Kenyataan

Romance Series 32088

Hari ini merupakan hari pertama peperiksaan akhir tahun dijalankan. Selepas itu mereka akan bercuti dalam tempoh masa yang agak panjang sebelum mulai memasuki tingkatan 2. "All the best Laura, saya yakin awak boleh buat." ucap Chrisytal memberikan semangat kepada kawannya itu. "Thank you and good luck too, Ann." balasnya sambil memeluk bahu Chrisytal. Mereka pastinya tidak mahu mengecewakan harapan ibu bapa masing-masing, itu janji mereka.

Pada sebelah petang pula, Laura mengajak Chrisytal untuk belajar bersama-sama di perpustakaan sekolah. "Ann, jom study dekat libary. Boleh cari rujukan banyak sikit." ajak Laura. "Good idea. Jap aku bersiap dulu." balas Chrisytal sambil memasukkan buku notanya ke dalam beg. "Okay, done." mereka pun pergi ke perpustakaan sekolah dan berjalan melimpasi parking kenderaan guru sebelum naik ke tingkat atas.

"Eh, bukan tu kereta cikgu Maalik ke? Dia tak balik lagi ke?" ujar Laura tiba-tiba melihat kereta berjenama Toyota Camry 2.5V berwarna merah itu. "Eh dia dengan siapa tu dalam kereta? Tu tu tengok tu." ucap Laura lagi. Dia begitu ingin tahu siapakah yang berada di dalam kenderaan tersebut. "Laura dahlah. Tak sopan lah kita intai macam ni. Biarlah dia, kita kan nak study ni." ajak Chrisytal mengajak mereka untuk segera pergi dari situ walaupun hatinya tertarik untuk mengetahui gerangan orang yang bersama cikgu Maalik itu.

"Jap, tunggu lah dulu. Aku nak tengok siapa tu lelaki ke perempuan. Diorang nampak macam rapat sangat, ee tak takut ke orang tengok." Laura nampaknya semakin tertarik untuk melihat ke arah kenderaan itu lalu menarik mereka untuk bersembunyi di sebalik tembok. "Wei, kau tengok diorang tengah buat apa tu." menarik perhatian Chrisytal untuk melihat ke arah yang sama. Di dalam kereta, cikgu Maalik seperti sedang memeluk seseorang dengan lama, mereka juga tertawa mesra. "This is not right, siapa dengan dia tu? Cikgu Maalik ada isteri ke?" tanya Laura meminta kepastian kerana dia melihat mereka seperti sangat rapat dan mesra sekali. "Babe, i think we should go la. Tak sopanlah macam ni." ajak Chrisytal lagi. Dia menarik-narik tangan Laura untuk berlalu dari situ.

Ketika mereka ingin pergi dari situ, seorang wanita keluar dari kereta itu sambil tertawa riang. "Cikgu Suraya?!" jerit Laura nyaring. Cikgu Maalik yang juga keluar dari kenderaan itu, pantas menoleh ke arah mereka. Chrisytal yang terkejut lantas menarik tangan Laura untuk meninggalkan tempat itu. Mereka berlari laju dan tidak menoleh walaupun dipanggil oleh cikgu Maalik. "What have you done Laura? Tak pasal-pasal cikgu Maalik tau kita dekat situ. Aduh." marah Chrisytal setelah mereka berada agak jauh dari kawasan tadi. "Sorry, i just dont expect yang cikgu Suraya dengan cikgu Maalik serapat itu. I, i just dont get it." sebut Laura kebingungan. Mereka sudah kehabisan tenaga untuk berlari lagi.

Sampai sahaja di bilik, Laura meminta maaf kepada Chrisytal atas perbuatannya tadi. "Its okay Laura, awak tak salah pun. Dahlah jangan fikirkan sangat lagipun exam lagi penting kan. Pasal ni kita berdua saja tau, nanti heboh." pura-pura tidak kisah namun hatinya pedih. Laura hanya mengganguk setuju. Ya, nanti heboh dan mereka yang menjadi saksi akan dipersalahkan. Laura pun berlalu pergi untuk membersihkan diri, meninggalkan Chrisytal yang sedang duduk termenung.

"Kenapa hati aku yang sakit eh?" katanya sendiri sambil memegang dadanya. "Ah, kau tu yang bodoh. Sebelum ni ada dia cakap dia sukakan kau?" jawab hatinya sendiri. "Then kenapa dia layan aku baik selama ni?" ucapnya keliru "Mungkin dia senang mainkan perasaan kau atau kau saja yang berharap lebih, degil." jawab hatinya lagi. "Ya, aku yang salah. Aku yang degil, selalu kalah dengan permainan dia." akhirnya sedar Chrisytal. "Shit!" jeritnya sambil tangannya menghentak katil. Hatinya sakit untuk menerima kenyataan itu, namun dia perlu lupakan perasaan itu bemar-benar kali ini.

Kalian rasa tindakan Chrisytal kali ini betul atau salah? Let me know.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience