambil kisah dengan pandangan orang melihatnya. "Lantaklah, yang penting aku selamat." hatinya berbicara.

Dia kembali duduk di tempat asalnya di tepi padang dan tiba-tiba tempat kosong di sebelahnya diduduki seseorang. "Hai, cikgu duduk sini boleh." Cikgu Suraya duduk di tepi Chrisytal. "Dah duduk baru nak tanya." balas Chrisytal tapi cuma di dalam hati. Dia hanya tersenyum mengganguk untuk menghormati cikgu Suraya. "Panas betul hari ni kan. Nak minum tak?" tanya cikgu Suraya lalu menawarkan sebotol minuman sejuk. "Tak pa, saya dah ada." Chrisytal menolak perlahan, pelik melihat sikap cikgu Suraya yang semacam ada udang di sebalik batu.

Chrisytal melihat lama gambar yang terpampang di skrin kunci telefon milik cikgu Suraya. Ya, gambar percutian dia bersama cikgu Maalik di Bali tahun lepas. "Oh, you macam tertarik je tengok ni?" ujar cikgu Suraya menunjukan gambar itu dengan lebih jelas. "Ni gambar tahun lepas, kita orang travel sama. Seronok macam tak nak pulang Malaysia." ceritanya teruja tanpa disuruh oleh Chrisytal. "Dahtu, kenapa balik juga?" balas Chrisytal tapi hanya mampu di dalam hati. "Tahun ni mungkin nak ke tempat lain pula." sambungnya lagi.

"Aa, cikgu saya minta diri dulu ye. Nak ke asrama, badan saya macam dah bau busuk dah ni. Takut nanti banyak pulak lalat menempel, geli." pamitnya perlahan pergi dari situ, menyampah dengan drama cikgu Suraya itu. Dia tidak tahu mengapa cikgu Suraya tidak pernah suka dengannya. Lebih baik dia meminta diri daripada telinganya berat mendengar cerita yang kurang menarik untuk didengari itu. "Dia ingat aku jealous ke apa dia buat macam tu. Hak tuikklah." marah Chrisytal di dalam perjalanan pulangnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience