Cita rasa

Romance Series 32056

Terhibur. Itulah yang dirasakan oleh Chrisytal sepanjang mereka menonton tayangan di bioskop tadi. Filem Angry Bird yang dipilih oleh Aisy memang sungguh menghiburkan sehingga dia beberapa kali terlepas ketawa. “You seem so enjoying the movie.” ucap Maalik kepadanya semasa mereka sedang dalam perjalanan untuk pulang ke rumah. Chrisytal terpaksa bersetuju untuk dihantar pulang oleh lelaki itu, yang risau jika dia pulang dengan menaiki Grab pada waktu malam. Dia juga kasihan melihat Farish yang sudah terlelap, mungkin kerana terlalu letih bermain sepanjang hari itu.

“Yes I do. Saya suka tengok kartun sebab dia orang nampak comel sangat.” terang Chrisytal dengan teruja kerana sudah lama dia tidak menonton wayang setelah Laura tinggal berjauhan dengannya. Kalau tidak, pasti setiap minggu mereka akan keluar dan menonton bersama-sama. “Patutlah.” Maalik mengganguk dan teringat bagaimana suara wanita itu ketawa tadi. Sungguh kelakuan itu nampak comel di matanya, kerana dia belum pernah berjumpa dengan wanita yang mudah terhibur seperti itu.

“Cikgu mengajar dekat mana sekarang?” giliran dia bertanya kepada lelaki itu, untuk membuang sedikit rasa canggung antara mereka. “Mengajar kat sekolah menengah dekat dengan sekolah awak juga. Sebab tu saya ada masa nak hantar dan ambil Aisy balik sekolah setiap hari. Tapi tak sangka pula awak mengajar di situ.” Maalik mencuri pandang, melihat ke arah wanita yang berpeluk tubuh di sampingnya itu. Penyejuk udara dikecilkan dan dia mengambil jaket miliknya lalu dihulurkan kepada Chrisytal yang nampaknya seperti kedinginan.

“Use this.” tanpa ragu, Chrisytal menyambut huluran jaket itu dan meyelimuti tubuhnya yang mulai bergetar kedinginan. Hidungnya terus menangkap bau wangian yang dipakai oleh lelaki itu di jaket tersebut. Cita rasa lelaki itu memang tidak pernah berubah dan dia masih ingat dengan aroma Hugo Boss yang sering menyapa hidungnya dulu. “Kenapa cikgu pindah ke Semenanjung?” tanyanya ingin tau, walaupun Laura sudah menceritakan tentang perpindahan bekas gurunya itu. “And you? Kenapa pindah sekolah?” soalan dibalas dengan soalan. Akhirnya dia memilih untuk mendiamkan diri dan melihat ke luar tingkap yang semakin gelap. Fikirannya terus melayang, mengingati kejadian pahit yang membuatnya trauma sehingga dia terpaksa memilih untuk berpindah sekolah.

Perbualan mereka terhenti di situ dan suasana hening seketika, sebelum Maalik berterima kasih kepadanya. “Thank you sebab sudi spending time dengan Aisy. Dia happy sangat dapat jumpa dengan awak, apalagi Farish.” ucapnya sambil melihat Farish dan Aisyah sudah tertidur di belakang. “Sama-sama. Lagipun saya senang kalau Aisy dapat berkawan dengan Farish.” sambil matanya merenung ke arah jalan raya yang mulai lengang dan melihat jam sudah menunjukkan angka 9.

Maalik terus memandu dengan berhati-hati, membelah jalan raya untuk segera sampai ke destinasi. Dia kasihan melihat Chrisytal yang sepertinya sudah menahan ngantuk dan berkali-kali menguap. Setelah sampai di rumah sewa Chrisytal, dia membantu mengangkat Farish yang nampaknya benar-benar sudah dibuai mimpi, kepada Kak Ros yang berdiri di hadapan pagar rumahnya. “Maaflah ye, akak susahkan kamu berdua.” Kak Ros mengambil tubuh Farish dari tangan Maalik. Dia risau jika anaknya itu nakal dan menyusahkan mereka berdua.

“Takde lah kak, tak menyusahkan pun. Aisy, anak saya pun suka berkawan dengan dia.” ucap Maalik dengan sopan supaya ibu Farish itu tidak merasa bersalah. “Oh ya, lupa pula. Nama saya Maalik bin Miguel, bekas guru Chrisytal di Sarawak dulu. Salam kenal kak.” Maalik faham dengan reaksi bingung wanita separuh umur itu, ketika melihatnya bersama Chrisytal. Kak Ros mengganguk sambil tersenyum penuh makna sambil memandang ke arah Chrisytal yang dari tadi mendiamkan diri. “Kalau macam tu, saya minta diri dulu kak. Assalamualaikum.” Maalik meminta diri dan berlalu masuk ke dalam kereta.

Chrisytal menghantar pemergian lelaki itu dengan pandangan mata sebelum dia sempat menangkap riak nakal di wajah Kak Ros yang dari tadi memandangnya. “Hm, sudahlah kak jangan nak fikir yang bukan-bukan. Anne masuk dulu ya, Assalamualaikum.” dia lantas meminta diri untuk masuk kerana badannya sudah melekit dan kepenatan.

Masuk sahaja ke dalam rumah, telefon pintarnya bergetar menandakan pesanan masuk. “Jangan tidur lambat and have a good rest. Goodnight.” ringkas pesanan itu, namun berkesan di hatinya. Bukan sahaja cita rasa yang masih sama namun perhatian kecil lelaki itu kepadanya juga tidak berubah. Senyuman kembali terbit di bibirnya.

Share this novel

Syahadah Mrizan
2021-04-02 11:31:11 

cikgu malik dah berbaik dengan bekas pelajarnya


NovelPlus Premium

The best ads free experience