Invitation

Romance Series 32088

"Finally, jom dear." Maanif mengajak isterinya, Sofia untuk turun dari bot setelah mereka mendarat di pantai. "Wait." ucap Sofia, menahan mereka untuk melangkah pergi dari situ. "You both free tak malam ni? Actually tonight kita orang ada buat makan-makan sikit sempena our anniversary. Jemputlah datang eh." ajaknya ikhlas dengan harapan mereka tidak akan menolak, kerana sudah selesa berkenalan dengan dua gadis yang peramah itu. "Kita oo..." belum sempat Chrisytal menolak ajakan itu, Laura sudah memotong percakapannya. "Kita orang okay, kita orang free." potongnya laju sambil tersengeh-sengeh melihat pandangan mata sahabatnya. Maalik hanya menahan senyum dari jauh. "Okay mantap. See you guys tonight, bye." lambai Maanif sebelum meninggalkan mereka berdua di situ. "Why babe? kenapa awak tak tolak." marah Chrisytal perlahan. "Relaks la kau ni pun. She is inviting for good takkan nak tolak, kejamnya. Dahlah jom balik." Laura memberikan alasan kepada sahabatnya lalu mengajak mereka pulang ke chalet untuk membersihkan diri.

Malam itu, mereka menghadiri pesta sempena ulang tahun perkhawinan Maanif dan Sofia yang diadakan di tepi pantai berdekatan dengan chalet mereka. Chrisytal mengenakan dress panjang sedikit terbuka di bahagian belakang, berwarna putih yang mendedahkan kulit putih miliknya. Laura pula hanya santai mengenakan jeans dan hoodie kesukaannya. "Wahh, cantiknya." pujian keluar dari mulut Chrisytal setelah melihat meja makan yang sudah dihiasi dengan tirai putih layaknya suasana malam di Bali. "Hei, thank you for coming. I ingatkan you both tak jadi datang." tegur Sofia yang menyedari kehadiran mereka di situ. "Of course kita orang datang. By the way congratulations to you and Maanif." jawab Chrisytal membalas pelukan Sofia. "Aww, thank you. Dah jum duduk." ajaknya sambil membawa mereka ke tempat yang sudah disediakan.

"Please have a sit. Tunggu dulu ye sementara dia orang prepare the foods." Sofia meninggalkan mereka untuk melihat makanan yang sedang disiapkan. "Damn babe. Tengok tuuu." Laura memuncungkan mulutnya sambil menunjukkan ke suatu arah. Chrisytal menoleh dan matanya terus terpaku melihat figura lelaki yang mengenakan kemeja putih, berlengan panjang yang butangnya sengaja dibuka sehingga menampakkan dadanya yang tegap sedang membakar daging untuk jamuan malam itu. Sungguh menarik dirinya untuk terus menatap wajah yang kelihatan serius ketika itu. *PAP* bunyi tepukan di sebelah, menyedarkan dirinya yang dari tadi leka menatap lelaki itu.

"Gila, terkejut saya." marah Chrisytal melihat Laura di sebelahnya yang ketawa puas setelah berjaya mengenakannya. "Terpesona ke?" Laura mengangkat sebelah kening, maaih mahu mengenakan sahabatnya itu. "Dahlah, daripada saya layan awak ni, better saya ambil angin pantai sekejap." Chrisytal berdiri untuk menyelamatkan dirinya daripada terus diusik oleh sahabatnya itu. "Ha, jangan jauh-jauh sangat. Nanti orang culik kau, aku juga susah." Laura masih mahu mengusik Chrisytal yang tidak pernah mengambil hati dengan usikannya. Dia hanya memerhati langkah sahabatnya itu pergi, sebelum kembali fokus bermain mobile legends di handphonenya.

Angin malam yang menyapa lembut badannya sungguh mendamaikan fikirannya ketika itu. Hatinya tiba-tiba rindu kepada mamanya yang berada di Sarawak bersama-sama adiknya yang masih bersekolah. Hampir setahun dia tidak dapat pulang kerana terlalu sibuk dengan projek dan pratikal di akhir semester sebelum dia bakal bergelar seorang guru. Nafasnya dihela dengan berat dan dia duduk sambil merenung ke arah lautan yang terbentang luas di hadapannya. Langit cerah dihiasi bintang-bintang yang tidak malu untuk menunjukkan diri kepadanya dan seisi alam. Betapa saat itu dia terdiam dan mengagumi kebesaran Tuhan yang tidak ada kekurangan apa pun. Dia memeluk tubuh, mulai merasakan kedinginan dari angin laut yang menyapa kencang.

Badannya tiba-tiba ditutupi dengan jaket dari arah belakang. "You shouldn't be here alone, bahaya." suara Maalik menyapanya sebelum mulai mengambil tempat duduk di sebelahnya. Chrisytal hanya tersenyum dan membetulkan jaket yang berada di tubuhnya saat itu. "Thanks." ucapnya pendek. "Awak buat apa sorang-sorang sini, jauh pulak tu." mujur sahaja dia mengekori langkah Chrisytal sedari tadi asyik dengan dunianya sendiri. "Hm, saya okay lagipun saya dah biasa." balasnya pendek lalu membalas pandangan lelaki itu, lama. Akhirnya dia mengalah dan membuang pandangan ke arah pantai dengan debaran di hati. Bunyi ombak yang menghempas pantai menjadi pengisi ruangan kosong di antara mereka. Masing-masing terdiam, tidak tahu mahu bermula dari mana.

Layakkah cinta diberi peluang kedua?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience