Bilik guru

Romance Series 32056

"Ann, kau sayang aku kan? kan? kan?." tanya Laura secara tiba-tiba. Mereka baru sahaja pulang dari dewan makan dan sedang berehat di katil asrama. "Hmm, kenapa? Macam sesuatu je?" balas Chrisytal. Dia tahu, jika Laura sudah mengajukan soalan itu, pasti ada sahaja permintaan yang ingin dia sampaikan.

"He he, macam tau tau je kawan aku ni. Sebab tu aku sayang kau." ujar Laura sambil memeluk bahu Chrisytal. " Ha, apa dia? Kalau saya boleh bantu, saya bantu. Kalau tak, bye bye." usik Chrisytal.

"Alah kau ni, okay. Aku dah janji dengan Haziq nak study sama-sama dekat libary petang ni, so aku nak minta tolong kau hantar borang hoki ni dekat cikgu Maalik boleh?" pinta Laura. Chrisytal hanya diam dan berpura-pura tidur. "Ann, tolonglah aku please, please. Kali ni je." pujuk Laura sambil berlutut di tepi katil Chrisytal. Dia mengoyang-goyangkan bahu Chrisytal.

"Awak tau kan saya malas nak menapak jauh ke office. Lagipun, awak nak ke libary ha singgah lah dulu dekat office then hantar, selesai." balas Chrisytal, sambil memberikan saran. Dia sebenarnya tidak keberatan untuk membantu temannya itu, namun dia malu berhadapan dengan cikgu Maalik. "Alah, alah. You are my one and only friend. Tolonglah aku kali ni, eh? eh?." rayunya lagi.

"Hm, baiklah. Tapi ingat, kali ni saja ya. There is no more. Promise?" balas Chrisytal. "Okay, i promise my lovely friend. Thank you, aku cau dulu eh. Kirim salam dengan mr hensem. Bye." laju langkahnya meninggalkan Chrisytal.

"Kurang asam punya kawan." jeritnya. "Aduh, boleh ke aku nak berhadapan dengan dia ni. Inhale, exhale fuhhh..." cuba untuk menenangkan dirinya.

Tok..tok..tok. Dia mengetuk pintu bilik guru sebelum masuk. Kosong. Dia melihat keadaan bilik guru yang sunyi ketika itu, hanyalah kedengaran bunyi aircond yang sedang bernyala. Serem. "Hello? anybody here?" serunya perlahan-lahan. Chrisytal melangkah masuk ke dalam dengan berhati-hati.

"Bah! Got you." kejut seseorang. "Eh ayam ayam ayam." latah Chrisytal sambil menutup mukanya dengan kertas ditangan. Dia terkejut dengan sergahan itu lalu berpaling. "Hai, buat apa di sini?" tanya figura itu. "Er, em er, say, say, saya nak hantar borang ni cikgu." tuturnya sambil tersekat sekat.

"Oh, borang apa tu?" tanya cikgu Maalik sambil berpeluk tubuh dan bersandar pada mejanya. Dia mengenakan baju kemeja hitam yang dilipat hingga ke paras lengan tanpa tali lehernya yang pastinya sudah dilepaskan. Rambutnya sedikit kusut dan basah, mungkin baru selesai solat. Fikir Chrisytal.

"Ah? Oh, ini borang penyertaan hoki kawan saya cikgu. Dia, dia suruh saya hantar dekat cikgu." balasnya sambil mengawal perasaan. "Okay, give it to me. Nanti saya semak. Awak ikut ke?" tanya cikgu Maalik. "Saya tak pandai main hoki cikgu, so i am not joining. he he.." balasnya sambil menghulurkan borang tersebut.

"My Lord, get me out of here. I cant breath". doa Chrisytal dalam hati. Dia sudah tidak tahan berhadapan dengan lelaki itu. Jantungnya sudah mulai bergoyang dumang. "Please, not now." pintanya dalam hati.

"Eh, kenapa pulak tak pandai? Kan boleh belajar, lagipun kawan awak tu hebat saya tengok. Nanti belajarlah dengan dia." lembut sahaja suara itu masuk ke cuping telinganya. "Kalau awak belajar dari sekarang dan terus berlatih, awak akan pandai."

"Who know, awak akan minat main hoki dan mahir suatu hari nanti, betul tak?" tuturnya lagi, dan lagi. Suara itu seakan syair yang berlagu indah, menyapa telinga Chrisytal yang sedang asyik mendengar dari tadi.

"Maalik, you belum balik lagi?" tegur satu suara, memecahkan imaginasi-imaginasi Chrisytal yang baru sahaja berlayar. "Ha ah. I tengah semak borang penyertaan hoki student dulu." balas cikgu Maalik kepada cikgu Suraya.

Chrisytal yang merasa dirinya sudah tiada kepentingan di situ, meminta diri untuk pulang. "Er, saya balik dulu ye cikgu, borang tadi saya dah letakkan atas meja cikgu." ujarnya sambil melangkah ingin pergi. "Okay, hati-hati and ingat apa yang saya cakapkan tadi." balasnya.

Chrisytal hanya mengganguk. Dia melimpasi cikgu Suraya dan meberikan senyuman hormat namun cikgu Suraya hanya memandangnya tajam. "Aih, aku ada buat salah ke?" tanyanya dalam hati. Chrisytal melangkah laju keluar dari situ.

Rate kalau suka dengan jalan cerita ini, thank you readers.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience