Muka beku

Romance Series 32056

Bunyi enjin kereta kedengaran di luar rumah. "Ha, mesti adik kamu dah sampai tu. Nenek tengok dulu ye, ha Anne sambunglah makan jangan malu-malu." ucap Tok Mek sebelum dia keluar untuk menyambut Maanif dan isterinya Sofea. Chrisytal mengganguk dan meneruskan suapan cekodoknya dengan perlahan.

Sunyi, tiada perbualan yang keluar daripada mulut suaminya, memandangkan hanya mereka berdua sahaja yang duduk di meja makan itu. Aisyah sudah dari tadi keluar untuk bermain ayunan di halaman rumah. "Er, awak nak tambah air lagi tak? Saya tuangkan." pelawa Chrisytal, sekaligus pencubaan untuk memecahkan suasana sunyi di antara mereka.

Ya, semenjak peristiwa malam itu, Maalik masih jarang mahu menegurnya apalagi bercakap dengannya. Lelaki itu hanya memilih untuk mendiamkan diri, sedangkan Chrisytal tidak suka dengan keadaan seperti itu. Sepatah yang ditanya, sepatah yang dijawab. Itu juga yang terjadi kepada mereka semasa di dalam kereta tadi. Akhirnya, dia turut memilih untuk mendiamkan diri dan merenung ke luar jendela di sepanjang perjalanan. Tengok jalan lebih baik daripada tengok muka suaminya yang beku. "Em, tapi hensem. He he..." ucapnya di dalam hati.

"It's okay. Saya dah kenyang." jawabnya pendek. See!? Sepatah dia tanya, sepatah dia jawab. Haihlah pak cik ni. Lebih baik dia diam dan menikmati momentnya bersama cekodok pisang yang manis ni. Rupannya, bukan perempuan saja yang sukar difahami, tapi pak cik yang satu ni lagi susah nak difahami. "Uhukk... Ah panas." Chrisytal yang dari tadi mengutuk suaminya dalam diam, tersedak air kopi yang panas. Kurang asam kopi ni, marahnya.

"Itulah balasan kalau kutuk suami dalam diam." pendek namun berbekas di hati Chrisytal. Kalimat itu seolah-olah menghiris dan menusuk ke dalam tulangnya. "Ya Allah, maafkan aku. Aku tak sengaja." doanya pendek di dalam hati. Huluran tisu dari sang suami disambut dan dengan laju dia mengelap mulutnya sambil menjeling suaminya itu, tajam. "Macam mana dia boleh tau kalau aku tengah kutuk dia!?" fikirnya tidak puas hati. Tisu di tangan sudah hancur akibat dilap dengan kasar.

Dia sempat menangkap senyuman kecil di wajah lelaki itu, sebelum tiba-tiba Maanif muncul dan menyapa mereka. "Eh, bang long. Dah lama sampai ke?" Maanif mencium tangan abangnya dengan hormat. Tidak menyangka bahawa abangnya itu turut berada di kampung. "Eh, Anne? How are you sister?" kini Maanif berpaling melihat ke arah kakak iparnya pula. Seperti biasa, wajah manis itu tersenyum melihatnya. Ahh, nasib baik dia dah berkhawin, kalau tak dia nak juga try wanita berparas cina itu. He he... gurau je.

"Jemputlah duduk, minum. Ni, cekodok nenek baru buat." Chrisytal mempelawa Maanif dan isterinya untuk duduk. Terakhir dia berjumpa dengan adik iparnya itu, di majlis perkhawinannya yang serba sederhana tempoh hari. Bersyukur kerana Maanif dan Sofea sudi hadir sebagai saksi di majlis itu. " Wah babe, cekodok kesukaan you." Maanif menyuap seketul cekodok ke dalam mulut Sofea. Hmm, romantisnya. Agaknya bilalah dia boleh merasa bahagia seperti itu, fikirnya sedih lalu menunduk.

"You guys enjoylah. Aku ke depan dulu, tengok Tok Mek." Maalik sudah meminta diri untuk pergi dari situ. Membiarkan pasangan sejoli di hadapannya, meninkmati suasana. Cewahh. "Em, saya pun nak ke depan dulu. Awak berdua makanlah." Chrisytal turut meminta diri selepas selesai mencuci cawan yang sudah dipakai tadi. Baik dia lari, daripada jadi ubat nyamuk pula dekat situ.

Di halaman rumah, dia melihat Tok Mek sudah duduk sambil menyulam kain, di bawah sebuah pokok mangga yang rendang. Dia melangkahkan kaki untuk menuju ke situ. "Nek buat apa tu?" tegurnya perlahan. Nanti kalau menjerit, kang tak pasal-pasal lain pula jadinya ha. "Nenek tengah menyulam kain atok kamu ni ha. Dah tak ada benda nak dibuat, tak ada siapa nak diajak berbual. Jadi inilah kerja nenek setiap petang, sementara tunggu atok kamu pulang melaut." ucap Tok Mek.

Amboi meluah nampak, ucap Chrisytal tapi di dalam hati. "Oh..." pendek sahaja dia menjawab. Tidak tahu mahu berbual apa dengan nenek barunya itu. Tiba-tiba dia rindu dengan neneknya yang berada jauh di Sarawak, hmm... "Dah lama ke kenal dengan Ayik?" giliran si nenek menyoal siasat dirinya. Chrisytal terdiam, tidak tahu bagaimana harus menceritakan tentang pertemuan mereka.

Lama dia mendiamkan diri, sebelum akhirnya Tok Mek kembali bercakap. "Hm, tak apalah, nek faham. Lagipun Ayik dah cerita semuanya dekat nenek." ucapnya perlahan sebelum dia menghentikan sulaman di tangan. Chrisytal terkejut, tidak menyangka bahawa Tok Mek sudah mengetahui sejarah hitam itu. Dirinya berasa malu.

"Nek, Anne minta maaf sangat-sangat dengan nenek dan keluarga. Anne rasa bersalah sangat pasal benda yang terjadi sebab Anne betul-betul tak tau. Maafkan Anne, nek." lirihnya perlahan sambil mencuba menahan air matanya daripada mengalir. Ya, dia rasa bersalah kepada keluarga suaminya itu. Kalau dia tidak terjebak dengan Suraya malam itu, mesti dia tidak bakal mengheret Maalik sampai sejauh itu.

"Ish, apa pulak kamu yang minta maaf? Kamu tak salah pun, nenek faham. Dahlah, takmau sedih-sedih ni. Kamu kena percaya bahawa semua yang terjadi ada hikmahnya." lembut suara Tok Mek memujuknya. "Yang paling penting sekarang, kamu berdua dah sah menjadi suami isteri. Tiada lagi istilah bersalah dalam kehidupan berumah tangga, masing-masing kena akur dan melengkapi. Lagi satu, nenek nak kamu janji dengan nenek." Tok Mek memandangnya dengan penuh harapan. Hatinya berdebar-debar. Tidak menyangka wanita tua itu bakal menerimanya dengan tangan terbuka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience