Hadiah

Romance Series 32056

"Happy birthday my dear bestie. Have a blessed year and all the best for your future. I love you my sweetest friend." ucap Laura kepada Chrisytal. Dia yang baru sahaja bangun dari tidur berasa sangat terharu dengan ucapan tersebut. Hari ini merupakan ulang tahunnya yang ke-13, namun dia berasa sedikit sedih kerana tidak dapat menyambutnya bersama-sama keluarga.

"Thank you Laura, saya ingatkan awak tak tau." jawabnya ikhlas. "Eh, apa pula aku lupa. Kau kan kawan aku mestilah aku ingat. Tapi sorry eh, aku takda kek atau hadiah nak bagi kat kau." balas Laura lagi. "Takpa, saya faham. Awak ingat harini pun saya dah cukup bersyukur. Thank you tau." ucapnya. Mereka saling berpelukan pagi itu, dan berdoa semoga persahabatan mereka akan kekal sampai bila-bila.

"Happy birthday Ann." "Selamat hari jadi, Ann yang cantik." antara ucapan dari rakan-rakan sekelasnya. "Thank you everyone." balasnya senang. Dia sungguh tidak menyangka bahawa mereka akan mengingati tarikh ulang tahunnya kerana mereka baru sahaja sekelas beberapa bulan yang lalu. Masuk sahaja ke dalam kelas, Chrisytal terharu melihat beberapa bungkusan hadiah yang diletakkan dia atas mejanya. Terdapat juga beberapa keping kad yang berisi ucapan selamat ke atas dirinya. "Tengok, semua orang ada bagi kau hadiah. Aku sorang je takde apa-apa nak bagi." ucap Laura seperti ingin menangis.

"Hei, it is okay i dont mind. Saya tak harapkan apa-apa dari awaklah, you are my friend and always be." pujuk Chrisytal. "Janji eh kau tak terasa? Aku janji balik cuti ni aku belikan kau hadiah okay." tutur Laura lagi. Chrisytal hanya mengganguk sambil tersenyum ikhlas. Chrisytal memang tidak mengharapkan hadiah daripada Laura kerana dia sudah banyak membantunya sejak mereka berkawan, jadi baginya dia tidak perlu terasa hati tentang hal seremeh itu.

Chrisytal kembali merenung kesemua hadiah yang diletakkan di atas mejanya dan mulai membaca isi kad ucapan yang diberikan. Di antara hadiah-hadiah itu, terdapat satu kotak berwarna merah yang menarik perhatian nya sedari tadi. Hatinya sudah tidak sabar untuk membuka balutan hadiah itu dan mengetahui isi di dalamnya, namun hasratnya terbatal kerana cikgu Khairul sudah masuk ke dalam kelas. Dia lalu menyimpan hadiah-hadiah itu ke dalam beg.

"What is inside?" tanya Laura yang teruja untuk mengetahui isi di dalam kotak merah tersebut. Mereka baru sahaja selesai makan tengah hari dan sedang berehat-rehat di asrama. "Wait." balas Chrisytal sambil membuka hadiah tersebut. "Wow." ucap mereka serentak setelah mengetahui isi di dalam kotak tersebut. Seutas rantai yang bertuliskan "Crisytal" di dalamnya. "Damn, this is so cool. Kau tak bagitau aku pun kau ada boyfriend?" tuduh Laura semberono. "Eh, mana ada lah. I don't have a boyfriend. Saya pun tak tau ini dari siapa." balasnya membela diri. Dia sejujurnya terkejut melihat pemberian itu.

"Read the card." cakap Laura. "Happy birthday to the one who holds my attention and i wish you all the love and sweet things in this world." tulisan di kad itu yang pastinya tanpa nama. "Dari siapa babe?" tanya Laura lagi. "Saya tak tau sebab takda nama ditulis." jawabnya. "Yuhuuu, kawan aku ada secret admire lah, how cool is that." ucap Laura sambil menepuk tangan. Chrisytal hanya terdiam dan berfikir dari mana datangnya hadiah tersebut.

Walaupun dia berasa was-was, namun dia tetap menyimpan hadiah tersebut dengan baik. Semoga orang yang baik hati menghadiahkan dia tersebut akan sentiasa dalam keadaan sihat dan bahagia, amin. Doa Chrisytal di dalam hati.

Thank you for reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience