Snorkeling

Romance Series 32088

“Lauraaa! Wake up! Kita dah lambat ni, nanti tak sempat nak naik bot.” kejut Chrisytal sambil menarik selimut yang membaluti tubuh Laura yang masih bermalas-malasan atas katil. Mereka sudah merancang untuk ke Pulau Kapas yang berada tidak jauh dari chalet mereka, untuk melakukan aktiviti snorkeling yang terkenal di situ. “5 more minutes.” balas Laura dengan rasa mengantuknya. “No! Kita dah lambat sangat ni, hurry.” Chrisytal menarik tangannya untuk bangun dan bersiap. “Yelah, yelah.’ Laura menjawab dengan malas lalu menghilangkan diri ke dalam bilik air. Perjalanan mereka menuju ke Pulau Kapas, hanyalah memakan masa selama 10 minit, namun Chrisytal tidak mahu mereka terlepas untuk naik ke bot yang sudah ditempah awal.

Chrisytal yang sudah bersiap lebih awal, memilih untuk bersarapan dengan menikmatinya di dalam bilik sambil memandang ke arah lautan. Cuaca pada pagi itu sunggah cerah dan dia hanya mengenakan white tshirt dengan cardingan panjang yang dipadankan dengan culotte pants berwarna khaki. Simple, kerana nanti dia bakal menukarnya ke pakaian selam juga. “Dah. Jom gerak.” ajak Laura yang sudah pun bersiap dengan kaca mata hitamnya. Setelah memastikan segala kelengkapan penting dibawa, mereka pun bergerak untuk melakukan aktiviti pertama mereka di pulau itu.

Selesai menukar pakaian ke pakaian renang yang sesuai, mereka pun bergerak menuju ke atas bot yang akan membawa mereka ke tempat menyelam. “Kita tunggu yang lainya sampai dulu ya, baru kita akan bergerak.” ucap pemandu selam yang berdiri di hadapan mereka. Di atas bot itu juga, sudah terdapat sepasang suami isteri yang pastinya ingin mencuba aktiviti snorkeling bersama mereka. “Hai, honeymoon ke?” seperti biasa Laura menegur ramah setiap orang yang baru dikenalinya. “Yes, today is our first anniversary jadi dia nak sangat try snorkeling.” jawab si suami yang tersenyum manis melihat isterinya. “Sungguh padan.” detik hati Chrisytal melihat si isteri yang cantik bersama suaminya yang kacak. “Oh wah, congratulations.” ucap Chrisytal ikhlas sambil tersenyum ke arah mereka. “Sorry, aku lambat. Aisy buat hal tadi.” tegur satu suara garau yang baru naik ke atas bot mereka. Chrisytal yang terkejut lantas menoleh ke arah suara itu.

“Cikgu Maalik?” Laura yang juga terkejut melihat kehadiran lelaki itu secara tiba-tiba. “Eh, hai. Snorkeling juga ke?” balasnya sambil mengambil tempat duduk berhadapan dengan chrisytal yang masih mendiamkan diri setelah melihat kehadiran lelaki itu. “Eh? Kau orang saling kenal ke?” tanya lelaki yang merupakan suami kepada perempuan tadi. “They were my ex students dulu. Tak sangka pula jumpa kat sini kan?” jawab Maalik sambil memandang ke arah Chrisytal. “Oh, no wonder lah. By the way, kenalkan saya Maanif Miguel. Maalik’s little brother and this is my wife, Sofia Janne’’ dia memperkenalkan diri setelah mengetahui mereka merupakan bekas pelajar abangnya. “My name is Laura and she is Chrisytal, it is nice to meet you both.” balas Laura senang dengan perkenalan yang tidak terduga itu. Di sebelahnya, Chrisytal hanya menunduk mencuba untuk tidak memandang ke hadapannya.

“Ok, kita sudah sampai di tempat menyelam. Di sini kita akan dapat tengok beragam flora dan fauna di bawah air tapi saya mohon jangan pegang apa-apa ya. Ingat jangan berenang jauh dari kawasan kita sekarang ya.” panjang lebar pemandu selam itu memberikan arahan. Mereka hanya mengganguk faham dan mulai mengenakan tiub dan topeng yang digunakan khas untuk snorkeling. Selah keadaan dipastikan aman dan sesuai untuk berenang, Laura seperti biasa menjadi orang yang pertama untuk terjun diikuti oleh Manif dan Sofia. “Jangan takut. Nanti saya sambut awak dari bawah ye. Turun perlahan-lahan.” arah Maalik yang melihat Chrisytal seperti ragu-ragu untuk turun ke dalam air. “Come.” Maalik sudah berada di dalam air dan meyakinkan dia untuk turun dengan berhati-hati. “Kurang asam punya kawan, boleh pulak diatinggalkan aku sendiri dekat sini.” detik Chrisytal di dalam hati sambil melihat ke arah Laura yang sudah berenang menikmati pemandangan di bawah air.

Chrisytal mengambil nafas panjang lalu turun ke dalam air perlahan-lahan, takut kerana dia sudah lama tidak berenang. Dia cuba mengapungkan diri dan menggunakan tangannya untuk menolak badannya ke atas. “Don’t worry, I got you.” Maalik menarik tangannya sambil membantu dia untuk menenangkan diri. “Jom, berenang ke sana.” ajak Maalik sambil menunjukkan ke arah Laura yang bersama dengan Maanif dan Sofia. Mereka berenang ke situ dan bersama-sama menikmati pemandangan di bawah laut yang sungguh cantik dipenuhi dengan flora dan fauna. Pegangan tangannya masih tidak dilepaskan dari Maalik kerana rasa takutnya masih tersisa.

sorry for the late update.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience