Hubungan?

Romance Series 32056

Keluhan berat dilepaskan oleh Chrisytal sambil matanya masih menatap langit yang kelihatan tenang, tapi berbeza dengan apa yang dirasainya ketika itu. Dia lebih memilih untuk mendiamkan diri dan membiarkan soalan Maalik itu, berlalu. Senyuman kecil diberikan kepada lelaki yang duduk di sampingnya. “Because of him?” teka Maalik setelah lama mereka mendiamkan diri. Fikirnya, Chrisytal berhijrah kerana dia sudah jatuh cinta dengan Arif.

“Why do you want to know? Saya rasa soalan itu tak penting untuk dibahas.” Chrisytal tidak suka lelaki itu membuat andaian sendiri. Dia bukannya tidak mahu orang tahu tentang agamanya kini, namun dia masih baru dan mahu belajar. “So I guess, I am right. Dah lama ke kenal dengan Arif?” Maalik bertanya dengan penuh minat. Dia tahu sahabatnya, Arif menyimpan perasaan terhadap wanita di sampingnya itu, namun dia ingin mendengar dari mulut Chrisytal sendiri.

“No, you are wrong. Saya peluk Islam sebab Allah dan sekarang saya temukan kedamaian. Kalau pasal Arif, memang kita orang baru saja jumpa but he was the one who helped me a lot. Dialah antara saksi saya peluk agama Islam.” senyuman kecil terbit di bibirnya apabila teringatkan Arif yang tidak lupa untuk mengingatkannya tentang waktu solat. Rasa bersyukur kerana dia dikelilingi oleh orang baik yang sentiasa ikhlas mengajarkannya soal agama.

“So, you like him.?” melihat kepada keterujaan Chrisytal semasa bercerita tentang Arif, dia sudah meneka bahawa wanita itu turut menyimpan perasaan yang sama terhadap sahabatnya. Hati wanita mana yang tidak luluh jika berdampingan dengan Arif yang tampan, bijak dan kaya, sama seperti bekas-bekas teman wanita Arif yang dulu. Dia pula hanyalah duda yang sudah mempunyai seorang anak perempuan, hasil perkhawinannya dengan bekas isteri.

Belum sempat Chrisytal menjawab, suara Arif yang tiba-tiba datang dari belakang, menyapa mereka. “Eh, you guys buat apa kat sini? Dah makan ke?” sapanya yang dari tadi tercari-cari gerangan Chrisytal di dalam rumah. Habis satu rumah dipusingnya, risau jika wanita itu sudah pulang. “Oklah bro. I think, I should go back now. Aku risau kalau Aisy cari aku kat rumah but thanks sebab dah jemput aku. Assalamualaikum.” Maalik bangkit dari tempat duduknya,lalu menepuk perlahan bahu sahabatnya dan meminta izin untuk pulang. Tidak mahu kehadirannya di situ menggangu hubungan sahabatnya.

Chrisytal hanya melihat lelaki yang mengenakan baju melayu berwarna hitam, lengkap bersongkok itu, berlalu pergi meninggalkan mereka. Entah mengapa hatinya tiba-tiba sakit melihat Maalik yang terus melangkah tanpa memandang ke arah belakang, untuk melihatnya. “You? Hei, termenung jauh nampak? Rindukan I ke?” Arif memetik jarinya di hadapan muka Chrisytal untuk mengejutkan wanita itu dari terus mengelamun. Kehadiran dia di situ, sepertinya tidak dianggap oleh Chrisytal yang dari tadi hanya mendiamkan diri dan membiarkan soalannya tidak terjawab.

“Sorry, sorry. Saya terfikirkan sesuatu tadi. Awak cakap pasal apa tadi?” ucap Chrisytal pantas menutupi rasa malunya akibat tertangkap mengelamun. “I nak ajak you tengok wayang malam esok. Nak tak?” pelawa Arif sambil menarik tangan Chrisytal dan mengelusnya lembut. Yakin, hatinya sudah terpaut dengan wanita cantik itu. “Rasanya tak boleh kot, sebab esok saya kena jaga anak Kak Ros sementara dia dan suami ada urusan. I am sorry.” sambil menarik tangannya dari gengaman Arif, tidak selesa dengan perlakuannya itu.

“Em, saya rasa, saya pun nak kena balik ni. Dah lewat sangat, takut Kak Ros cari saya kat dalam pula. Bye, Arif.” dia terus meninggalkan Arif sendirian dan berlalu mencari Kak Ros di dalam rumah. Tidak sopan pula jika dia membuat orang tertunggu-tunggu, lagi pula dia hanyalah penumpang. Setelah selesai bersalaman dengan Datin Afifah iaitu ibunda Arif, mereka pun meminta diri untuk pulang.

Masih team Arif?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience