Dendam

Romance Series 32088

Chrisytal diam mendengar hukuman yang bakal dikenakan kepadanya. Tangan yang terluka tadi semakin berdenyut sakit, namun dia cuba menahannya. "Ini merupakan kali kedua nama awak berada dalam rekod disiplin sekolah. Kali ketiga lagi, memang awak akan langsung diberhentikan sekolah, faham?" pengetua memberikan amaran kepadanya. Dia mengganguk lemah. "Dah, awak boleh balik. Tapi ingat hukuman awak, cuci tandas selama seminggu tak boleh skip. Faham?" ujar pengetua lagi dan dibalas anggukan yang sama oleh Chrisytal.

Lemah, sakit dan malu itulah yang dirasak oleh Chrisytal saat itu. Seluruh badannya terasa lemah setelah seharian berjalan dan mencoba permainan di booth bersama Laura. Sakit pula dirasakan di tangannya yang sedari tadi berdenyut perih. Dia melangkah keluar perlahan-lahan dari situ dengan perasaan malu. Dia tidak mahu menyalahkan sesiapa atas kejadian tadi kerana dia tahu semua itu berlaku atas kecuaiannya sendiri. Kalaulah dia tidak berlari seperti tadi, mesti pergaduhan itu tidak akan terjadi, fikirnya.

Tiba-tiba satu suara menengurnya dengan nada yang sinis. "So, macam mana? Masih nak cabar aku? Atau kau memang takkan pernah nak mengalah?" cikgu Suraya memandangnya dengan riak yang sombong dan puas hati. "Atau kau masih nak ambil kesempatan dengan cikgu Maalik?" sambungnya lagi sambil menolak kasar kepala Chirsytal, akibatnya dia tertolak ke belakang. Kepalanya sakit akibat terhantuk dengan dinding yang berada di belakangnya.

Namun dia hanya mendiamkan diri dan tidak mahu melawan kerana badannya sudah cukup letih dengan kejadian yang berlaku. "Aku ingatkan kau sekali lagi eh, Maalik is mine so bare that in your mind." cikgu Suraya berkata sambil menunjah-nujah kepalanya. "Jangan cuba-cuba nak lawan aku, atau kau dan keluarga kau sakit. Get it?" bisiknya di telinga Chrisytal sebelum melangkah pergi.

Chrisytal kembali menyusun langkahnya meniti tangga perlahan-lahan untuk kembali ke asrama. "Wait, let me see your hand. Masih sakit ke?" tegah cikgu Maalik yang muncul secara tiba-tiba lalu. Dia mengambil tangan Chrisytal lalu membelek lukanya yang agak besar dengan kesan darah yang semakin kering. "I am okay sir. Thank you, i got to go." Chrisytal menarik kembali tangannya laju lalu menuruni tangga untuk ke bawah. "Stay. Luka awak dah kering tu, nanti kena infection. Biar saya ubati dulu." cikgu Maalik kembali menghalang langkahnya.

Chrisytal menghentikan langkah lalu menarik nafas panjang sebelum mengutur kata yang dipendamnya selama ini. "Cikgu, i am okay but please mulai sekarang saya nak cikgu stop terlalu dekat dengan saya, stop caring dengan saya. Just stop it, really." akhirnya dia mempunyai kekuatan untuk menyatakan perasaannya. "Cause you know why? Cara cikgu ni buat saya semakin rasa bersalah dengan diri saya sendiri. Salah sebab saya simpan perasaan suka terhadap cikgu. So stop giving me that attention." tuturnya lemah sambil menatap kosong ke arah cikgu Maalik.

"I am tired of myself. Saya berusaha nak kikis perasaan ni tapi tak boleh, sebab cikgu selalu muncul di hadapan saya sampai saya lupa batas yang saya kena jaga di antara kita. So, please stop it." Chrisytal mengakhir kata-katanya dengan tangisan kecil. Belum sempat dia mengorak langkah untuk pergi dari situ, kepalanya tiba-tiba memberat dan seketika dunianya menjadi gelap. Dia sempat mendengar teriakan cikgu Maalik yang risau sebelum dirinya rebah menyembah bumi.

thank you kepada orang yang sudi follow, lots of love.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience