Sesat

Romance Series 32056

"It's a wrappp. Thank you Lord." jerit Laura gembira. "Yes, finally." jawab Chrisytal di sebelahnya sambil tersenyum. Setelah hampir seminggu mereka berjuang di medan perang, akhirnya mereka akan berehat panjang sebelum naik ke tingkatan yang berikutnya. Tidak terasa sudah hampir setahun dia melewati kehidupan di situ dan berjauhan dengan keluarganya. "We did it. Saya doakan kita masih sekelas tahun depan, amin" ujar Chrisytal kepada Laura sambil menepuk lembut bahu kawannya itu. Dia bersyukur kerana dipertemukan dengan seorang kawan yang begitu baik hati dan memahami dia.

"Wei, malam ni kita ada dinner asrama kan. Kau dah tau nak pakai apa?" tanya Laura ketika mereka berjalan pulang ke asrama. "Not sure, sebab dress saya semuanya dekat kampung." balasnya tidak tahu dan tidak berminat untuk menyertai jamuan itu. "Saya rasa, saya tak join kot. Saya nak packing laguage tak sabar nak balik." katanya lagi. "Wei, mana boleh macam tu, kau kena ikut aku. Takpa dont worry, malam ni biar aku dress upkan kau." balasnya memujuk sambil mengerdipkan matanya sebelah. "Pleasee." pintanya lagi. "Okaylah, saya join.". Chrisytal memang tidak berdaya untuk menolak jika sahabatnya itu sudah memujuknya. "Thats my girl, dah jom." Laura menarik tangannya untuk melangkah laju.

"Laura, dont you think this is too much?" tanya Chrisytal yang berdiri di hadapan cermin, menilik hasil sentuhan tangan Laura ke atas dirinya. Sebuah dress labuh berwarna hitam sedikit terbelah di bahagian belakang yang dijahitkan lace pada lengannya. Simple tapi kelihatan elegant terletak di tubuh langsing miliknya. Wajahnya juga dikenakan sedikit rias namun tidak berlebihan kerana wajah asli sudah cukup menawan. Rambut ikalnya dibiarkan mengurai panjang, menambahkan lagi kecantikan aslinya. "Who say? Berani orang komen pasal kawan aku, aku cungkil biji mata diorang." sambil menunjukkan aksi mencungkil biji mata. Chrisytal ketawa melihat tingkah laku kawannya itu.

"Dah, stop laughing luntur pulak bedak tu karang. Nah pakai ni pulak." Laura menghulurkan kasut tumit tinggi itu kepadanya. "Tapi saya tak pandai lah." tolak Chrisytal. Dia memang tidak suka memakai kasut bertumit tinggi apalagi untuk sesebuah acara yang lama. Ngeri. "Tak kan kau nak pakai selipar jepun kau tu pulak, stop being weird boleh tak. Akukan ada jalan sebelah kau, jangan risau lah. You can count on me." ujar Laura untuk meyakinkan sahabatnya itu. Akhirnya, Chrisytal bersetuju dan tidak mahu berdebat panjang dengan gadis satu itu.

Dinner asrama merupakan majlis tahunan yang diadakan setiap tahun bertujuan untuk menghargai para pelajar yang tinggal di asrama khususnya bagi pelajar tahun pertama seperti mereka. "Dah cepatlah, nanti kita ketinggalan bas." arah Laura melihat Chrisytal yang berjalan seperti itik di belakangnya. " Awak punya pasal lah ni, saya kan dah cakap saya tak pandai sangat." terangnya sambil mengorak langkah dengan berhati-hati. Laura hanya ketawa melihat tingkah sahabatnya itu.

Sesampai sahaja mereka di Pullman Hotel, Chrisytal terus meminta diri untuk ke tandas. "Kau tau tak hall mana satu nak masuk nanti? Atau kau nak aku temankan?" tanya Laura. "Its okay, saya tau." jawabnya yakin sambil bergerak menuju ke tandas. Selesai urusannya di tandas, Chrisytal terus menuju ke hall yang disebutkan oleh Laura tadi. Setelah agak lama dia berjalan melewati setiap lorong di situ, dia tetap tidak berjumpa dengan hall yang dimaksudkan. Kakinya sudah mulai merasa kesemutan.

"Aduh, mana pulak hall 3 ni." katanya sendiri sambil berehat di tepi dinding dan mencuba untuk melepaskan kasutnya. "Hai, buat apa kat sini? Tak masuk lagi ke?" satu suara garau menegurnya. Dia lalu mendongak melihat ke arah suara tersebut. "Er, hai cikgu Maalik. Saya nak ke dinner asrama tapi saya tak jumpa-jumpa hall yang dimaksudkan." balas Chrisytal sambil mengurutkan kakinya. "Oh, hall 3 dekat atas sekali. Jom, saya pun nak ke sana." ajak cikgu Maalik kepadanya.

Chrisytal mengangguk lalu mencoba untuk berdiri tapi kakinya terasa sangat sakit dan sedikit melecet. "Aww." aduhnya kecil. "Kenapa kaki awak tu, sakit?" tanya cikgu Maalik prihatin sambil melutut untuk melihat keadaan kakinya. "Kaki awak melecet ni, boleh jalan tak?" tanyanya lagi. Chrisytal hanya mengganguk, memastikan bahawa dia baik-baik saja. Dia mulai membukakan langkah namun hampir saja dia terjatuh tapi disambut dengan laju oleh cikgu Maalik. "Saya tak rasa awak boleh berjalan dengan baik macam ni." cakapnya risau sambil memegang cermat pinggang ramping Chrisytal untuk menampung badannya daripada terjatuh.

Komen kalau anda suka dengan jalan cerita ini, terima kasih

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience