Permulaan

Romance Series 32056

Pagi itu, chrisytal sudah bersiap-siap lebih awal untuk ke sekolah barunya. Dia mengenakan sepasang baju kurung moden berwarna merah jambu dan rambutnya yang panjang melepasi bahu dibiarkan lepas. Tidak telalu mahu mengenakan rias wajah yang tebal, cukup sekadar menggunakan lip gloss, mascara dan sedikit blush on pipi yang menaikkan lagi seri wajahnya. Selesai melaporkan diri di pejabat sekolah, akhirnya dia resmi menjadi sebahagian daripada sekolah barunya itu. “Selamat datang dan semoga awak dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik.” ucap pengetua sekolah itu. “Thank you, sir. Saya akan buat yang terbaik.” janjinya sebelum keluar dari bilik itu untuk memulakan tugasannya sebagai seorang guru.

“Hai, orang baru ka?” tegur seorang guru di situ, semasa dia sedang duduk sambil menyemak jadual mengajarnya. “Ye saya, nama saya Chrisytal Anne.” balasnya sopan. “Oh, saya Fatimah, cikgu Seni kat sini. Salam kenal ya.” sambutnya mesra, tidak kekok dan Chrisytal selesai berbual dengannya. “Ni, mung ada kerja dok sekarang? Kalau dok, marilah ikut saya ke pagar, kita sambut budak-budak pagi ni.” Fatimah mengajak dia untuk menjaga budak-budak di pagar. “Ha, kebetulan pulak pagi ni saya takda kelas, bolehlah ikut awak jom.” mereka bergerak menuju ke pagar sekolah sambil Fatimah meneceritakan serba sedikit keadaan di sekolah itu.

“Mung jangan lembut sangat dengan budak-budak sini, diorang kalau dah diberi muka, hmm nakal do’oh lalu.” pesan Fatimah kepadanya dengan dialek Terengganu pekatnya. Chrisytal tersenyum mengganguk. Dia dan Fatimah hanya berdiri di depan pagar masuk sambil memerhati budak-budak yang hadir pagi itu. Ada yang berlari-lari bersama rakan, ada yang masih dihantarkan oleh ibu bapa dan tidak lupa masih ada yang menangis-nangis tidak mahu turun dari dalam kereta. “Haih, macam-macam.” Fatimah menggelengkan kepala sambil bergerak ke arah kereta tersebut untuk membantu memujuk budak yang menangis itu.

“Selamat pagi cikgu.” tegur satu-satu budak yang melimpasinya sambil dia membalasnya dengan senyuman, senang melihat telatah mereka. Dari jauh, dia melihat seorang lelaki segak yang mengenakan kemeja bewarna biru lembut sedang bergandingan tangan bersama seorang budak perempuan, menuju ke pagar sekolah. “Alamak, takkan lah.” hatinya berdebaran kencang, berharapan bahawa matanya tersilap orang. “Sayang, daddy kerja dulu ye. Study smart and don’t be naughty.” pesan lelaki itu sambil mengusap kepala anaknya, satu ciuman diberikan di kepala itu. “Bye daddy.” jawab si anak sambil melambaikan tangan, masuk ke dalam sekolah. Chrisytal hanya menundukkan pandangan tidak mahu lelakiyang berada di hadapannya itu perasan dengan kehadiran dia di situ.

“Cikgu Chrisytal, mung mari sini dulu.” suara Fatimah jelas memanggil namanya, untuk mengajak dia ke kereta tadi. “Aduh.” dia terkejut dengan panggilan Fatimah yang sekaligus menyebabkan lelaki di hadapannya tadi berpusing ke arahnya. “Chrisytal?” lelaki itu juga terkejut melihat dia di situ. “Er, hai he…he… Sa, saya ke sana dulu.” dia lantas melarikan diri daripada lelaki itu, sebelum sempat dia bertanya lebih lanjut. Jantungnya berdegup laju, tidak menyangka dengan pertemuan mereka di situ. Dalam banyak-banyak sekolah di negeri itu, kenapa di situ juga dia menghantar anaknya itu untuk menuntut ilmu, haih. “Ish, bukan sekolah kau pun, biarlah dia.” satu suara dari dalam hatinya berkata.

“Ha, apa dia cikgu?” sebaik sahaja dia sampai di tempat Fatimah memanggilnya tadi. “Mung tolong aku, penat dah aku pujuk dia ni. Tak mau lepas.” Fatimah memintanya untuk memujuk anak lelaki yang tidak mahu turun dari kereta tadi. Di situ, Chrisytal menggunakan kebijaksanaannya untuk memujuk dan menarik perhatian budak itu untuk turun. Lama-kelamaan, dia akhirnya mengalah dan mahu turun setelah puas Chrisytal mencuba mengambil hatinya. “Hebat mung ni, hebat.” tumbs up diberikan oleh Fatimah kepadanya. Dia tersenyum dan menoleh ke belakang dan melihat lelaki tadi sudah pun tiada di situ, hatinya lega. Bunyi loceng menandakan sesi persekolahan bakal dimulakan.

Jangan lupa komen and rate ye, Thank you

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience