Gorgeous

Romance Series 32088

"Kalau kaki awak masih sakit, kita tak boleh lagi nak naik ke atas. Nak kena bagi kaki awak reda dulu." ujar cikgu Maalik prihatin. "Er, takpa cikgu saya dah ok sikit he he..." balasnya sambil mencuba untuk melepaskan pegangan kejap tangan lelaki itu di pinggangnya. Namun usahanya sia-sia kerana tangan sasa itu semakin mengeratkan lagi tangannya. "Sorry, saya bukannya berniat yang bukan-bukan dekat awak, saya just nak make sure awak dapat berdiri dengan betul nanti terjatuh." jelasnya jujur setelah melihat reaksi Chrisytal yang seperti tidak selesa.

"Awak duduk situ dulu sementara saya carikan ais dekat dapur hotel." sambil memimpin badan Chrisytal dengan berhati-hati untuk duduk di bangku yang berhampiran dengan mereka. "Duduk diam-diam tau, jangan nak berjalan-jalan." arahnya kepada Chrisytal sebelum dia berlari untuk turun mencari dapur. Chrisytal hanya menurut kerana dia memang sudah tidak larat untuk berjalan lagi. "Kenapa setiap kali aku ada masalah mesti dia yang muncul dulu? Kenapa?" fikir hatinya sendiri. Oh, malangnya nasib aku ni, cakapnya lagi sambil mengurut lembut kakinya. Jika bukan disebabkan Laura, dia juga tidak mahu mengenakan heels yang bertumit tinggi itu, tapi siapalah dia untuk menolak takdir kan.

"Sorry buat awak tunggu lama. Saya tersesat sebenarnya tadi, tapi tadaa dah jumpa he he..." jelasnya seperti kanak-kanak riang yang melihat aiskrim di tangan. "Comel" cakap Chrisytal tanpa dia sedari. "Hmm? sakit lagi ke?" tanya cikgu Maalik meminta kepastian kerana dia tidak dapat menangkap apa yang dituturkan oleh Chrisytal tadi. "Ha? Aa aa sakit sakit." jawabnya laju sambil mengganguk. Aduh, dia buat hal lagilah bisik Chrisytal di dalam hati sambil memukul lembut mulutnya. Nasib dia tak dengar, fikirnya.

"Sorry, saya nak minta izin dulu untuk pegang kaki awak. Saya nak tuam dengan ais ni." katanya meminta izin sebelum mengambil kaki
Chrisytal dan merehatkannya di atas lututnya. Chrisytal hanya terdiam merenung ketenangan lelaki itu merawat kakinya. "Lain kali tak payah lagi pakai heels kalau belum selesa sangat, nanti jadi macam ni lagi." bebelnya memberi nasihat. Chrisytal hanya mengganguk lalu tersenyum kecil, mengakui kesalahan dirinya. "Anyway, you still look gorgeous without this heels." cakapnya lagi. Chrisytal terkejut dengan pujian itu, namun dia cuba berlagak santai.

Dia mengambil kesempatan itu untuk meneroka segenap wajah lelaki di hadapannya itu. Hidung mancung yang terletak, check. Mata yang sedikit kuyu namun begitu tajam bila merenungnya, check. Alis yang tebal hitam, check. Bibir yang merah menandakan bahawa lelaki itu tidak merokok, check ditambah lagi dengan kulitnya yang sawo matang, membuktikan betapa hebatnya karya Sang Pencipta. Lelaki itu kelihatan sungguh tampan mengenakan jas hitam dengan kemeja putih di dalamnya. Sungguh padan dengan tubuhnya yang tinggi dan tegap. Jika orang lain melihat mereka dari jauh, pastinya mereka disalah anggap sebagai sepasang kekasih kerana baju yang mereka kenakan cukup sedondon.

"Dah puas ke tenung muka saya? Ada cacat tak?" tanya cikgu Maalik tiba-tiba sambil menatap ke dalam mata Chrisytal yang terdiam kaku. Dia tersenyum menampakkan kedua lesung pipi nya yang melengkuk tidak terlalu dalam. "Ehem, er sa saya lupa nak ucapkan terima kasih dekat cikgu tadi sebab dah sudi tolong rawat kaki saya. Er, thank you." balasnya gugup sambil tunduk merenung kakinya. Hatinya sudah berirama dangdut seperti ingin meletus. "Er, saya rasa saya dah boleh jalan kot. Lagipun saya tak nak kawan saya risau, jom kita bergerak sekarang." ajaknya.

"Okay, wait." balasnya lalu melutut di lantai untuk membantu Chrisytal memasangkan heelsnya. "Thanks." ujar Chrisytal terharu. "My pleasure. Now, shall we go, your highness?" sambil menghulurkan tangannya untuk membantu Chrisytal berdiri. Chrisytal hanya tersenyum dan menyambut huluran itu lalu mengekori langkah cikgu Maalik untuk masuk ke dalam lif. Semasa di dalam lif, Chrisytal hanya mendiamkan diri kerana dia masih malu dengan kejadian tadi. Dia rasakan lif itu seakan-akan mengambil masa yang lama untuk sampai ke tingkat atas.

*Ting* pintu lif pun terbuka. Cikgu Maalik melangkah keluar lalu menahan pintu untuk memberikan laluan kepadanya untuk keluar. "Thank you cikgu. Saya masuk ke dalam dulu." ucapnya sambil melangkah dengan berhati-hati ke dalam dewan. Masuk sahaja ke dalam dewan, dia terus disambut oleh Laura yang kelihatan risau. "Wei, kau pergi tandas mana lama sangat ni? Aku risau kau kena culik ke apa tau tak." marahnya sambil menarik tangan menuju ke meja yand disediakan. "Sorry lah, saya tersesat tadi, saya tak tau pulak hall 3 ni level paling atas." balasnya singkat tidak mahu menceritakan kejadian sebenar. " Aku dah ingatkan kau tadi kan, bebal." bebelnya lagi sambil membuat muka. "Yelah sorry saya yang cuai. Dahlah jom makan, saya lapar gila dah ni."pujuk Chrisytal sambil menunjukkan makanan di atas meja. Mereka pun mulai menjamu selera.

Teruskan membaca

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience