Minggu orentasi

Romance Series 32088

Hari ini merupakan hari terakhir bagi minggu orentasi pelajar yang berlangsung selama seminggu. Para pelajar yang baru masuk akan diwajibkan untuk menyertai program ini yang dibimbing oleh guru kelas masing-masing.

“Ann, kau dah ready nak berlari hari ni tak? Aku malas la nak lari panas-panas macam ni, ish.” rungut Laura. “Saya pun sama. Sakit kepala Saya ni pun tak kembuh lagi, aduh.” balas Chrisytal. “Eh, aku risau la tengok keadaan kau macam ni. Baik kau rehat je, nanti aku inform cikgu Malik.”

Chrisytal menggelengkan kepala, “Saya tak naklah, saya ok jangan risau lagipun hari ni hari terakhir kan, rugilah kalau saya tak ikut.” “Kalau macam tu, jomlah kita bergerak sekarang. Nanti kalau kau rasa tak tahan, just let me know okay.” tutur Laura prihatin.

Selesai pusingan pertama, kepala Chrisytal kembali berdenyut hebat. Cahaya matahari yang panas terik menyebabkan kepalanya semakin sakit.

Dia sedaya upaya menahan diri namun lama kelamaan pandangan menjadi semakin kabur. Tiba-tiba badannya rebah dan tidak menyadarkan diri. Keadaan di sekitarnya menjadi gelap seketika dan suasana mulai menjadi panik.

Chrisytal membuka matanya perlahan-lahan sambil memegang kepalanya yang masih berdenyut kecil. “Aduh!’ adunya. “Eh, kau jangan banyak gerak Ann, takpa kau baring je.” larang Laura yang sejak tadi menemani sahabatnya itu di bilik rawatan sekolah.

“Dah lama ke saya terbaring ni?” soal Chrisytal. “Boleh tahan lama juga, sekarang ni dah nak dekat 2 jam kau pengsan. Kau ok tak ni? Aku risaulah.” tanya Laura. “Saya dah semakin ok sekarang. Sorry buat awak risau. Saya nak air boleh?” pinta Chrisytal. Cuaca yang panas menjadikan tekaknya sangat kering ketika itu.

“Nah, minum banyak sikit air ni, bagi badan awak segar balik.” tegur satu suara garau di sebelahnya, sambil menghulurkan sebotol air mineral.

Chrisytal yang tersentak lalu memalingkan mukanya ke arah suara tersebut. Dia menangkap satu figura yang sering menjadi pemanis matanya sedang duduk dengan wajah yang tenang sambil menyilangkan kaki di atas sofa berdekatan katil itu. Menyerlahkan lagi ketampanannya.

“Ah, ada sesiapa yang menjual hati ke, sebab rasanya hati aku ni macam tak berfungsi lagi.” detik hati Chrisytal yang jelas-jelas berdebar hebat takkala matanya beradu dengan mata lelaki itu.

“Cikgu? Er terima kasih cikgu, sorry sebab susahkan cikgu dan kawan-kawan.” sambil menyambut huluran cikgu Maalik.

“Takpe, bukan salah awak pun, hari memang tengah panas kan. Dah awak rehatlah dulu, nanti kalau dah ok awak boleh terus balik ke asrama.” ujarnya sambil bangkit dari sofa dan bergerak meninggalkan bilik tersebut.

Chrisytal hanya mengganguk dan menghantar pemergian cikgu Maalik dengan pandangan mata. Dia menjadi semakin keliru dengan keprihatinan lelaki itu terhadapnya. “Mungkin dia cuma risau tengok anak murid dia sakit kot lagipun dia guru kelaskan.” fikirnya positif.

“Eh, engkau tau tak tadi masa kau pengsan, cikgu Maalik yang tolong hantarkan kau kesini, dia nampak macam risau sangat.” tambah Laura lagi. “Oh yeke. Eh, kalau kau pengsan pun dia akan lakukan benda yang samalah, nothing special.” balasnya. Tidak mahu Laura berfikir yang bukan-bukan.

Malam itu, semasa sedang berehat di katil, Chrisytal memikir lagi peristiwa petang tadi, dia menjadi semakin tertarik dengan sikap yang dilakukan oleh cikgu Maalik. Namun dia segera menepis rasa itu dan berfikiran positif.

“Mana mungkin dia suka dengan aku. Umur aku dengan dia beza 10 tahun kot, lagipun kami berbeza agama. Dia islam, aku Christian. Mungkin itu hanya perasaan aku sorang kot.” bicara hatinya sendiri. Ya, perbezaan yang ketara inilah menjadi punca Chrisytal ingin menepis segala perasaan yang terbit.

rate, if you like the story. Thank you

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience