Percutian

Romance Series 32088

10 tahun kemudian

"Ann, congratulationss! we did it!" jerit Laura gembira sambil memeluk sahabatnya itu. Ya, takdir menemukan mereka kembali apabila terpilih untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan di Institusi Pendidikan Guru Kampus Darul Aman, Kedah sebaik sahaja mereka tamat tingkatan 5. "Wei, i am so proud of you, cikgu Laura." Chrisytal membalas pelukan itu dengan kemas. Hatinya sebak bercampur gembira kerana satu daripada impiannya terkabul. "Lets take a photo." Laura mahu mengabadikan saat itu sebagai sebuah kenangan dalam kehidupan mereka sebelum menempuh kehidupan yang lebih luas di luar sana.

"Babe, aku ada idea baik punya kau pun mesti setuju." ujar Laura secara tiba-tiba. "Apa kata, sementara tunggu posting kita travel dulu nak? Alah relax santai dulu kan, amacam?" sambungnya lagi untuk meminta pendapat Chrisytal sambil mengangkat sebelah keningnya. "Hmm? Such a good idea, tapi kita travel dalam Malaysia saja okay? Aku belum cukup duitlah nak travel jauh." Chrisytal bersetuju dengan idea Laura itu. Dia juga mahu menikmati masanya dahulu sebelum mulai sibuk dengan kerjaya barunya. "Nicee. Okay, aku dah tau kita akan ke mana he...he..." Laura tersenyum lebar, tidak sabar untuk menikmati masa cutinya.

"Oi, kau kat mana? Aku dah sampai ni dekat depan rumah kau." telefon Laura memberitahu bahawa dia sudah menunggu Chrisytal di dalam kereta. Hari ini, mereka akan pergi bercuti di suatu tempat yang sudah dipilih bersama. "Okay, okay wait." suara Chrisytal di dalam talian. Dia sebenarnya sudah bersiap awal, namun pagi ini perutnya tiba-tiba meragam, akibatnya dia terlambat untuk mandi. "Sorry, sorry." ucapnya sambil menutup pintu kereta milik Laura. "Its okay, aku boleh tunggu. Barang semua dah settle?" Laura tidak mengambil hati dengan kelewatan sahabatnya itu. "Dah! lets the journey begin, yuhuuu." jerit Chrisytal tidak sabar.

Selepas menempuhi perjalanan lebih kurang 4 jam dari Kedah ke Terengganu, mereka akhirnya sampai di tempat penginapan, selama 3 hari mereka di situ. "Selesanya chalet ni, even kecil tapi very comfy. Mujur ada lagi bilik kosong." Laura terpegun melihat kawasan di sekitar Chalet Su yang bersih dan nyaman itu. Selesai mendaftar mereka akhirnya bergerak ke bilik untuk berehat setelah menempuhi perjalanan yang jauh. "Arghh, finally. Tilamku." Laura sudah menghempaskan dirinya ke tilam yang disediakan di bilik itu. "Wei, mandi lah dulu baru rehat. Kotorlah." tegur Chrisytal sambil menggelengkan kepala melihat kelakuan sahabatnya itu. "Hmm, aku penatlah. Kau mandilah dulu, lepastu baru kau kejutkan aku okay?" suara Laura semakin hilang di sebalik bantalnya. Chrisytal tidak mahu memaksa lalu beredar ke bilik mandi kerana badannya sudah melekit tidak selesa.

Sebaik sahaja selesai mandi, Chrisytal mengenakan off shoulder dress yang berwarna putih panjang separas buku lali. Dia mengambil keputusan untuk bersiar-siar di sekitar pantai sendirian kerana tidak mahu mengejutkan Laura yang sudah lena dibuai mimpi. Kaca mata hitam disarung, melengkapkan lagi penampilannya sebelum perlahan-lahan menujunke arah pantai.

Tenang, itulah yang dirasakannya saat ini. Suasana di situ sunyi dan tempatnya agak jauh dari hiruk pikuk kota. Matanya dipejam lalu tangannya didepakan luas untuk menikmati seketika kebesaran Tuhan itu. Bunyi ombak yang menghempas pantai dengan angin yang menyapa dirinya lembut, sungguh membuaikan perasaannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience