Sekali lagi

Romance Series 32056

"How have you been?" akhirnya suara Maalik memecahkan suasana sepi di antara mereka. Dia ingin tahu apa yang terjadi kepada Chrisytal setelah dia berpindah dari sekolah itu. "Good, im good and everything goes very well. I am a teacher to be." balasnya sambil tersenyum kecil, sedikit bangga dengan pencapaian yang sudah dikecapinya sampai hari ini. "Congratulations. Dah tau nak posting di mana?" Maalik memandangnya lama. "Not sure lagi. Maybe next week baru tau." katanya sambil membetulakan jaket yang membaluti tubuhnya. Angin mulai kencang menandakan malam semakin larut dan tubuhnya sedikit mengigil kesejukan. "Jom balik, awak dah sejuk tu." Maalik bangkit lalu menghulurkan tangannya untuk membantu Chrisytal berdiri.

Mereka berjalan perlahan menyusuri pantai untuk sampai ke tempat pesta. "Where is Aisy? Dia datang dengan awak tak tadi?" tanyanya kepada Maalik yang berjalan sambil menyeluk siku di sampingnya. Mereka sudah seperti sepasang kekasih dengan nada baju yang sama dari jauh. "Ada, dia ada dengan saya. Minggu depan dah start sekolah sebab tu ajak dia ke sini jalan-jalan." balasnya. Chrisytal hanya mengganguk laju tidak tahu untuk berbicara apa lagi kerana dia takut jika menyentuh tentang kehidupan peribadi lelaki itu. Dia tidak pasti dimana isteri kepada lelaki tersebut, kerana dia tahu itu bukanlah sesuatu yang sopan untuk ditanyakan.

"Lama kau berjalan, sikit lagi aku nak call polis kau tau." Laura sedikit risau apabila sahabatnya itu menghilang dengan sangat lama. "Relakslah, saya ambil angin je tadi, lagipun tak jauh sangat." jelasnya tidak mahu Laura marah lagi kepadanya lalu mengambil tempat duduk sebelum acara dimulakan. "Thank you for coming guys and lets the party beginnn." Maanif mengangkat cawannya sebagai tanda terima kasih kepada tetamu yang datang dan disambut dengan tepukan yang gemuruh. Acara malam itu berjalan dengan sangat meriah dengan pertunjukan bunga api yang menghiasi ruang udara.

"Babe? saya ke toilet dulu." bisik Chrisytal kepada Laura yang sudah terpaku sambil sibuk menangkap gambar pertunjukan bunga api yang disajikan. Chrisytal berlalu ke tandas yang berada agak jauh dari tempat itu. "What a coincidence. I'm quite surprise to see you here." satu suara menegurnya dengan tiba-tiba setelah dia keluar dari tandas. Dia berpaling dan melihat ke arah suara tadi dan "Cikgu Suraya?" dia tekejut melihat perempuan yang menegurnya itu. "You masih hidup rupanya. Ingatkan dah lenyap terus dari muka bumi ni. What are you doing here?" tanyanya kasar sambil memandang Chrisytal dari atas ke bawah.

"Same question. What are you doing here?" balasnya tidak mahu kalah lagi dengan perempuan bertanduk seperti Suraya itu. Tiada lagi panggilan hormat kepadanya yang dahulu sanggup mengugutnya demi kepentingan sendiri. "I am here as Maalik's girlfriend." jawabnya bangga sambil meniup sombong kukunya. "Oh, i see, but i wonder if cikgu Maalik pun bangga mengaku yang kau ni girlfriend dia." tunjuk Chrisytal dari atas ke bawah badan Suraya. Sudahlah pakaian seperti orang miskin, sendat dan singkat. "Berani kau kan sekarang?! Takpa just wait aku akan buktikan." balasnya berlalu pergi sambil mengibas rambutnya yang kemerahan di muka Chrisytal.

Chrisytal kembali semula ke meja makan dengan hati yang geram setelah berjumpa dengan perempuan bertanduk tadi. Dalam banyak-banyak negeri di Malaysia kenapa di Terengganu juga mereka berjumpa, ish geram marah hati kecilnya. "Babe, aku tadi jumpa cik..." belum sempat dia menghabiskan ayat, Chrisytal terus menyampuk. "I know. Terserempak tadi di toilet." sudah dapat mengagak berita yang bakal disampaikan kepadanya. "Look at her eww, macam cacing tak cukup bulan je aku tengok." tunjuk Laura kepada Suraya yang sedang menempel si sebelah Maalik sambil tersenyum manja. Matanya sempat menjeling ke arah Chrisytal yang berpura-pura sibuk menikmati makanan walaupun seleranya sudah terbantut.

"Mama." panggil Aisy yang tiba-tiba datang memeluknya. "Hai sayang, cantiknya." balasnya sambil memangku Aisy yang kelihatan comel mengenakan gaun pendek berwarna pink. "Aisy dah makan?" tanyanya lagi melihat Aisy yang sepertinya mulai mengantuk. "Are you sleepy?" dibalas dengan anggukan kecil Aisy yang menggosok matanya tanda mengantuk. Tidak lama selepas itu, Aisy pun terlena di dalam pangkuan Chrisytal yang masih duduk di meja tadi. "Hai, sorry susahkan awak. Saya sibuk tadi tak perasan pula Aisy dah tidur." Maalik datang setelah melihat Aisy yang pulas di dalam pelukan Chrisytal. "Mana nak perasan kalau ada perempuan cantik kat sebelah." ucapnya sangat perlahan tidak mahu Maalik terasa hati.

"Sorry? Apa dia?" betul tekaannya apabila Maalik kurang menangkap isi percakapan itu tadi. "Aa, ni nah ambil Aisy ni, sebab kita orang pun nak balik dah." tutupnya bijak sambil meminta pembelaan dari Laura yang dari tadi membelek gambar di dalam handphonenya. "Aa ya ya, betul." Laura mengganguk laju mengiyakan Chrisytal. "Nak balik? Tapi belum habis lagi." ucap Maalik seperti tidak mahu mereka pulang lebih awal namun Chrisytal cepat-cepat menarik tangan Laura untuk berdiri dan berlalu pergi. "Its okay, we got to go." Chrisytal melihat Suraya sudah berura-ura ke arah mereka. Lebih baik dia lari daripada berhadapan dengan mahkluk psiko seperti itu, lama-lama otaknya pun gila.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience