"Kita kat mana ni?" Chrisytal memandang kawasan tanah padi yang terbentang luas di hadapan mereka. Awalnya dia mengira bahawa suaminya itu akan membawa mereka ke pantai. Yelah, petang-petang macam ni lagi syok kalau layan angin tepi pantai kan?.
"Follow me. Tadi kata nak main layang-layang kan." Maalik mengajak mereka untuk ke tengah sawah. Dia sengaja membawa isterinya ke tempat bermain ketika zaman kanak-kanaknya dahulu. Biasa kalau jam macam ni, dia dan anak-anak kampung yang lain akan turun ke sawah dan bermain layang-layang. Memang seronok.
"Wait." langkahnya diatur dengan berhati-hati. Risau kalau tersilap langkah tak pasal-pasal kena mandi lagi sekali. Maalik pula hampir tergelak melihat wajah isterinya yang kelihatan takut-takut.
"Meh saya tolong." Maalik menghulurkan lengan sasanya dengan harapan si isteri bakal berpaut padanya namun nampaknya wanita itu jual mahal. "Its okay, saya boleh jalan sendiri." Chrisytal tidak mahu kelihatan lemah di hadapan lelaki itu. Bukannya dia tidak tahu suaminya itu sedang menahan ketawa, lagilah bikin dia geram.
"Okay, fine." Maalik menarik semula lengannya dan membesarkan langkah kakinya, meninggalkan isterinya yang masih terkedek-kedek di belakang. Sedikit lagi mereka akan sampai ke kawasan padang yang luas dan kering.
Jalan yang kecil dan sedikit becak menyukarkan pergerakan dari tubuh kecil milik Chrisytal. Kain seluar jeansnya dilipat sedikit tinggi supaya tanah tidak melekat dan mengotori hujung seluarnya. Namun malang, kakinya terbenam ke dalam lumpur akibat dia cuba mengejar langkah Maalik yang sudah meluru ke hadapan.
"Arghhh!!." Chrisytal mengadu kesakitan sambil mencuba menarik kakinya ke atas namun tidak berjaya. Semakin dia cuba untuk menarik kakinya, semakin dalam pula lumpur di kakinya.
"Ehemm..." Maalik datang menghampirinya sambil berdiri berpeluk tubuh. "Need help?" dia menahan ketawa melihat si isteri seperti ingin menangis. Itulah sombong lagi ha padan muka, bisik hatinya senang. Akhirnya wanita cantik itu memerlukan kudratnya, hehe..
"Tolong, please." Chrisytal mendongak memandang ke arah suaminya. Sengaja dia memaniskan muka walaupun di dalam hati dia sudah menahan malu. "Ha, itulah jual mahal lagi kan dah mendapat." Chrisytal menyalahkan dirinya sendiri.
"Awak tarik kuat-kuat ok." Maalik mengarahkannya sambil dia sudah membongkok dan memegang kaki isterinya. Sekelip mata, dia berjaya mengeluarkan kakinya dari lumpur yang agak dalam itu. "Alamak, selipar saya." apalah nasib dia hari ni. Sudahlah kakinya terbenam ke dalam lumpur, seliparnya pula putus akibat dia menarik dengan sekuat hati tadi.
"Its okay. Nah, guna saya punya. Saya boleh je jalan kaki ayam." Maalik menawarkan sendal di kaki. Chrisytal membulatkan mata. "Eh tak nak lah. Saya pun ok je jalan macam ni." dia menolak. Rasa bersalah pula melihat suaminya yang sudi mengotorkan kakinya.
"Are you sure? Betul ni tak nak pakai?" Maalik memandangnya sambil satu keningnya di angkat tinggi. Chrisytal pula mengganguk laju. Dia terus menyambung perjalanan tanpa menoleh ke arah suaminya.
"Awak kenal pacat tak?" suara Maalik bertanya dengan nada yang lantang, akibatnya dia menghentikan langkah. Laju dia memaling dan menoleh ke arah suaminya di belakang. "Pacat?" siapa pacat? Nama orang ke? Chrisytal berfikir sendiri. "Pacat nama kawan awak ke? Mana dia?" dengan polos Chrisytal bertanya sambil memandang ke arah Maalik yang sudah berdiri di hadapannya.
"Hahahaha.... Serius lah awak tak kenal pacat? Hahahhaha..." tidak henti-henti lelaki itu mentertawakannya. Aku salah cakap ke? Chrisytal masih lagi pelik melihat muka suaminya yang sudah mulai memerah akibat terlalu banyak ketawa.
"Tuuu... Dekat kaki awak tu pacatlah." setelah ketawanya reda, Maalik menjuihkan bibirnya ke bawah kaki putih milik isterinya. Di celah jari kakinya terdapat satu benda asing yang hitam dan lembut mulai membesar. Mungkin asyik menikmati santapan percuma.
"Arghhhh!!!" Chrisytal menjerit sekuat hati apabila dia menyedari maksud si suami. Dia mulai melompat-lompat sambil mengoyangkan kakinya dengan perasaan geli dan takut. Itulah pertama kali dia melihat pacat yang sedang menghisap darahnya itu. Air matanya mulai jatuh dan dia akhirnya menangis ketakutan.
Share this novel